Buka menu utama

Wikipedia β

Waktu Piawai Malaysia

Waktu Piawai Malaysia atau Malaysian Standard Time merupakan waktu piawai yang digunakan di Malaysia. Tempoh piawaiannya adalah 8 jam mendahului GMT atau UTC di United Kingdom.

Isi kandungan

Sejarah pertukaran waktuSunting

Di Semenanjung MalaysiaSunting

  • Sebelum 1880, masa semenanjung Malaysia ditetapkan mengikut waktu min tempatan di Kuala Lumpur, 6j 46m 48s lebih cepat daripada GMT. Selepas itu, waktu di semenanjung Malaysia ditetapkan kepada 6j 55m 24s (mengikut waktu Singapura).
  • Selepas 31 Mei 1905, waktu dipiawaikan oleh British ke +7:00 GMT (Waktu Malaya).
  • Selepas 31 Disember 1932, waktu dipercepatkan 20 minit untuk memanjangkan waktu siang, menjadi +7:20 GMT.
  • Bermula 1 September 1941, waktu dipercepatkan lagi 10 minit menjadi +7:30 GMT.
  • Bermula 16 Februari 1942, waktu dipercepatkan dua jam mengikut waktu Tokyo, disebabkan pendudukan Jepun di Tanah Melayu, menjadi +9:30 GMT.
  • Bermula 13 September 1945, waktu diselaraskan semula sama seperti 1941, menjadi +7:30 GMT.
  • Bermula 1 Januari 1982, waktu dipercepatkan 30 minit untuk diseragamkan dengan waktu Sabah dan Sarawak, menjadi +8:00 GMT, dan kemudian dipanggil 'Waktu Piawai Malaysia'.

Di Malaysia TimurSunting

  • Sehingga Mac 1926, Sarawak mengikut waktu min tempatan di Kuching, 7j 21m 20s lebih cepat daripada GMT. Borneo Utara pula mengikut waktu min tempatan Jesselton. Selepas itu diselaraskan menjadi +7:30 GMT (Waktu Borneo).
  • Pada awal 1933, waktu dipercepat 30 minit menjadi +8:00 GMT.
    • Waktu musim panas diperkenalkan antara 14 September dan 14 Disember, masa waktu ketika ini dipercepat 20 minit menjadi +8:20 GMT.
  • Bermula 1942, masa disuaikan mengikut waktu piawai Tokyo +9:00 GMT akibat pendudukan Jepun.
  • Bermula September 1945, waktu diselaraskan semula sama seperti 1933, tetapi tanpa waktu musim panas, menjadi +8:00 GMT.
  • Pada 1 Mei 1982, waktu +8:00 GMT ini dipanggil 'Waktu Piawai Malaysia'.

Pautan luarSunting