Wan Abdul Rahim Wan Abdullah

Datuk Haji Wan Abdul Rahim bin Wan Abdullah (lahir 24 Februari 1952) adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan bekas Presiden Kelantan FA (2019-2020), bekas Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) (2018-2020), bekas Ahli Parlimen Kota Bharu (2008-2013), bekas Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kelantan (1995-2008) dan bekas ADUN Tanjong Mas (1995-2004).

Yang Berbahagia Datuk Haji

Wan Abdul Rahim Wan Abdullah

DPSM (Melaka)
Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan
Memegang jawatan
2018
Presiden Kelantan FA
Dalam jawatan
2019–2020
Didahului olehBibi Ramjani Ilias Khan
Digantikan olehDatuk Shaari Mat Hussin (memangku)
Pengerusi
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara
Dalam jawatan
7 Ogos 2018 – 2020
Didahului olehMohd Adhan Kechik
Digantikan olehAzman Ibrahim
Pengerusi Parti Amanah Negara Kelantan
Dalam jawatan
2016–2019
Digantikan olehMuhammad Husain
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P21 Kota Bharu, Kelantan
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 2013
Didahului oleh Zaid Ibrahim
Digantikan oleh Takiyuddin Hassan
Majoriti11,288 (PRU-12)
Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
1995–2008
Didahului olehOmar Mohamed
Digantikan olehMohd Nassuruddin Daud
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk Tanjong Mas
Dalam jawatan
1995–2004
Digantikan oleh Rohani Ibrahim
Majoriti13,786 (PRU-9)
14,570 (PRU-10)
Butiran peribadi
Lahir (1952-02-24) 24 Februari 1952 (umur 72)
Parti politik PH-AMANAH (kini)
PAS (sehingga 2015)
PasanganKelantan Datin Khadijah Abd Majid
Kemboja Hassena Osman @ Sowan Rodi
KediamanKampung Sungai Keladi, Kota Bharu, Kelantan
PekerjaanAhli politik

Beliau menyertai AMANAH pada tahun 2015 dan dilantik sebagai Pengerusi AMANAH dan PH Kelantan sehingga tahun 2019. Menjelang Pilihan raya umum Malaysia 2022 beliau dipilih sebagai Pengarah Pilihan Raya AMANAH Kelantan. [1]

Isu dan kontroversi

sunting

Pada 30 April 2002, Wan Abdul Rahim didapati bersalah kerana mengahwini seorang wanita berusia 22 tahun yang berasal dari Kemboja pada 10 Mac 2002. Beliau didapati bersalah mengahwini Hassena Osman atau Sowan Rodi di negara Kemboja tanpa mendapat kelulusan dari Majlis Agama Islam Negeri Kelantan. Beliau berhadapan dengan hukuman tiga hari penjara dan di denda sebanyak RM 1,800.00 oleh Mahkamah Syariah.[2]

Keputusan pilihan raya umum

sunting
Dewan Undangan Negeri Kelantan[3]
Tahun DUN Kerajaan Undi Pct Pembangkang Undi Pct Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
1995 N7 Tanjong Mas, P21 Kota Bharu Wan Abdul Rahim (PAS) 9,213 67.02% Mohamad Fatmi Che Salleh (UMNO) 4,228 30.76% 13,746 4,985 71.77%
Ramli Sulaiman (AKIM) 57 0.41%
1999 Wan Abdul Rahim (PAS) 10,843 74.42'% Mohd Zamri Ramli (UMNO) 3,530 24.23% 14,570 7,313 72.18%
Dewan Rakyat[3][4][5]
Tahun Parlimen Pembangkang Undi Pct Kerajaan Undi Pct Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
1986 P29 Gua Musang, Kelantan Wan Abdul Rahim (PAS) 5,219 29.39% Tengku Razaleigh Hamzah (UMNO) 12,538 70.61% 18,250 7,319 76.11%
2004 P28 Kuala Krai, Kelantan Wan Abdul Rahim (PAS) 16,732 45.63% Mohamed Razali Che Mamat (UMNO) 19,148 52.22% 36,667 6,598 80.64%
2008 P21 Kota Bharu, Kelantan Wan Abdul Rahim (PAS) 32,129 59.82% Mohamad Fatmi Che Salleh (UMNO) 20,841 38.80% 53,710 11,288 78.68%
2013 P32 Gua Musang, Kelantan Wan Abdul Rahim (PAS) 12,954 36.91% Tengku Razaleigh Hamzah (UMNO) 21,367 60.88% 35,097 8,413 87.40%

Anugerah dan penghargaan

sunting
  •   Melaka :
    •   Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) - Datuk (2019)[6]
  •   Kelantan :
    •   Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili II) (DJMK) - Dato' (2004, ditarik balik pada 7 Februari 2018)[7][8]

Rujukan

sunting
  1. ^ https://www.nst.com.my/news/politics/2022/09/832503/kelantan-ph-appoints-former-pas-election-director-datuk-wan-rahim-its
  2. ^ "Kelantan Speaker's marriage 'inexcusable'". New Straits Times. 24 May 2002. Dicapai pada 22 December 2009.
  3. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  4. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  5. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
  6. ^ https://www.malaysiakini.com/news/495560
  7. ^ "Pingat Husam, Wan Rahim ditarik istana Kelantan" (dalam bahasa Malay). Malaysiakini. 7 February 2018. Dicapai pada 11 October 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ Joceline Tan (7 February 2018). "With 'datuk' revocation, Kelantan palace sends strong signal about Amanah". The Star. Dicapai pada 11 October 2018.