Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif

penyelidik dan penulis Malaysia

Haji Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif ialah pengkaji politik di Malaysia. Beliau merupakan bekas pensyarah di Jabatan Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan pernah menjadi Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pada 2008–2011.

Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS
Dalam jawatan
2008–2011
Didahului olehDzulkefly Ahmad
Digantikan olehDzulkefly Ahmad (Pengarah Eksekutif) & Mohd Zuhdi Marzuki (Pengarah Operasi)
Butiran peribadi
Lahir1950
Selising, Pasir Puteh, Kelantan
Meninggal dunia10 September 2015
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia

Latar belakang sunting

Beliau dilahirkan pada 1950 di Selising, Pasir Puteh, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil dan Maktab Sultan Ismail. Kemudian beliau melanjutkan pendidikan tinggi ke Universiti Monash Australia di peringkat sarjana muda dan sarjana. Beliau memperoleh ijazah doktor falsafah dari Universiti Oxford setelah tiga tahun melanjutkan pengajian di universiti tersebut. Semasa di kampus, beliau pernah menjadi Timbalan Presiden Persatuan Pelajar-pelajar Islam seluruh Australia dan Presiden Persatuan Pelajar-pelajar Islam, Universiti Oxford England.

Pulang ke Malaysia, Wan Abdul Rahman aktif dalam menyampaikan kuliah agama di masjid dan surau di sekitar Lembah Klang selain menjadi pensyarah, Jabatan Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dalam kerjaya akademiknya dan juga menghasilkan buku-buku berkaitan kajian politik dan pilihanraya[1].

Politik sunting

Semenjak pulang dari luar negara, Wan Abdul Rahman aktif bergiat dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau pernah menyandang tugas sebagai Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Pusat, Timbalan Yang Dipertua PAS Hulu Langat, Ketua Urusan Ulamak PAS Hulu Langat dan Ketua Urusan Ulamak PAS Serdang, Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pusat Inisiatif Reformasi Pilihan Raya (CERI) di bawah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, untuk membuat kajian dan penelitian terhadap perjalanan pilihanraya yang disertai oleh PAS. Pada tahun 2008–2011, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan PAS. Berbekalkan pengalaman beliau dalam dunia akademik, beliau turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZM), sebuah kolej universiti milik PAS yang terletak di Taman Melewar, Kuala Lumpur[1].

Penulisan sunting

Buku sunting

  • PAS 1951-1991 : cabaran pemantapan dan misi. Kuala Lumpur: Bahagian Penerbitan Buku, Jabatan Penerangan PAS Pusat. 1991.[2]
  • Teori domino : PRU 13 BN tumbang. Kuala Lumpur: Jundi Resources. 2010.
  • Saat cinta bertasbih : tribut untuk Tuan Guru. Kuala Lumpur: Jundi Resources. 2008.
  • Sejarah perkembangan tamadun dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1996.
  • Pembinaan tamadun manusia fasa awal. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. 1995.
  • Kontroversi Sekolah Agama Rakyat (SAR): globalisasi, sekularisasi dan pendemokrasian pendidikan. 2004.

Rencana dalam jurnal/buku sunting

  • "The politics of incorporation the bureaucratization of village leaders : a case study of the penghulu association of Kelantan in the 1970's". Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia. 22: 1–24. 1994.
  • "From Malacca to the new economic policy : some general observations on the nature of Malaysian political economy". Political economy of development in Malaysia. Utusan Publications & Distributor. 1999.
  • "Membina bangsa Malaysia : persoalan bahasa dan bangsa di abad ke-21". Kongres Cendekiawan Melayu IV. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 1995.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Riduan Mohamad Nor (18 September 2015). "Belasungkawa Buat Haji Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif". Buletin Online. Dicapai pada 24 November 2021.
  2. ^ Parti Islam Sa-Malaysia (1951-1970)