Rubah merah

(Dilencongkan dari Vulpes vulpes)

Rubah merah (Vulpes vulpes) ialah yang terbesar daripada rubah benar dan anggota Carnivora yang paling banyak, tertabur ke serata Hemisfera Utara dari Garisan Artik ke Afrika Utara, ke Amerika Utara, dan ke Asia. Wilayahnya telah bertambah di samping perkembangan manusia, kerana telah diperkenalkan ke Australia, tempat ia dianggap berbahaya kepada populasi mamalia dan burung asli. Oleh sebab faktor ini, ia disenaraikan sebagai Kurang Membimbangkan oleh IUCN.[1] Oleh sebab kehadirannya di Australia, ia disertakan dalam senarai "100 spesies invasif paling teruk di dunia".[3]

Rubah merah
روبه ميره
Julat zaman: Pertengahan Pleistosen–Kini
Rubah merah Eropah (V. v. crucigera), Pusat Hidupan Liar British, Surrey
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
V. vulpes
Nama binomial
Vulpes vulpes
Subspesies

45 ssp., lihat teks

Taburan rubah merah (hijau - asli, lembayung - diperkenalkan, jingga - kehadiran tidak tentu).
Sinonim

Canis vulpes Linnaeus, 1758

Rubah merah berasal daripada leluhur bersaiz lebih kecil dari Eurasia semasa zaman Villafranca Pertengahan,[4] dan mengkolonisasi Amerika Utara sejenak selepas pengglasieran Wisconsin.[5] Antara rubah benar, rubah merah mewakili bentuk lebih progresif di arah kekarnivoran.[6] Selain saiz besarnya, rubah merah dibezakan daripada spesies rubah lain dengan kebolehannya untuk bersesuai dengan cepat terhadap persekitaran baharu. Sungguhpun namanya, spesies ini kerap menghasilkan individu dengan warna lain, termasuk balar dan melanis.[7] Empat puluh lima subspesies setakat ini diakui,[8] yang dibahagikan kepada dua kategori: rubah utara besar, dan rubah selatan basal kecil dari Asia dan Timur Tengah.[9]

Rubah merah biasanya bersama-sama berpasangan atau dalam kelompok kecil terdiri daripada keluarga, seperti pasangan pengawanan dan anak-anaknya, atau seekor jantan dengan beberapa ekor betina yang mempunyai ikatan persanakan. Anak daripada pasangan pengawanan kekal dengan induknya untuk membantu penjagaan anak baharu.[10] Spesies ini terutamanya memakan rodensia kecil, tetapi juga boleh menyasarkan leporid, burung buruan, reptilia, invertebrat[11] dan ungulat muda.[12] Jirim buah-buahan dan sayur-sayuran juga dimakan kadang-kadang.[13] Sungguhpun rubah merah cenderung untuk membunuh pemangsa lebih kecil, ia rentan terhadap serangan daripada pemangsa lebih besar, seperti serigala, koyote, jakal keemasan dan felin bersaiz sederhana dan besar.[14]

Spesies ini mempunyai sejarah panjang bagi perkaitan dengan manusia, kerana telah diburu dengan meluas sebagai haiwan perosak dan pembawa bulu selama berabad-abad, serta diwakili dalam cerita rakyat dan mitologi manusia. Oleh sebab taburan meluasnya dan populasi besarnya, rubah merah merupakan salah satu haiwan pembawa bulu paling penting yang hasilnya diperoleh untuk perdagangan bulu.[15]

Nota sunting

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan IUCN tidak disediakan
  2. ^ Linnæus, Carl (1758). Systema naturæ per regna tria naturæ, secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis. Tomus I (dalam bahasa Latin) (ed. 10). Holmiæ (Stockholm): Laurentius Salvius. m/s. 40.
  3. ^ "100 of the World's Worst Invasive Alien Species". Kumpulan Pakar Spesies Invasif.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan k115 tidak disediakan
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan k96 tidak disediakan
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan s480 tidak disediakan
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan s475 tidak disediakan
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan msw3 tidak disediakan
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan s473 tidak disediakan
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan h413 tidak disediakan
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan s513 tidak disediakan
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan USSR2 tidak disediakan
  13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan f529 tidak disediakan
  14. ^ Fedriani, J.M.; Palomares, F.; Delibes, M. (1999). "Niche relations among three sympatric Mediterranean carnivores". Oecologia. 121: 138–148. doi:10.1007/s004420050915. JSTOR 4222449.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan b229 tidak disediakan

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Templat:Pautan RB Templat:Pautan RP Templat:Pautan RP Templat:Pautan RP Templat:Pautan RP Templat:Pautan RP