Waktu Dinamik Baripusat

Waktu Dinamik Baripusat (TDB, Perancis: Temps dynamique barycentrique) merupakan skala waktu koordinat kerelatifan yang ditujukan untuk kegunaan astronomi sebagai piawaian waktu untuk mengambil kira dilasi masa[1] dalam mengira orbit dan efemeris astronomi bagi planet, asteroid, komet dan kapal angkasa antara planet dalam Sistem Suria. Mulai 2006, TDB kini ditakrifkan sebagai satu penskalaan linear bagi Waktu Koordinat Baripusat (TCB), dan satu ciri yang membezakan TDB dengan TCB adalah apabila diperhatikan dari permukaan Bumi, TDB mempunyai perbezaan dari Waktu Bumi yang lebih kurang sekecil yang boleh diaturkan dengan takrifkan yang konsisten: perbezaan itu rata-rata berkala,[2] dan keseluruahnnya akan kekal dalam 2 milisaat ke bawah buat beribu-ribu tahun.[3]

TDB digunakan dalam rangka rujukan baripusat Sistem Suria dan mula-mula ditakrifkan pada tahun 1976 sebagai pengganti untuk piawaian lampau yang tidak kerelatifan iaitu waktu efemeris (yang diterima guna oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa pada tahun 1952). Pada tahun 2006, setelah melalui sejarah yang penuh dengan berbagai-bagai takrifan skala masa serta kecaman sejak 1970-an,[4] IAU meluluskan pentakrifan semula TDB. Menurut pentakrifan semula 2006, TDB kini boleh dianggap sebagai bersamaan dengan equivalent to the long-established JPL ephemeris time argument Teph untuk tujuan astronomi amali seperti yang terlaksana dalam JPL Development Ephemeris DE405[5] (yang digunakan sebagai asas rasmi untuk efemeris planet dan bulan dalam Astronomical Almanac, edisi tahun-tahun 2003 dan berikutnya).[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Explanations given with (a) IAU resolutions 1991, under Resolution A.4, at 'Notes for recommendation III', and IAU 2006 resolution 3, and its footnotes; and (b) explanations and references cited at "Time dilation -- due to gravitation and motion together".
  2. ^ The periodic differences, due to relativistic effects, between a coordinate time scale applicable to the Solar-System barycenter, and time measured at the Earth's surface, were first estimated and are explained in: G M Clemence & V Szebehely, "Annual variation of an atomic clock", Astronomical Journal, Vol.72 (1967), p.1324-6.
  3. ^ IAU 2006 resolution 3, see Recommendation and footnotes, note 3.
  4. ^ (a)P K Seidelmann & T Fukushima (1992), "Why new time scales?", Astronomy & Astrophysics vol.265 (1992), pages 833-838: and (b) IAU resolution (1991) A.4(recommendation V), which recommended limiting the use of TDB (previously defined 1976-79) to cases "where discontinuity with previous work is deemed to be undesirable".
  5. ^ IAU 2006 resolution 3, see footnotes, note 4.
  6. ^ See US Naval Observatory (Naval Oceanography Portal), "History of the Astronomical Almanac" (accessed December 2009); also, for details of DE405:- E M Standish (1998), JPL Planetary and Lunar Ephemerides, DE405/LE405[pautan mati kekal], Jet Propulsion Laboratory Interoffice Memorandum 312F-98-48, August 26, 1998.