Koordinat: Peta langit 10h 49m 15.57s, −53° 19′ 06″

WISE 1049-5319 (nama gelaran penuh: WISE J104915.57-531906) ialah sejenis bintang kerdil perang keduaan yang terletak di buruj Vela, 6.5 tahun cahaya dari Matahari, menjadikannya bintang-bintang kerdil perang yang paling hampir dengan Sistem Suria sejak penemuannya pada tahun 2013, dan merupakan sistem yang terhampir pernah ditemui sejak penemuan Bintang Barnard pada 1916.[2][3] Bintang utama dalam sistem ini berada di bawah pengelasan najam L8 ± 1, dan bintang kedua mungkin berada hampir dengan peralihan L/T.[2] Pasangan ini mengorbit satu sama lain pada jarak kira-kira 3 AU[4] dengan tempoh orbit selama 25 tahun.[1]

WISE 1049-5319
WISE 1049-5319
Bintang kerdil perang keduaan WISE 1049-5319 ialah cakera kuning di tengah gambar ini, yang diambil pada 7 Januari 2010 oleh WISE. Bintang-bintang kerdil perang tunggal di dalam sistem itu tidak dapat dilihat.
Data cerapan
Epok J2000      Ekuinoks J2000
Buruj Templat:Constel
Jarak hamal 10j 49m 15.57s
Keserongan −53° 19′ 06″
Ciri-ciri
Jenis spektrum L8 ± 1 / peralihan L/T[1][2]
Magnitud ketara (i (DENIS)) 14.94 ± 0.03[1]
Magnitud ketara (J (sistem tapisan 2MASS)) 10.73 ± 0.03[1]
Magnitud ketara (J (DENIS)) 10.68 ± 0.05[1]
Magnitud ketara (H (sistem tapisan 2MASS)) 9.56 ± 0.03[1]
Magnitud ketara (KS (sistem tapisan 2MASS)) 8.84 ± 0.02[1]
Magnitud ketara (KS (DENIS)) 8.87 ± 0.08[1]
Astrometri
Gerakan wajar (μ) RA: −2759 ± 6[1] mas/thn
Dec.: 354 ± 6[1] mas/thn
Paralaks (π)496 ± 37 mas[1]
Jarak6.6 ± 0.5 tc
(2 ± 0.2 pc)
Orbit[1]
UtamaA
PendampingB
Tempoh (P)~ 25 thn
Kedudukan (relatif kepada A)[1]
KomponenB
Jarak sudutan1.5
Pemisahan diperhatikan
(diramalkan)
3 AU
Penamaan lain
WISE J104915.57-531906,
WISE 1049-5319

Penemuan sunting

Ahli astronomi Kevin Luhman telah menemui bintang-bintang kerdil perang ini di dalam gambar-gambar yang dihasilkan oleh Penjelajah Tinjauan Inframerah Pandangan Luas (WISE). Penemuannya telah diumumkan pada 2013.[2][1] Luhman mengajar di Universiti Negeri Pennsylvania dan merupakan seorang pengkaji di Pusat Eksoplanet dan Dunia Boleh Didiami Negeri Pennsylvania.[2]

Sistem ini pertama kali ditemui dengan membandingkan gambar-gambar WISE pada epok-epok yang berbeza untuk mendedahkan objek-objek yang mempunyai gerakan wajar yang tinggi. Pengesanan-pengesanan seterusnya ditemui di dalam gambar-gambar daripada Tinjauan Langit Didigitalkan, Tinjauan Seluruh Langit Dua Mikron dan Tinjauan Hampir Inframerah Mendalam Langit Selatan.[1]

Di langit, WISE 1049-5319 berada hampir dengan satah galaksi yang dihuni secara padat oleh bintang, menyebabkannya sukar untuk mengesan objek-objek malap dan ini menjelaskan mengapa objek yang sebegini hampir dengan Matahari tidak ditemui dalam carian-carian sebelum ini.[1]

Penemuan bintang kembar sunting

Bintang kedua dalam sistem ini juga ditemui oleh Luhman pada 2013. Gambar penemuannya di dalam jalur i diambil pada malam 23 Februari 2013 dengan Spektrograf Pelbagai Objek Gemini (GMOS) di Teleskop Selatan Gemini, Chile. Komponen-komponen sistem ini ditemui dengan jarak sesudut 1.5 arkasaat yang bersamaan dengan pemisahan ramalan sebanyak 3 AU, dan perbezaan magnitud sebanyak 0.45 mag.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q (8 Mac 2013). "Discovery of a Binary Brown Dwarf at 2 parsecs from the Sun".
  2. ^ a b c d e Barbara K. Kennedy (11 Mac 2013). "The Closest Star System Found in a Century". PennState. Dicapai pada 2013-03-11.
  3. ^ Phil Plait (2013-03-11). "Howdy, Neighbor! New Twin Stars Are Third Closest to the Sun". blog Bad Astronomy. Dicapai pada 2013-03-11.
  4. ^ "Our Newest Neighbors (astronomically speaking)". Heavy Metallicity. 2013-03-11. Dicapai pada 2013-03-12.

Pautan luar sunting