Wafariena Roslan

Wafariena Roslan (lahir 19 Julai 1995) atau lebih dikenali sebagai WAFARIENA, merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model wanita Malaysia.[1] Beliau juga merupakan salah seorang bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019. Sejak itu, beliau memulakan kerjayanya sebagai penyanyi dan melancarkan single pertama yang berjudul Carilah Aku.[2] Antara karya lakonannya termasuk filem Butak, drama 7 Hari Mencintaiku 2 dan telefilem Kisah Seram Hostel.[3][4]

Wafariena Roslan
Kelahiran (1995-07-19) 19 Julai 1995 (umur 27)
Nama lainWafa
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • penyanyi
  • model
Tahun aktif2018–kini
Terkenal kerana7 Hari Mencintaiku 2
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Media Asia Production (MAP Music)

KerjayaSunting

Sebelum menceburi bidang lakonan, Wafariena Roslan terlebih dahulu bergiat aktif dalam bidang muzik sebagai penyanyi. Beliau memulakan kerjaya awal sebagai penyanyi pancaragam di Polis Diraja Malaysia (PDRM). Wafariena kemudian menyertai ujibakat pertandingan Dewi Remaja 2018/2019, namun tidak terpilih sebagai peserta.

Kerjaya lakonannya bermula dengan membintangi telefilem bertajuk Kisah Seram Hostel yang disiarkan di Astro Citra. Pada November 2019, Wafariena merakamkan single sulungnya bertajuk "Carilah Aku" yang berkonsepkan balada nukilan Johari Teh dan Aryan. Ia dikeluarkan menerusi label Media Asia Production (MAP Music).[2]

Wafariena mula mendapat perhatian meluas dalam bidang lakonan menerusi watak Nurul Ain dalam 7 Hari Mencintaiku 2 dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Siti Saleha. Keberkesanan watak lakonannya dalam drama itu, menyebabkan Wafariena dilabel sebagai 'perosak rumah tangga orang', malah turut menerima ugutan disimbah asid.[5] Beliau kembali menjayakan wataknya dalam siri ketiga drama itu yang disiarkan pada 2022.[6][7]

Wafariena ialah salah seorang daripada 24 penyanyi amatur yang mengambil bahagian dalam rancangan Vokal Mania terbitan TV3.[8][9]

Kehidupan peribadiSunting

Wafariena dilahirkan dan dibesarkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan merupakan anak keempat daripada tujuh beradik. Ibu bapanya bercerai ketika beliau berusia 15 tahun dan sejak itu beliau dan adik-beradiknya dibesarkan oleh ibu mereka yang berstatus ibu tunggal.[petikan diperlukan] Beliau juga fasih berbahasa Mandarin dan pernah belajar di sebuah sekolah Cina.[10]

Wafa mendedahkan dalam temubual bersama Kosmo! pada Ogos 2020 bahawa beliau pernah ditawarkan bekerja sebagai gadis pengiring kepada golongan kenamaan dengan bayaran sebanyak RM120,000 satu malam.[11]

Kakaknya meninggal dunia pada November 2020 selepas melahirkan bayi lelaki.[12]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2020 Butak Wafa Filem pertama
2021 Arwah Pak Mat, Lif & AJK Ayu

DramaSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2020 7 Hari Mencintaiku 2 Nurul Ain TV3 Menggantikan pelakon asal Zarynn Min
2020–2021 Potong Anak Mustafar Astro Warna
2021 Romantika 4 Hari 3 Malam Raina TV3
Baby Tak Gila Baby Hypp Sensasi
One Two Hantu 2 Chom Bi Awesome TV
Kiblat Yang Hilang Suraya
Saat Kau Takluk Cinta Ini Kamelia TV3
2022 7 Hari Mencintaiku 3 Nurul Ain
Gangster Ker? Suraya Awesome TV
Tok Guru Nik Naimah TV2

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2019 Kisah Seram Hostel Orkid Astro Citra
2021 Kembar Keliru Cendana Awesome TV
Rindu Tak Bersayap Ain TV Okey
2022 Suri Rumah Terfeeling Leha Awesome TV
Lara Semalam Jasmine TV2
Aku Tauhu Engkau Bergedil Lara

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2020 Vokal Mania Dirinya sendiri/tetamu jemputan TV3
2021 Tok Kata Artis Jemputan Awesome TV
2022 Sepahtu Reunion Live 2022 Episod 10: Hanya Kejujuran Cikgu Nadia Astro Warna

DiskografiSunting

Single
Tahun Tajuk
2019

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan Ruj.
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Wanita Popular Tercalon [13]

RujukanSunting

  1. ^ Nur Asyikin Mayudin (31 Oktober 2020). Wafariena mahu dikenali sebagai penyanyi, cuba nasib bertanding dalam Vokal Mania - "Saya ada dua single sebelum ini" mStar Online. Dicapai pada 31 Oktober 2020.
  2. ^ a b Kamaruddin Razal (7 Januari 2020). Wafariena Roslan perkenalkan bakat nyanyian menerusi lagu Carilah Aku Astro Gempak. Dicapai pada 27 Ogos 2020.
  3. ^ Ridzuan Abdul Rahman (12 Ogos 2020). Ramai panas hati Harian Metro. Dicapai pada 21 Ogos 2020.
  4. ^ Bissme S. (13 November 2020). Off to a good start The Sun Daily. Dicapai pada 9 Disember 2020.
  5. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (8 Ogos 2020). Wafariena diugut simbah asid Berita Harian. Dicapai pada 29 Oktober 2020.
  6. ^ Ridzuan Abdul Rahman (25 Julai 2022). "Enggan dibayangi 'Nurul Ain'". Harian Metro. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  7. ^ Mohd Haikal Isa (21 Mei 2022). "Wafariena terima ugutan santau sebab Nurul Ain". Kosmo!. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  8. ^ Wafariena yakin nyanyian setaraf Aina Abdul Kosmo!. 19 Oktober 2019. Dicapai pada 29 Oktober 2019.
  9. ^ Ridzuan Abdul Rahman (28 Oktober 2020). 'Bukti saya boleh menyanyi' Harian Metro. Dicapai pada 29 Oktober 2020.
  10. ^ Mohd Haikal Isa (23 Ogos 2020). Hutang budi 'Nurul Ain' - Wafariena Kosmo!. Dicapai pada 27 Ogos 2020.
  11. ^ Mohd Haikal Isa (15 Ogos 2020). Wafariena ditawar RM120,000 jadi escort girl Kosmo!. Dicapai pada 17 Oktober 2016.
  12. ^ Shira (4 November 2020). Kakak Wafariena Roslan meninggal dunia Oh! Bulan. Dicapai pada 4 November 2020.
  13. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (15 Oktober 2020). 'Menjerit' dicalonkan ABPBH 33 Berita Harian. Dicapai pada 17 Oktober 2020.

Pautan luarSunting