Wikipedia:Kedai Kopi (cadangan)

(Dilencongkan dari Wikipedia:PP)
Laman Kedai Kopi ini bertujuan untuk memberi cadangan kepada Wikipedia atau memohon pendapat.

Jika ingin memberi cadangan sila kemukakannya di bawah sub-tajuk cadangan.

Lihat juga
Sila letakkan tandatangan beserta tarikh bagi kiriman anda (dengan menaip ~~~~ atau klik butang Tandatangan dan cap waktu pada bar peralatan menyunting).kenapa?


Archive Arkib
  1. 2015
  2. 2016
  3. 2017
  4. 2018
  5. 2019
  6. 2020
  7. 2021
  8. 2022


Mohon sekatan terhadap pelaku vandal di ms.wiki sunting

Mohon supaya mana-mana penyelia aktif: @SNN95:, @Zamwan:, @26 Ramadan:, @PeaceSeekers:, @Ricky250:, @Tofeiku:, @Polar: dan @CyberTroopers: supaya menyekat 2001:D08:0:0:0:0:0:0/32 daripada ms.wiki kerana masih terus menerus melakukan vandalisme di ms.wiki. Sejak kebelakangan ini, terdapat lebih ramai pelaku vandal berbanding penyumbang berguna di ms.wiki. Minta supaya tindakan diambil sebelum keadaan menjadi parah. Tolong jangan terlepas pandang tentang hal ini. 2001:E68:5425:83E4:4CE6:7FB6:860B:168C 15:03, 23 April 2023 (UTC)Balas

Saya ingin tahu apa vandalisme yang dia lakukan? Adakah dia meletakkan maklumat yang tidak betul atau sebagainya? PEACE SΞΞKΞRS [Bincang] 01:22, 24 April 2023 (UTC)Balas
@PeaceSeekers: Vandalisme yang dilakukan oleh IP ini ialah memasukkan kandungan mengarut yang sukar difahami. Banyak artikel menjadi mangsa vandalisme oleh IP ini. Alamat IP ini dimiliki oleh seseorang yang bernama Ahmad Mulkliff Mohd Nor yang merupakan saudara terdekat Muhammad Alif Adha Samad yang turut berkongsi IP sama. 2001:E68:5425:620D:90F1:D318:514D:C615 06:47, 28 April 2023 (UTC)Balas
Tersenarai di sini adalah sasaran perosak ilmu Muhammad Alif Adha Bin Samad Bin Osman (juga dikenali sebagai Alifsamad007 atau Alifsamad99) dari Perak di bawah alamat Protokol Internet 2404:160:8028:0:0:0:0:0, 2404:160:8100:0:0:0:0:0 dan 2404:160:8130:0:0:0:0:0:
Kesemua artikel ini mesti diawasi sentiasa dan dibasmikan habisan dari semua jangkitan Alif.
Seorang awanama 10:32, 9 November 2023 (UTC)Balas
Sila terbitkan permohonan di Wikipedia:Penyelia/Papan kenyataan untuk permohonan akan datang bagi menarik perhatian penyelia. Bolehkah saudara User:SNN95 memasukkan pautan halaman papan kenyataan ini di laman utama dan taskbar menu di sebelah kiri Wikipedia (jika paparan desktop)? Ini bagi memudahkan pengguna-pengguna melencong dengan pantas ke laman penyelia. Terima kasih. - CyberTroopers bincang/sumbangan 17:54, 27 April 2023 (UTC)Balas
Untuk rekod: senarai akaun dan IP: c:User:Achim55/Sockpuppet investigations/Ahmad Mulkliff --Achim55 (bincang) 08:45, 10 Mei 2023 (UTC)Balas
Terima kasih! Berkenaan akaun, mudah saya nak sekat secara selamanya. Tetapi, bagi alamat IP, saya lebih kepada tak berkenan untuk membuat perkara yang sama (sekatan selama-lamanya) sebab sekatan alamat IP ada isunya; pengguna lazim yang tiada niat buruk turut terkesan dalam satu alamat yang sama, malah mereka tak boleh daftar/log masuk di IP yang disekat. Isu ini asyik saya hadapi ketika membantu anjurkan bengkel Wiki. Ingin mengenakan sekatan berjulat pun bermasalah kerana alamat IP yang tiada masalah pun akan terjejas; laman senarai Commons yang awak bagi pun ada sebut has false positives. Jadi, buat sekarang, saya tumpukan kepada sekatan sementara saja sambil berharap si Mulkliff/Alif ni cepat selesai. PEACE SΞΞKΞRS [Bincang] 09:05, 10 Mei 2023 (UTC)Balas

Penyelarasan nama raja pemerintah di Malaysia sunting

Saya ingin membuat cadangan agar dibuat sedikit penyelarasan dalam cara penulisan nama raja pemerintah dan keluarga diraja di Malaysia. Antaranya:

