Volunteer Smartphone Patrol
Volunteer Smartphone Patrol (Melayu: Rondaan Telefon Pintar Sukarela ) (disingkatkan sebagai VSP atau V.S.P) ialah sebuah aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia.[1] Aplikasi ini dibangunkan untuk kegunaan orang awam bagi mewujudkan kerjasama antara polis dan masyarakat dengan membolehkan mereka menjadi mata dan telinga pihak polis dalam menangani jenayah.[1][2]
Volunteer Smartphone Patrol | |
---|---|
Pembangun | Kerajaan Malaysia |
Pelancaran pertama | 3 Jun 2016 |
Versi terkini/stabil | 2.4(18) / 20 Februari 2024 |
Sistem pengendalian | Android 8.0 atau kemudian iOS 16.0 atau kemudian |
Tersedia dalam | Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil |
Jenis | Perisian |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | www.rmp.gov.my |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejarah
suntingAplikasi mudah alih ini dilancarkan pada 22 Mac 2017 di Google Play[3] dan 3 Jun 2016 di Apple App Store,[4] ia diperkenalkan sebagai 'satu inisiatif baru Polis Diraja Malaysia dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai mata dan telinga pihak polis.'[5]
Bermula pada tahun 2024, semasa sambutan Tahun Baru Cina, aplikasi mudah alih ini yang baru sahaja dikemaskini ke versi 2.0 telah dihebahkan oleh media tempatan kerana mempunyai fungsi untuk pengguna melaporkan ketidakhadiran mereka di kediaman ketika musim cuti dan perayaan yang akan membuat polis menjalankan rondaan harian di sekitar kediaman sehingga mereka balik.[6][7][8]
Ciri-ciri
suntingAduan
suntingPengguna boleh membuat aduan tanpa perlu berada di balai polis. Mereka boleh meletakkan alamat kejadian, maklumat aduan dan lampiran (gambar dan video) kejadian.[9] Sesiapa yang menyalurkan maklumat palsu boleh dan akan disiasat oleh pihak polis.[9]
Balik Kampung
suntingPengguna boleh melaporkan ketidakhadiran mereka di kediaman untuk jangka masa yang lama (kebiasaan dikenali sebagai 'balik kampung').[8] Pengguna hanya perlu meletakkan tarikh mereka pergi, tarikh dijangka balik dan pengguna juga mempunyai pilihan untuk memberi gambar kediaman mereka. Informasi itu pula dihantar ke polis daerah kediaman tersebut dan unit rondaan akan menjalankan rondaan harian di alamat tersebut sehinggalah pengguna itu balik.[10]
Butang Panik
suntingButang panik juga terdapat dalam aplikasi mudah alih ini.[4][11]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b "Volunteer Smartphone Patrol (VSP)". Kementerian Dalam Negeri. Dicapai pada 27 May 2024.
- ^ "P-hailing riders to help police fight crimes in Sabah". The Borneo Post. 7 March 2024. Dicapai pada 27 May 2024.
- ^ "Volunteer Smartphone Patrol". Google Play Store. Dicapai pada 27 May 2024.
- ^ a b "Volunteer Smartphone Patrol". App Store. Dicapai pada 27 May 2024.
- ^ "Volunteer Smartphone Patrol (VSP)". Polis Diraja Malaysia. Dicapai pada 27 May 2024.
- ^ "Keep cops informed to help curb house break-ins during CNY, IGP urges public". New Straits Times. 7 February 2024. Dicapai pada 27 May 2024.
- ^ "VSP 2.0 lebih mesra pengguna". Astro Awani. 7 February 2024. Dicapai pada 27 May 2024.
- ^ a b "'We can help look after your homes'". The Star. 9 April 2024. Dicapai pada 27 May 2024.
- ^ a b "Volunteer Smartphone Patrol (VSP)". Dicapai pada 27 May 2024.
- ^ "Elderly who live alone can register with VSP for welfare checks - Police". 16 August 2023. Dicapai pada 27 May 2024.
- ^ "Polis rayu rakyat muat turun aplikasi VSP, kini butang SOS tersedia". Free Malaysia Today. 26 May 2024. Dicapai pada 30 May 2024.