Glosari pengkomputeran

(Dilencongkan dari WYSIWYG)

Glosari ini menyenaraikan istilah-istilah dalam bidang perkomputeran.

Antara muka grafik pengguna (graphical user interface)
Disingkatkan kepada GUI. Sejenis antara muka interaksi pengguna yang menampilkan ciri grafik seperti arca dan sebagainya.
Atur cara (program)
Cangkerang (shell)
Enjin gelintar (Search engine)
Ikon (icon)
Gambar kecil yang digunakan sebagai simbol, lazim terdapat dalam antara muka grafik pengguna.
Inti (kernel)
Internet
Rangkaian komputer antarabangsa.
Jaringan Sejagat (World Wide Web)
Sistem jaringan dokumen yang boleh dicapai melalui Internet.
Komputer peribadi (personal computer)
Sejenis komputer untuk kegunaan rumah dan pejabat.
Komputer riba (laptop)
Sejenis komputer kecil dan boleh dibawa ke mana-mana.
Laman web (web page)
Sebuah dokumen elektronik yang boleh dicapai melalui Jaringan Sejagat. Lihat tapak web.
Pelanggan (client)
Perisian penggunaan yang mencapai khidmat jauh yang dihoskan oleh pelayan melalui rangkaian.
Pelayan (server)
Komputer atau perisian yang menawarkan khidmat melalui rangkaian.
Pelayar web (web browser)
Perisian untuk membuka laman web melalui Internet.
Pemproses (prosessor)
Cip utama dalam komputer.
Pengaturcaraan (programming)
Penghala (router)
Peranti (device)
Perisian (software)
Perisian penggunaan (application software, application)
Perisian sistem (system software)
Perkakasan komputer (computer hardware, diringkaskan sebagai hardware)
Persekitaran atas meja (desktop environment)
Satu bentuk antara muka grafik pengguna yang bercirikan ikon, tetingkap, dan sebagainya.
Sistem pengendalian (operating system)
Perisian komputer yang mentadbirkan pengendalian, peruntukan, dan penjadualan sumber dan proses dalam sistem komputer supaya pengguna dapat menggunakan sistem dengan mudah. Disingkatkan kepada OS.
Tapak web (web site)
Himpunan bagi laman web, imej, video dan sebagainya dan dihoskan oleh satu atau lebih pelayan web.
Terminal
WYSIWYG
Singkatan bagi what you see is what you get atau "apa yang dilihat itu yang dapat". Ciri pada perisian penerbitan yang memaparkan rupa dokumen di skrin sama seperti yang akan dicetak.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  • Kamus Komputer Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.