Wahah

kawasan bertumbuhan di padang pasir

Dalam geografi, sebuah wahah (Jawi: واحة) atau oasis (Jawi: اوواسيس) ialah sebuah kawasan terpencil kehijauan di sebuah gurun, biasanya mengeliling sebuah mata air atau sumber air yang mirip. Wahah juga memberikan habitat untuk haiwan dan manusia jika kawasan itu cukup besar.

Sebuah wahah di gurun Sahara di Libya

Lokasi wahah telah menjadi kepentingan kritikal untuk jalan perdagangan dan angkutan di kawasan-kawasan gurun. Kabilah-kabilah harus mengambara melalui wahah supaya bekalan air dan makanan dapat ditambah. Oleh itu, kawalan politik atau ketenteraan sebuah wahah telah dalam banyak perkara bermakna kawalan perdagangan pada jalan yang khusus; wahah Awjila, Ghadames dan Kufra yang terletak di Libya hari ini contohnya telah banyak pelbagai kali menjadi titik penting perdagangan di Sahara Utara-Selatan dan Timur-Barat.

Penamaan sunting

Perkataan wahah dalam bahasa Melayu dipinjam daripada bahasa Arab وَاحَة wāḥah.[1] Perkataan oasis pula merupakan serapan bahasa Inggeris daripada istilah bahasa Yunani Purba - ὄασις óasis melalui pinjaman bahasa Latin, Kedua-dua nama ini berakar daripada istilah bahasa Mesir (kemudiannya bahasa Qibti) iaitu ouahe atau wahe yang bermaksud "tempat kediaman".[2]

Geologi sunting

 
Wahah Huacachina di Ica, Peru

Wahah dibentuk dari sungai bawah tanah atau akuifer seperti sebuah akuifer artesia, di mana air dapat mencapai permukaan secara semulajadi oleh tekanan atau perigi-perigi dibina manusia. Ribut petir yang berlaku jarang-jarang menyumbang air untuk menampun wahah semula jadi seperti tuat.

Penanaman tumbuhan sunting

 
Oasis in the Libyan part of the Sahara

Mereka yang menghuni harus menguruskan tanah dan air yang ada di wahah di mana tanaman seperti kurma, buah tin, zaitun atau aprikot dapat ditanam dengan baik. Pohon-pohon kurma membentuk lapisan teduh atas yang utama agar pokok yang lebih rendah seperti pic dapat hidup subur lalu membentuk lapisan tengah. Kesemua lapisan ini diuruskan agar penggunaan galian dan air dalam tanah dapat digunakan dengan sebaiknya. Wahah yang lebih lembap boleh menjadi tempat pilihan bagi menanam syauran dan bijirin (gandum, sekoi dan sebagainya).[3]

Wahah terkenal sunting

Afrika sunting

Benua Amerika sunting

 
Kawasan Lindungan Hidupan Liar Fish Springs, Utah, Amerika Syarikat.

Asia sunting

 
Ein Gedi, Israel

Australasia sunting

Eropah sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Sudarno 1992, m/s. 267.
  2. ^ Douglas Harper. "Etymonline - Origin of 'Oasis'". Online Etymology Dictionary. Dicapai pada 2011-07-30.
  3. ^ http://library.eb.co.uk/eb/article-9056610
  4. ^ [1], http://www.lvol.com/lvoleg/hist/lvhist.html.

Sumber utama sunting

Pautan luar sunting

  •   Media berkenaan Wahah di Wikimedia Commons
  •   Takrifan kamus wahah di Wikikamus