Istilah waktu efemeris (ephemeris time, ET) secara prinsipnya boleh memaksudkan waktu berkenaan dengan sebarang efemeris astronomi. Dalam amali, istilah ini digunakan khusus untuk memaksudkan:

  1. suatu skala waktu astronomi piawai dahulu yang diterima guna pada tahun 1952 oleh IAU,[1] sehingga ia digantikan pada 1970-an.[2] Skala masa ini diusulkan pada tahun 1948 untuk mengatasi kepincangan waktu suria min yang berubah-ubah tak nalar. Tujuannya adalah menentukan suatu waktu sekata (sebaik yang mampu ketika itu) yang berasaskan teori Newton. Waktu efemeris merupakan penggunaan sulung bagi konsep skala waktu berdinamik yang mana masa dan skala waktu ditakrifkan secara mutlak, disimpulkan dari kedudukan cerap sesebuah jasad samawi melalui teori dinamik pergerakannya.[3]
  2. sebuah skala waktu koordinat kerelatifan moden yang dilaksanakan oleh argumen waktu efemeris JPL Teph, dalam sesiri Development Ephemerides (Efemeris Pembangunan) bersepadu berangka. Antaranya ialah efemeris DE405 yang kini meluas penggunaannya. Skala masa yang diwakili oleh Teph itu berkait rapat tetapi berbeza (satu ofset dan kadar nalar) dengan skala waktu TCB yang kini diterima guna sebagai piawaian oleh IAU.[4]

Kadang-kadang terdapat tanggapan bahawa waktu efemeris digunakan sejak tahun 1900: barangkalinya ini adalah kerana ET yang diusulkan dan diterima guna pada tahun 1948–1952, ditakrifkan secara terperinci dengan menggunakan formula-formula yang menggunakan tarikh epok 0 Januari 1900 dan Jadual Matahari Newcomb secara retrospektif.[5][6]

Waktu efemeris piawaian 1952 meninggalkan pusaka yang berkekalan melalui saat efemerisnya yang diduplikasi hampir-hampir dalam jangka masa saat SI masa kini.

Rujukan sunting

  1. ^ 'ESAE 1961': 'Explanatory Supplement (1961), esp. p.9.
  2. ^ 'ESAA (1992)': P K Seidelmann (ed)., especially at pp.41-42 and at p.79.
  3. ^ B Guinot and P K Seidelmann (1988), at p.304-5.
  4. ^ E M Standish (1998).
  5. ^ S Newcomb (1895).
  6. ^ For the components of the definition including its retrospective aspect, see G M Clemence (1948), esp. p.172, and 'ESAE 1961': 'Explanatory Supplement (1961), esp. pages 69 and 87.