Waktu perdana (bahasa Inggeris: prime time) ialah waktu dalam jadual rancangan televisyen seharian yang paling ramai penonton, maka itu menjadi waktu paling banyak pendapatan iklan penyiar televisyen. Sistem Nielsen Ratings direka khas untuk penyukatan jumlah penonton optimum mengikut waktu, terutamanya waktu perdana yang paling diberi tumpuan. Kebanyakan orang biasa menonton televisyen pada waktu perdana kerana selalunya berletih apabila balik dari kerja atau sekolah lalu terus membuka TV selepas makan malam. Selalunya inilah punca utama ratings tinggi untuk rancangan TV pada waktu ini, serta betapa menariknya waktu ini untuk para pengiklan.


Kontroversi sunting

Semasa Piala Dunia berlangsung sunting

Hampir setiap kali kejohanan bola sepak Piala Dunia berlangsung, tentu ada sahaja program TV pada waktu perdana tercabar/tergugat kesan daripada demam Piala Dunia. Namun, hanya Piala Dunia yang berlangsung di benua Amerika sahaja yang tidak mencabar program-program TV pada waktu perdana.

Berikut ialah beberapa rancangan TV waktu perdana (kebanyakannya adalah bukan drama) yang rating penontonnya tergugat disebabkan oleh demam Piala Dunia (yang diadakan di luar benua Amerika): -

Berikut ialah kronologi rancangan TV waktu perdana (antara jam 7.00 hingga 11.00 malam) yang tergugat dengan Piala Dunia sejak 1986: -

Tahun Nama Rancangan (Waktu perdana) Saluran
1986 Tiada
1990 Majalah Tiga TV3
1994 Tiada
1998 Majalah Tiga TV3
2002 999, Jendela Dunia, Majalah Tiga dan Roda Impian
Muzik@Ria dan Roda Impian Astro Ria
2006 999, Bersamamu, Majalah Tiga dan Mentor 2 TV3
One in a Million 1 8TV
Akademi Fantasia 4, Macam Macam Aznil, AC Di Sini dan Trek Selebriti Astro Ria
Akademi al-Quran TV9
2010 999, Aduan Rakyat, Bersamamu, Majalah Tiga dan Mentor 4 TV3
Showdown 2010 8TV
Akademi al-Quran TV9
Jangan Lupa Lirik 3, Kata Kau dan Trek Selebriti Astro Ria
Imam Muda 1 Astro Oasis
2014 Tiada
2018 Majalah Tiga, 999, Bersamamu TV3
2022 Akan diumumkan kelak
2026
2030
  • Tahun 1986, 1994 dan 2014 menyaksikan tiadanya rancangan pada waktu perdana tergugat dengan Piala Dunia (bersiaran secara langsung), yang mana tahun-tahun tersebut kejohanan berkenaan diadakan di benua Amerika.