Waktu sibuk atau waktu puncak ialah waktu paling banyak kenderaan di jalan raya dan paling banyak pengguna kenderaan awam dan sering mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Biasanya ia berlaku dua kali sehari—sekali ketika para pekerja masuk pejabat pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang ketika para pekerja pulang dari pejabat.

Cerutan tangga waktu sibuk di New York City Subway
Kesesakan lalu lintas waktu sibuk petang di Marginal Pinheiros, São Paulo

Ketika pagi, waktu sibuk lazimnya terjadi antara 7–10 pagi (06:00–10:00) dan antara 4–7 petang (16:00–19:00) waktu tempatan.

Kadang kala, terjadi juga waktu sibuk ketika tengah hari, iaitu apabila para pekerja keluar makan dan para pelajar balik sekolah.