Wan Amin Wan Mahat

Wan Amin Wan Mahat merupakan rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting, di Kamunting, Taiping, Perak, Malaysia. Beliau menjadi mangsa Akta Keselamatan Dalam Begeri Malaysia (ISA) sejak 2003 setelah dikatakan terlibat dalam perjuangan Jemaah Islamiah.

Banyak serbuan dan tangkapan dilakukan di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina , Pakistan, Afghanistan, Mesir dan negara Arab lain selepas Peristiwa 911 di Amerika Syarikat pada 2001. Ketika itu banyak siri pengeboman hotel dan lokasi orang Barat di Bali , Jakarta, Madrid dan London , Turki dan lain-lain. Presiden Amerika Syarikat, George W Bush terpanggil untuk melakukan perang anti pengganas di seluruh dunia .

Beliau dibebaskan pada hari Ahad, 5 April 2009 selepas diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak. Seramai 13 tahanan ISA yang lain turut dibebaskan. [1]

Rujukan sunting

  1. ^ "13 tahanan ISA dibebaskan esok". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-05. Dicapai pada 2009-04-05.