Volksraad
Volksraad yang namanya diambil daripada bahasa Belanda dan secara harafiah bermakna "Dewan Rakyat" ialah sejenis dewan perwakilan rakyat Hindia Belanda. Dewan ini dibentuk pada tahun 1917 oleh Gabenor Jeneral J.P. van Limburg Stirum bersama dengan Thomas Bastiaan Pleyte, Menteri Urusan Jajahan Hindia Belanda.
Ketika itu, Dewan Rakyat ini terdiri daripada 38 anggota, dengan 15 antaranya merupakan orang pribumi. Anggota-anggota yang lain merupakan orang Belanda dan orang-orang asing timur yang lain: Tionghoa, Arab, dan India. Sejak akhir dekad 1920-an, kebanyakan anggotanya adalah daripada kaum pribumi.
Pada awalnya, Volksraad hanya berperanan sebagai penasihat. Hanya pada tahun 1927, Volksraad memiliki kuasa perundangan bersama Gabenor Jeneral Hindia Belanda, dengan yang kedua ini memiliki hak veto yang mengakibatkan kuasa Volksraad sangat terbatas. Selain itu, mekanisme keanggotaan Volksraad dipilih melalui pemilihan tak langsung. Pada tahun 1939, hanya 2,000 orang memiliki hak mengundi, dengan sebahagian besarnya terdiri daripada orang Belanda dan orang Eropah yang lain.
Antara tempoh 1927-1941, Volksraad hanya menggubal enam buah undang-undang, dengan hanya tiga diterima oleh pemerintahan Hindia Belanda. Sebuah petisyen Volksraad yang ternama ialah Petisyen Soetardjo. Soetardjo adalah anggota Volksraad yang mencadangkan kemerdekaan Indonesia.
Bahasa Indonesia dalam sidang Volksraad
suntingKekuasaan penjajah pada masa itu hampir mencakupi segala aspek sehingga forum-forum rasmi harus menggunakan bahasa Belanda, padahal bahasa Melayu yang sejak Kongres Pemuda II (1928) digelar "Bahasa Indonesia" merupakan bahasa perpaduan yang telah dijadikan salah satu alat perjuangan di kalangan kaum pro-kemerdekaan. Kerana itulah Mohammad Hoesni Thamrin mengecam pedas tindakan-tindakan yang dianggap mengecilkan kedudukan Bahasa Indonesia.
Buat pertama kalinya pada tahun 1938, Mohammad Hoesni Thamrin berpidato di Volksraad dengan menggunakan bahasa Indonesia dan sejak itulah, penggunaan bahasa Indonesia dalam sidang Volksraad diperbolehkan.
Tokoh-tokoh
suntingTokoh-tokoh yang aktif dalam Volksraad antara lain adalah seperti yang berikut:
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- G. M. Kahin, Nationalism and Revolution in Indonesia. Percetakan Universiti Cornell, 1952.