  • Tidak perlu diletakkan Almarhum / Al-marhum, (kerana rencana orang mati di Wikipedia tidak diletakkan mendiang/allahyarham/gemulah)
  • Sekiranya nama individu tersebut belum pernah digunakan, maka nama asas tanpa bin digunakan. (Contoh, Tuanku Munawir)
  • Nama unik dibenarkan untuk guna seperti Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, bagi mengelakkan kekeliruan terhadap individu yang mempunyai nama sama (dalam hal ini Sultan Abdul Halim).
  • Jika ada nama yang telah digunakan, ibni/binti {{nama ayahanda}} boleh diletakkan.
  • Perkataan Tunku, Tuanku, Tengku wajar digunakan bergantung pada negeri asal atau negeri khidmat seseorang kerabat diraja.

Sekian mencadang untuk perhatian para penyelia dan penyunting Zahirul Nukman (sumb. | bincang) 23:47, 19 Julai 2023 (UTC)Balas

Saya sokong cadangan tersebut untuk penyelarasan yang lebih baik bagi penamaan raja-raja Melayu dan kerabatnya. Mudah dan ringkas. - Polar (bincang) 00:45, 20 Julai 2023 (UTC)Balas
  Setuju untuk Perkara 1, 2, 3 dan 5. Kurang bersetuju dengan Perkara 4 jika penambahan nama ayahanda merentasi semua nama sultan atau raja. Ini kerana kalau kita letak nama ayahanda sultan atau raja sekali di akan jadi panjang, tak ada beza pun dengan letak nama/gelaran penuh sultan atau raja di Malaysia sebagai tajuk (contohnya: Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah) yang agak panjang dan lewah untuk tajuk rencana. Sekadar Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sudah memadai. Kita pun tak perlulah ikut seperti Wikipedia Bahasa Inggeris (contohnya: Abdul Halim of Kedah, dalam bahasa Melayu: Abdul Halim dari Kedah) sebab bukan budaya bahasa Melayu untuk menggunakan cara penamaan seperti ini.
محمد حكيمي (bincang) 04:00, 20 Julai 2023 (UTC)Balas
Saudara kurang bersetuju dengan Perkara 4, mungkin sebab saya tidak jelaskan ayat tersebut. Saya katakan "Jika ada nama yang telah digunakan", ia tertuju kepada individu yang mempunyai nama sama. Saya berikan contoh, Raja Muda Musa. Dalam carian di Wikipedia Bahasa Melayu, ada tiga individu berlainan yang menggunakan nama tersebut. Jadi wajar jika diletakkan nama ayahanda mereka sebagai membezakan individu yang dimaksudkan dalam rencana: iaitu Raja Muda Musa ibni Sultan Abdul Aziz al-Mu’tasim Billah Shah, Raja Muda Musa ibni Sultan Abdul Samad dan Raja Muda Musa ibni Sultan Jaafar Safiuddin Muazzam Shah. Harap penjelasan ini dapat saudara fahami. Zahirul Nukman (sumb. | bincang) 13:12, 20 Julai 2023 (UTC)Balas
Faham, terima kasih atas penjelasan dari saudara. Kalau kegunaan begini maka saya bersetuju. محمد حكيمي (bincang) 14:54, 20 Julai 2023 (UTC)Balas
Setuju Wiki Farazi bincang 06:32, 20 Julai 2023 (UTC)Balas

Penetapan nama bahasa Melayu untuk Wikivoyage sunting

Saya ingin membuat cadangan untuk menetapkan nama laman Wikivoyage bahasa Melayu sebagai Wikikembara berbanding Wikilayar yang kini digunakan di Discord. Antara sebab yang saya memilih "kembara" berbanding "layar" ialah:

  1. Voyage mempunyai maksud "perjalanan jauh di air, darat, udara, dan angkasa" berdasarkan takrifan di sini.
  2. Layar pula hanya merangkumi "perjalanan di air" berdasarkan takrifan DBP.
  3. Kembara mempunyai maksud yang lebih umum dan perjalanan tidak mengambil kira di darat, laut, angkasa, atau udara.
  4. Kembara lebih sesuai dengan matlamat Wikivoyage sebagai pemberi maklumat kepada sesiapa yang ingin mengembara ke lokasi pilihannya atau ke mana-mana.

Saya berharap undian dapat dilakukan untuk menetapkan samada kembara atau layar digunakan di laman Wikivoyage bahasa Melayu.

