Dato' Dr Wan Azmi Ariffin merupakan ahli parlimen P013, Sik, Kedah Darul Aman.

Daerah Sik terletak di bahagian timur negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Sik merupakan sebuah kawasan yang masih lagi terpelihara flora dan fauna. Daerah ini masih lagi mempunyai kawasan hutan lipur dan hutan rekreasi yang banyak dan masih terpelihara. Selain daripada itu, daerah ini juga telah dijadikan sebuah "kawasan Agro-Pelancongan oleh Kerajaan Negeri Kedah".

Sik sebenarnya berasal dari perkataan Arab "Syed". Mubaligh-mubaligh Arab yang menbuka penempatan ini. Mereka berhenti dan singgah dengan perahu di Lubuk Tok Keramat, Sg Chepir, berdekatan dengan stesen minyak Shell sekarang, di pekan Sik.

Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Tapak ini kemudian berkembang menjadi sebuah penempatan dan pondok yang pertama di daerah Sik dan mungkin yang pertama di negeri Kedah Darulaman.

Padang Tok Sheikh sekarang ini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan sekarang ini dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik, Kedah.

Perkataan "Sik" berasal dari "Syed" atau "Sheikh" dan jika disebut dalam loghat patani Kelantan, ianya berbunyi "Sik". Sebutan di antara bunyi Sik dan Saik. Rombongan mubaligh itu berketurunan Wan Ibrahim Mekong.

AlamatSunting

Tingkat 2, Bangunan Lembaga Tabung Haji,
Pekan Sik, 08200, Sik , Kedah Darul Aman.
Tel / Faks : 04 - 4692 710
Emel : wanazmi@wanazmisik.com
Website: www.wanazmisik.com [[1]]

BiodataSunting

Kelulusan akademik:

  • Sijil dalam bidang perguruan
  • Sarjana muda dalam Geografi
  • Sarjana dalam bidangan pembangunan
  • PhD dalam bidang ekonomi-politik

Falsafah hidup
"Apabila anda berada di atas, jangan lupa tengok ke bawah, jika tidak, anda akan jatuh.
Jika anda berada di bawah, jangan lupa tengok ke atas, pasti anda akan naik."