Volume 2 (album Raja Ema)
Volume 2 merupakan album kedua Raja Ema yang diedarkan pada akhir tahun 1986. Dengan menggunakan formula yang sama seperti album pertama dulu, album kedua Raja Ema Volume 2 mengandungi 10 buah lagu iaitu 8 buah lagu pop rancak atau mid-tempo, sedikit pop rock dan 2 buah lagu balada.
Volume 2 | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 1986 | |||
Dirakamkan pada | 1986 | |||
Genre | Pop, Electropop, Balada | |||
Syarikat | EMI Music Malaysia | |||
Penerbit | Fauzi Mauzuki, Kesuma Booty, Surya Booty, Jenny Chin & Bob Rezal | |||
Kronologi Raja Ema | ||||
| ||||
Single daripada Volume 2 | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Maklumat Album
suntingAlbum Volume 2 menggunakan pencipta lagu yang sama iaitu Kesuma Booty, Surya Booty dan Fauzi Marzuki. Namun terdapat pencipta lain seperti Jenny Chin dan Bob Rezal. Penulis lirik pula sama sepert album terdahulu iaitu Habsah Hassan, Seri Bayu dan Lukhman S. Ramai yang mengandaikan album kedua tidak akan mungkin menandingi lagu sebaik Jejaka Idaman, tetapi dengan hasil lagu ciptaan lagu Fauzi Marzuki dan lirik oleh Habsah Hassan, maka terhasillah lagu Angan-Angan yang lebih berjaya daripada Jejaka Idaman. Lagu ini berjaya menjadi juara bulan Januari Muzik-Muzik 1987. Manakala lagu Jejaka Idaman pula gagal apabila ia dicalonkan pada bulan Januari 1986.
Anugerah Juara Lagu 1987
suntingPada tahun 1987 juga Raja Ema semakin sibuk kerana mendapat bukan sahaja undangan pentas, radio dan TV tetapi juga lakonan. Oleh kerana kesibukan itu Raja Ema mengecewakan ramai peminatnya apabila tidak dapat menyanyikan lagu Angan-Angan pada pertandingan akhir Juara Lagu kerana berada di Indonesia untuk penggambaran filem Pernikahan Berdarah.
Lagu Kegilaan Remaja
suntingSeperti juga lagu Jejaka Idaman di dalam album pertamanya, Angan-Angan juga sering menjadi pilihan kanak-kanak sekolah untuk dinyanyikan di dalam pertandingan nyanyian. Selain itu, golongan remaja juga amat meminati lagu ini, di mana album ini kebanyankkan dibeli oleh golongan remaja. Album ini jelas terbukti dipasarkan kepada golongan remaja dengan rentak rancak, catchy, lirik yang ringkas dan mudah dihafal. Selain lagu Angan-Angan, lagu Sebuah Catatan Remaja dan Senandung Rindu juga amat popular.
Senarai Runut
suntingNo. | Tajuk | Masa | |
---|---|---|---|
1. | "Angan Angan" | ||
2. | "Sebuah Catatan Remaja" | ||
3. | "Satu Pengakuan" | ||
4. | "Biarlah Aku Buktikan" | ||
5. | "Senyuman Pertama" | ||
6. | "Cinta Bagai Embun" | ||
7. | "Engkau" | ||
8. | "Oops.." | ||
9. | "Senyuman Terakhir" | ||
10. | "Senandung Rindu" | ||
Carta Album
suntingCarta (1987) | Kedudukan tertinggi |
---|---|
Carta Album RIM | 1 |
Carta Single
suntingLagu | |
---|---|
Carta Muzik-Muzik (1987) | |
"Angan-Angan" | 1 |
"Sebuah Catatan Remaja" | 8 |