Seribu Tahun (drama)

(Dilencongkan daripada Wakaf Dari Syurga)

Seribu Tahun ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2025 arahan Shahrulezad Mohameddin, dibintangi oleh Emma Maembong, Azhan Rani, Noorkhiriah dan Mikael Noah. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot DramaVaganza, Astro Ria pada 5 Mac 2025 menggantikan From Saga With Love.

Seribu Tahun
GenreMelodrama
Ditulis olehShahrulezad Mohameddin
PengarahShahrulezad Mohameddin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Seribu Tahun Lagi" - Imran Ajmain
Lagu penutup"Seribu Tahun Lagi" - Imran Ajmain
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod24
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Hisham A. Karim
  • Emilia Uzir
Penerbit
  • Shahrulezad Mohameddin
  • Fazli Haji Baharom
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Radius One Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal5 Mac 2025 – Kini
Kronologi
MengikutiFrom Saga With Love

Sinopsis

sunting

Puteri Imaan Suhana, seorang wanita muda yang memberontak dan dibesarkan tanpa banyak bimbingan agama, bersama Datin Norish, seorang ibu tunggal yang berjaya membesarkan satu-satunya anak perempuannya selepas kematian suaminya.

Segalanya bermula apabila Imaan terkejut dengan kejadian yang mengubah hidupnya, apabila dia hamil dengan anak luar nikah, hasil hubungan terlarang bersama teman lelakinya, Azrul.

Setelah dikhianati oleh teman lelakinya Azrul, Imaan dalam keadaan hamil melarikan diri ke sebuah desa terpencil dan berkahwin dengan Shukri, seorang lelaki sederhana yang mencintainya tanpa syarat.

Bertahun kemudian, Imaan meninggalkan anak mereka. Shukri membesarkan anak itu seorang diri hingga diserang Alzheimer. Imaan kembali untuk menuntut hak penjagaan, mencetuskan pertempuran emosi antara ibu dan bapa.

Pelakon

sunting

Runut Bunyi

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting
Astro Ria: Slot DramaVaganza, Rabu-Khamis, 9:00 malam
Sebelumnya Seribu Tahun Berikutnya
From Saga With Love TBA