Terima kasih. Ultron90 (bincang) 03:37, 24 Julai 2023 (UTC)Balas

  Saya sebenarnya agak konflik yang mana satu patut kita pilih, kerana kalau ikut konteks sebenar fungsi "Wikivoyage" maka "Wikikembara" lah istilah paling sesuai, tetapi kalau kalau ikut deria estetik diri saya maka lebih suka "Wikilayar" (lagipun menurut pautan dilampirkan pun secara umum makna "voyage" lebih cenderung ke arah perjalanan laut) makanya... Saya rasa terbelah bahagi pula. محمد حكيمي (bincang) 04:00, 24 Julai 2023 (UTC)Balas
Saya pilih kembara sebab ia lebih sesuai dengan tema Wikivoyage itu sendiri, iaitu memberikan panduan perjalanan ke suatu tempat. Wiki Farazi bincang 06:08, 24 Julai 2023 (UTC)Balas
saya cadangkan kepada @Ultron90: untuk memberi had masa undian di seksyen ini. usul saya dua minggu dari tarikh 24 julai
- الأستاذ أبو غاصاك (بينچڠ)
10:54, 25 Julai 2023 (UTC)Balas
Baik, saya tambah had masa untuk undian. Ultron90 (bincang) 11:12, 25 Julai 2023 (UTC)Balas
TAMBAHAN: Seperti dicadangkan oleh @Ustad abu gosok, undian akan berlangsung selama 2 minggu dari 24 Julai 2023, iaitu hingga 7 Ogos 2023. Ultron90 (bincang) 11:16, 25 Julai 2023 (UTC)Balas
Boleh beritahu macam mana cara mengundi? Adakah perlunya format khas contohnya menambah '''Sokong Wikikembara''' atau '''Sokong Wikilayar''' pada awal balas mesej? محمد حكيمي (bincang) 13:14, 25 Julai 2023 (UTC)Balas
Boleh sebut "sokong wikilayar" "sokong wikikembara" atau "berkecuali" (kalau tidak memilih mana-mana). Cadangan lain boleh ditambah jika ada yang menyokong cadangan baharu tersebut ditambah untuk undian. (Saya pun pertama kali bikin undian, tak pasti jika ada format tertentu). Ultron90 (bincang) 14:11, 25 Julai 2023 (UTC)Balas

Penyelia Wikipedia Bahasa Melayu semua LAHABAU sunting

Penyelia Wikipedia Bahasa Melayu @PeaceSeekers:, @Polar:, @Wiki Farazi:, @Ricky250:, @26 Ramadan:, @Rachun Dunia:, @SNN95:, @Tofeiku:, @Zamwan: dan @Ustad abu gosok:. Korang semua LAHABAU dan LEMBIK JAHANAM. Satu artikel pun korang tak boleh jaga elok-elok ke dari di vandal oleh IP nakal. Apa korang semua buat, makan tidur ke? 175.136.82.68 03:13, 1 Disember 2023 (UTC)Balas

Memandangkan anda dapat mengesan vandalisme yang kami terlepas pandang, apa kata anda buka akaun anda dan bekerjasama dengan kami. Lama-kelamaan, boleh anda jadi penyelia macam kami juga dan mengisi kekurangan kami. Terima kasih. PEACE SΞΞKΞRS [Bincang] 03:30, 1 Disember 2023 (UTC)Balas
Kalau anda dapat mengenal pasti laku musnah dengan pantas, mengapa tak cipta akaun baharu, dan sunting buang laku musnah itu. Lama-lama suntingan anda bertambah dan jika cukup syarat, maka anda dapat melayakkan diri anda sebagai penyelia. Penyelia Wikipedia bahasa Melayu tak ramai, ada yang sibuk dengan dunia luar seperti belajar dan kerja, bukan 24 jam menghadap Wikipedia. Penyelia pun manusia biasa yang tak lari dari apa-apa kesalahan, bukan orang teragung. Kami dari golongan orang biasa yang mahu membebaskan pengetahuan bersama. Apa-apapun, terima kasih memberi komen. Wiki Farazi bincang 06:11, 1 Disember 2023 (UTC)Balas
Ni semua kerja2 CSR. Tak ada gaji pun. Memang kerja2 kami adalah membuat kerja2 hakiki, makan dan tidur sahaja. Zamwan (bincang) 06:09, 26 Disember 2023 (UTC)Balas

Usulan penyekatan jangka panjang untuk 180.242.68.0/22 sunting

Salam, saya ingin mencadangkan penyekatan jangka panjang untuk 180.242.68.0/22, kerana terus menambah maklumat yang melanggar dasar biografi orang hidup dengan menambah info ketinggian badan (tanpa sumber) pada artikel biografi, terutama para pelakon dan penyanyi. Pengguna ini masuk dalam senarai Wikipedia:Penyalahgunaan jangka panjang di IDWIKI dan pernah disekat 2 kali di sana, saat ini sedang dalam penyekatan pula di ENWIKI (lihat pula penyekatan IP6). Sila lihat kontribusi globalnya pada laman ini. Pengguna ini selalu mengabaikan amaran dan tidak mempunyai alasan munasabah untuk tetap menambahkan info ketinggian badan ke artikel biografi. Mohon kiranya usulan ini dapat ditindaklanjuti oleh para penyelia. Terima kasih. Henri Aja (bincang) 05:06, 18 Februari 2024 (UTC)Balas