Dalam ilmu gastronomi, wafer (Jawi: وافر; disebut [wéi.fĕr] atau [wa.fĕr]) ialah sejenis biskut segar, manis, sangat nipis, rata dan kering[1] yang sering digunakan untuk menghiasi aiskrim dan beberapa pencuci mulut lain.[2] Wafer juga boleh dijadikan asas biskut dengan penambahan inti krim berperisa yang diapit di antara kepingan wafer tersebut.

Wafer
Sandwic ais krim disediakan dengan wafer
Nama alternatifWaffer
JenisWafer
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tujuan lain sunting

Istilah "wafer" turut merujuk kepada suatu kepingan jenis tawar dan keras yang digunakan dalam upacara keagamaan tertentu iaitu Eukaris dalam agama Kristian terutamanya mazhab-mazhab Katolik Rom, Anglikan, Luteran dan beberapa gereja Protestan tradisional yang lain. Kepingan suci ini sering mempunyai imej salib atau gambaran penyaliban Yesus Kristus pada permukaannya.

Rujukan sunting

  1. ^ "Collins Dictionary".
  2. ^ Dusy, T.; Rynio, J. (2004). Coffee and Espresso: Make Your Favorite Drinks at Home. Quick and Easy Series. Silverback Books, Incorporated. m/s. 24. ISBN 978-1-930603-39-4. Dicapai pada 27 Mei 2017.

Pautan luar sunting

  •   Kategori berkenaan Wafer di Wikimedia Commons