Wan Chik Daud
Wan Chik Daud @ Othman (1940 – 26 September 2020) merupakan seorang penyampai berita dan pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan berlakon dengan Tan Sri P. Ramlee ketika zaman kegemilangan Studio Merdeka di Kuala Lumpur. Beliau kemudian memulakan kerjaya di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1980-an sehingga bersara.[1]
Wan Chik Daud | |
---|---|
![]() Wan Chik dalam filem Do Re Mi (1966). | |
Kelahiran | Wan Chik binti Daud @ Othman 1940 Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 26 September 2020 Lembah Keramat, Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 79–80)
Sebab kematian | kompilasi penyakit |
Pekerjaan | Penyampai berita, pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 1963–2020 |
Terkenal kerana | Milah dalam filem Do Re Mi (1966) |
Pasangan | M. Rajoli |
Anak-anak | 4 |
Kehidupan peribadi Sunting
Beliau merupakan isteri kepada pelakon terkenal Allahyarham M. Rajoli. Beliau pernah muncul secara langsung di kaca televisyen ketika menjadi pengkritik jemputan pada minggu pertama Akademi Fantasia musim yang keempat. Beliau pernah muncul bersama suami beliau berlakon dalam iklan "Lasindah Cafe".
Filemografi Sunting
Filem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1963 | Tangkap Basah | Filem pertama | |
1966 | Do Re Mi | Milah | |
Nasib Do Re Mi | Jururawat Milo | Filem terakhir |
Drama Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1964 | Mata Permata | TV1 | |
1999 | Romeo & Juliet | TV3 |
Televisyen Sunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
1985 | Selamat Pagi Malaysia | Pengacara | TV1 |
2006 | Akademi Fantasia (musim 4) | Pengkritik jemputan | Astro Ria |
Kematian Sunting
Wan Chik Daud telah meninggal dunia pada pagi Sabtu 26 September 2020, akibat pelbagai komplikasi penyakit termasuk kanser payudara pada usia 80 tahun.[2][3]
Rujukan Sunting
- ^ Ridzuan Abd Rahman (15 Januari 2020). Wan Chik Daud kini terlantar Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2020.
- ^ Bekas penyampai berita Wan Chik Daud meninggal dunia Sinar Harian. 26 September 2020. Dicapai pada 26 September 2020.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (26 September 2020). Wan Chik Daud meninggal dunia Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2020.