Wadiah atau simpanan adalah konsep perbankan Islam yang hampir sama dengan konsep akaun simpanan dalam perbankan konvensional. Dalam konsep Wadiah, bank dianggap sebagai penjaga dan pemegang amanah dana

Seseorang pendeposit akan mendepositkan dana ke dalam bank dan bank akan menjamin pembayaran balik ke semua amaun deposit berkenaan, atau sebahagian daripada amaun belum jelas apabila pendeposit memintanya. Pendeposit mungkin akan diberikan 'hibah' (hadiah), atas budi bicara bank, sebagai satu bentuk penghargaan kerana membenarkan penggunaan dana pendeposit oleh bank.

  1. Wadi'ah Yad al-Amanah : bank tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan dan kerosakan pada hartabenda simpanan selama perkara berkenaan bukan dikeranakan oleh kesilapan bank dalam memelihara hartabenda berkenaan
  2. Wadi'ah Yad adh-Ḍhamanah : bank boleh memanfaatkan hartabenda simpanan berkenaan dengan keizinan pendeposit dan untuk memulangkan hartabenda simpanan sepenuhnya bila-bila masa sekiranya pendeposit mahukannya

Pendapat sunting

  1. Imam Hanafi : تسليط الغير على حفظ ماله صارحا أو دلالة (membabitkan pihak lain dalam memelihara hartabenda melalui ungkapan yang jelas dan isyarat)
  2. Imam Hambali, Imam Syafi'i, dan Imam Maliki : توكيل في حفظ مملوك على وجه مخصوص (meminta pihak lain untuk memelihara hartabenda melalui cara tertentu)
  3. Hasbi Ashidiqi : Wadi'ah ialah akad yang pada dasarnya meminta bantuan daripada seseorang dalam memelihara hartabenda pendeposit
  4. Syekh Syihab ad-Din al-Qalyubi dan Syekh Umairah : Wadi'ah ialah hartabenda yang ditempatkan kepada pihak lain untuk dipeliharanya
  5. Ibrahim al-Bajuri : Wadi'ah ialah akad yang dilakukan untuk pemeliharaan hartabenda
  6. Addris Ahmad : Wadi'ah ialah hartabenda yang diserahkan (diamanahkan) kepada seseorang supaya hartabenda berkenaan dipelihara dengan baik
  7. Pendapat ahli ekonomi perbankan : Wadi'ah ialah akad simpanan hartabenda atau wang kepada pihak yang diberi mandat untuk memelihara keselamatan dan keutuhan hartabenda atau wang berkenaan