Wan Gegau


Mohd Saffuan bin Samsudin atau dikenali sebagai Wan Gegau (lahir 21 Jun 1987)[1] ialah seorang Pelawak, pengacara dan pelakon Malaysia yang terkenal dengan Tag Line "Nampaktakkk". Mula melibatkan diri secara serius dalam bidang seni sejak tahun 2013, apabila menyertai Program komedi Bintang Mencari Bintang musim pertama secara duo (Kumpulan Gegau) di bawah pimpinan kumpulan lawak No.1 Malaysia, Senario.

Wan Gegau Samsudin
Wangegausamsudin.jpg
"Show Perasmian Pembukaan Pejabat Baru Warisan Gemilang Thrillerz"
Kelahiran
Mohd Saffuan Bin Samsudin

(1987-06-21) 21 Jun 1987 (umur 34)
WarganegaraMalaysia
Nama lainWan Gegau
PekerjaanPelakon, pelawak, pengacara, Pemuzik
Tahun aktif2013–kini
Ketinggian5 ft 5.5 in (1.66 m)
Ibu bapaSamsudin Bin Md Shariff
Hadijah Binti Md Yunos
SaudaraRoslan Salleh
Angah Raja Lawak
Kerjaya lawak
MediaTelevisyen, filem
GenreLawak, satira, sketsa
SubjekNampak Takkk
Bekas ahli• Faizal Ibrahim (Gegau)

• Allahyarham Aliff Mokhtar (Sadow)

• Chot & Hazone (Kumpulan XOXO)

• Lawak Solo

Syura (penyanyi) & Amir Raja Lawak (Wasap)

Ezlynn & Hazone (Zombi)

Azlee Senario & PU Amin (Rembat)

Pembabitan dalam bidang lakonan bermula apabila diberi peluang untuk membawa watak penting dalam drama bersiri Kisah Yang Hilang dan selain itu turut juga membintangi beberapa buah filem.


FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Terbitan Tayangan
2018 Zaara Andy Red Fire Production Belum Keluar
2019 Mawas Bobo Belum Keluar

Super TeleSunting

Tahun Tajuk Watak Terbitan Tayangan
2021 Arwah Pak Mat, Lif & AJK Pak Mat Excellent Pictures & Cinemalaya Studio Astro First

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Terbitan Siaran
2017 Kisah Yang Hilang Asmat MIG Production TV3

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Terbitan Siaran
2013 O.M.G Hero Kampung Orang Kampung Media Prima TV3
Misteri Malam Raya SENARIO Bodyguard Media Prima TV9
2014 Apabila Kau Tersenyum (penghormatan terhadap P.Ramlee) Penjahat Unit Drama RTM TV2
2019 Rendang Krispie Jamal Madness Production Astro
Cinta Hashtag Hassan Teguh Setanding Production Astro

Program RealitiSunting

Tahun Tajuk Watak Terbitan Siaran
2013 Bintang Mencari Pasal Raya Pelakon utama Prime Work Studio TV3
2014 Projek Meja Kuncu Taiko Prime Work Studio TV3
2015 Juara Parody ft. (Kump, SENAMAN) Artis jemputan Vision Work Astro Warna
2016 Kapsul Lawak Solo (7 minggu) Peserta Astro Warna Astro Warna & Mustika HD
2019 Bintang Bersama Bintang - minggu 2 bersama Achey Bocey (pelawak) Artis Jemputan Prime Work Studio TV3
Certot Terlampau (Ramadhan Sarkastik) Penampilan Khas Maxman.TV Astro Warna
Raja Lawak Jr. Penampilan Khas Homegrown Astro Warna
Kami Geng Bola (KGB) Penampilan Khas Vision Work Astro Warna
Pendekar Muda Peringkat Akhir Penampilan Khas Jalur Seni Production Bernama TV
2020 Lawak Sentral Pelakon utama Homegrown Hypp Inspirasi Unifi
Warung Wak (Talk Show) Artis Jemputan Awesome TV Awesome TV
Huru Hara (Talk Show) Artis Jemputan Homegrown Hypp Inspirasi Unifi
Komedi Solo #dudukrumah Artis Jemputan Astro Warna Astro
Lawak Edisi #dudukrumah Artis Jemputan Astro Warna Astro
Punchline Komedi Solo Artis Jemputan Astro Warna Astro
Kaki Bahan Pengacara Hypp Inspirasi Unifi Tv
2021 Parodi Meletop (Lagu Dato' Sri Aliff Syukri) Penari Jemputan bersama Jiggy, Nasrizal Ngasri & Danial Zaini Astro Warna Astro
Muzikal Lawak Superstar Raya Kump. Zombi Bersama Kump. Heart Astro Warna Astro
Perang Prank Bersama Elly Mazlien Mangsa Prank Astro Warna Astro

TVCSunting

Tahun Produk Watak Tayangan Terbitan
2018 Cantik Wangi Suami TV3 Malay Studio Production
Sarifah JB Catering Chef JB Channel (Viral Kormesial) Tazbay Studio Production

PROGRAM RADIOSunting

Tahun Segmen Watak Saluran Terbitan
2020 Gobus Tak Ompok Edisi Raya Dek Wan Negeri FM RTM Negeri Sembilan

KompetisiSunting

Tahun Program Siaran Ahli Kumpulan Pencapaian
2013 Bintang Mencari Bintang (Musim 1) TV3 Faizal Kump. GEGAU Juara Mingguan
2015 Projek Komedi Warna (Musim 1) Astro Warna Aliff Mokhtar Kump. SADOW Minggu 3
2016 Lawak Solo Astro warna Wan Gegau Wan Gegau Separuh Akhir
2017 Maharaja Lawak Mega 2017 Astro Warna One & Chot Kumpulan XOXO Minggu 7
2019 Muzikal Lawak Superstar Astro Warna Syura (penyanyi) & Amir Raja Lawak Kump. WASAP Minggu 7
Maharaja Lawak Mega 2019 (Hot Seat) Astro Warna Abu Mamu & Ilham Abata Kump. GAM Kalah
2020 Muzikal Lawak Superstar 2 Astro Warna Ezlynn & hazone XoXo Kump. ZOMBI Minggu 6
2021 Gema Lawak Superstar (Edisi Ramadhan) Astro warna Azlee Senario & PU Amin Kump. REMBAT Akhir

Sejarah pentasSunting

Bintang Mencari Bintang Musim 1Sunting

GEGAU Merupakan sebuah kumpulan komedi yang telah dicungkil bakat daripada sebuah program yang diberi nama Bintang Mencari Bintang 2013 tayangan TV3. Beliau merupakan anak didik kepada kumpulan lawak Malaysia iaitu kumpulan Senario. Gegau hanya bergerak secara duo bersama Faizal Ibrahim @ Jejal Gegau yang kini telah bertugas di Melaka FM. Kumpulan Gegau pernah beraksi di beberapa negeri dan pernah menerima tawaran berlakon telefilem bersama kumpulan Senario. Beliau pernah dinobatkan sebagai jaguh komedi tanpa suara kerana telah berjaya menewaskan rakan-rakan seperjuanganya yang lain dan menjadi juara mingguan di Bintang Mencari Bintang. Namun begitu, kumpulan Gegau telah tersingkir walaupun selepas menjadi juara mingguan di Sri Pentas 2 Shah Alam ketika itu oleh kerana undian terkumpul dari minggu pertama tidak dapat mengatasi pelawak solo Ajo Mamu.

Projek Komedi Warna 2015Sunting

Setelah gagal menjadi juara dalam program Bintang Mencari Bintang 2013, kini[bila?] terciptanya sebuah lagi kumpulan berkonsepkan komedi yang diberi nama SADOW. Kumpulan ini bergerak secara duo bersama dengan Aliff Mokhtar @ Aliff Bigtoo BMB 1, iaitu anak didik kepada pelakon dan pelawak Sabry Yunus.Beliau mula melangkah di pentas Projek Komedi Warna (Astro Warna/Mustika) 2015. Namun begitu, tidak banyak cerita menarik yang dapat dikongsikan ketika bergerak dengan kumpulan Sadow. Lagi sekali Sadow berdepan dengan banyak pelawak hebat Malaysia dan Singapura. Sadow telah dikalahkan oleh kumpulan Puteh dan Bora. Meskipun ketika itu nama Sadow baru hendak diterima di mata penonton walapun telah berjaya mengalahkan kumpulan Pyro, namun Sadow telah tersingkir pada minggu ke-3 dalam Projek Komedi Warna (Astro Warna/Mustika) 2015.

Lawak SoloSunting

Di pertengahan tahun 2016 lagi sekali penglibatan Wan Gegau secara solo telah mendapat tempat di hati rakyat jelata apabila tampil dengan gaya tersendiri dan telah menghasilkan tanda dagang #nampaktakkk yang terus melekat dalam ingatan dan hati penonton #Lawaksolo musim pertama. Lawak-lawak kemasyarakatan yang ditampilkan juga mendapat perhatian dan tempat di hati penonton yang menyaksikanya. Namun begitu, Wan Gegau hanya dapat bertahan sehingga separuh akhir sahaja setelah berlaku dua penyingkiran secara tiba-tiba. Tekaan Wan Gegau ke peringkat akhir musnah apabila namanya diumumkan oleh hos Johan Raja Lawak, turut tersingkir selepas nama peserta ke-6 diumumkan tersingkir terlebih dahulu. Oleh itu, Wan Gegau pasrah dan terima akan keputusan itu dengan jiwa yang terbuka walaupun ketika itu kecoh di media sosial dan di pentas ramai yang terkejut dan tidak setuju tentang perkara yang telah berlaku. Namun begitu, agak membanggakan kerana Wan Gegau merupakan peserta solo ke-5 terbaik daripada 10 orang peserta yang berentap dalam program Anda Berani #lawaksolo 2016 musim pertama.

Maharaja Lawak Mega 2017Sunting

Pada awal tahun 2017, Wan Gegau melangkah setapak kehadapan dengan menyertai program Maharaja Lawak Mega. Kombinasi antara Wan Gegau bersama Kumpulan XOXO yang mana di awalnya merupakan sebuah kumpulan bawahan yang disifatkan hanya sekadar melengkapi program sahaja ialah satu tanggapan yang salah apabila Kumpulan XOXO berjaya bertahan dan melepasi tiap-tiap minggu dalam persaingan sengit selepas dua minggu berada dalam carta 3 paling atas. Kumpulan XOXO mula menjadi siulan di setiap bibir warga siber secara positif dan negatif. Namun begitu, perjuangan XOXO terhenti pada minggu ke-7 (minggu mengayat bersama artis jemputan) setelah diumumkan tersingkir oleh juri Najip Ali. Wan Gegau menyatakan kepada media bahawa beliau berasa amat berpuas hati dan bersyukur kepada hadrat ilahi walaupun tersingkir. Sebagai seorang amatur ini merupakan satu pencapaian yang cukup luar biasa kerana berjaya berada di tahap yang tidak disangka-sangka. Hasrat beliau untuk menyertai program bertahap mega ini telah menjadi kenyataan. MLM 2017 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan bersiaran secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam, setiap Jumaat jam 10 malam dan boleh ditonton menerusi Astro Warna (132), Mustika HD (134).

Muzikal Lawak Superstar 2019Sunting

Kombinasi yang agak terumbang ambing pada pemikiran awal setiap penggemar rancangan komedi yang menyifatkan gandingan dua pelawak bersama 1 penyanyi ini seharusnya lebih berhati-hati dalam pemilihan ahli apabila mengetahui bahawa gandingan Wan Gegau bersama dengan Amir Raja Lawak dan Syura Badron yang menamakan kumpulan mereka dengan nama WASAP, adalah satu gandingan yang mungkin kurang pengaruh dan akan menjadi kumpulan sekadar memenuhi ruangan program sahaja. Namun begitu kecekalan dan usaha melebihi populariti telah membuka mata dan minda penonton apabila kumpulan Wasap telah berjaya melepasi minggu-minggu yang konon sukar untuk mereka lepasi. Lebih mengejutkan lagi apabila kumpulan Wasap ini berjaya sampai ke minggu ke-7 sebelum diumumkan tersingkir bersama kumpulan Heart yang dianggotai oleh Danial Zaini, Ezad Lazim dan Azmi Carliph Buskers. Satu perjalanan yang sangat luar biasa sebagai sebuah kumpulan komedi yang sangat baru. Alhamdulillah...

Jiwa MuzikSunting

PEMUZIKSunting

Sejak dari bangku sekolah Wan Gegau telah terlibat dengan arena hiburan rock apabila dia mula menjebakkan diri dengan dunia muzik rock sebagai pemain gitar bass hingga pernah membuat persembahan diserata tempat bersama dengan beberapa kumpulan Rock D.I.Y. Sehingga kini beliau masih aktif bermuzika bersama kumpulan Silverchain sebagai pemain gitar bass.

Diantara Gitar Bass yang pernah digunakan :

• Craftman FJ10 (2003 - 2007)

• Yamaha RBX 250 (2009 - 2011)

• Ibanez GSR 200-K (2018 - 2019)

• Yamaha TRBX 304 (2020 - Now)

• Woodwork Warlock 1995 (2020 - Now)

• Warwick Rockbass Corvette 4 (Coming Soon)


Amp bass:

• Fender Rumble 100 | 500

• Hartke HyDrive HD500 - Bass Combo Amplifier


Efect :

• Zoom B1 x Four Multi-Effect Processor (B1FOUR)

• MXT Bass Distortion Stompbox


Antara pemuzik yang menjadi kegemaranya adalah seperti Steve Harris (Iron Maiden), Cliff Buton (Metalicca), Robert Trujillo (Metalicca) & Mike Starr (Alice In Chains)

RujukanSunting

  1. ^ "GEGAU|Bintang Mencari Bintang | TV3". TV3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-21. Dicapai pada 21 Mei 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luarSunting