Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal (lahir 8 Mei 1987) merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang telah dilantik pada 10 Mac 2020.[2] Sebelum menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri, beliau telah dilantik sebagai Senator di Dewan Negara Malaysia untuk melayakkan beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri.[3]Beliau juga turut dikenali dengan gelaran "Mat Jargon" kerana kerap mengeluarkan kenyataan yang menggunakan perkataan yang sukar difahami lalu menyukarkan proses pemahaman orang ramai [4]
Yang Berhormat Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal Ahli Dewan Negara | |
---|---|
![]() | |
Timbalan Menteri Belia dan Sukan | |
Memegang jawatan 10 Mac 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Menteri | Yang Berhormat Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican |
Didahului oleh | Yang Berhormat Tuan Steven Sim |
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Memegang jawatan 10 Mac 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Ketua ARMADA BERSATU | |
Memegang jawatan 16 Ogos 2020 | |
Didahului oleh | Syed Saddiq Syed Abdul Rahman |
Butiran peribadi | |
Lahir | Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal 8 Mei 1987 Malaysia |
Parti politik | ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() ![]() |
Pasangan | Dr. Siti Nuhara Riduan |
Hubungan | Wan Kuzri Wan Ahmad Kamal (adik) Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal (abang) |
Bapa | Prof Dr. Wan Kamal Wan Napi |
Alma mater | Universiti Teknologi Petronas King's College London |
Pekerjaan | Ahli politik |
Gaji | RM32,347.65 sebulan[1] |
Nilai bersih | Kurang RM1 juta[1] |
Laman web rasmi | Laman sesawang rasmi |
Pendidikan dan kerjaya awalSunting
Selepas tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, beliau bertugas di syarikat carigali minyak terkemuka Malaysia, PETRONAS sebagai Eksekutif Perniagaan dan Perancangan Strategik di Bahagian Teknologi & Kejuruteraan.
Bermula 1 April 2010, beliau telah dilantik sebagai Senior Eksekutif bagi Unit Teraju serta merupakan antara individu yang bertanggungjawab dalam menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera di bawah kelolaan Pejabat Perdana Menteri Malaysia.
Beliau juga pernah menjadi pembantu pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor sebelum menjadi Zamil Penyelidik di Putra Business School, Universiti Putra Malaysia.
PolitikSunting
Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, beliau adalah Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dari 2018-2020 lalu.[5]
Pada 16 Ogos 2020, beliau secara rasmi telahpun diumumkan sebagai Ketua ARMADA Nasional yang pertama dipilih melalui pemilihan parti sejak penubuhan BERSATU [6]
RujukanSunting
- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
- ^ Istiadat angkat sumpah menteri Kabinet bermula
- ^ Menteri, timbalan menteri angkat sumpah Senator
- ^ https://ttkm.com.my/2020/08/16/mat-jargon-menang-ketua-armada/
- ^ Lebih rela hilang semua jawatan - Syed Saddiq
- ^ "Wan Ahmad Fayshal Ketua Armada baharu". 16 Ogos 2020. Dicapai pada 16 Ogos 2020.
Pautan luarSunting
- Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di Facebook
- Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di Instagram
- Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di Twitter
Rencana berkenaan biografi ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |