Wan Junaidi Tuanku Jaafar
YB Senator Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (lahir 1 Februari 1945) merupakan Yang di-Pertua Dewan Negara Ke-19[1] dan Senator Dewan Negara Malaysia. Beliau juga adalah ahli parti dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan bersekutu dengan Parti Perikatan Nasional (PN). Sebelum ini, beliau adalah bekas parti dari Barisan Nasional. Beliau merupakan bekas ahli parlimen Batang Lupar dan kali terakhir sebagai ahli parlimen Santubong, Sarawak selama 5 penggal mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Pada tahun 2008, beliau dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat (Timbalan Speaker Dewan Rakyat). Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri untuk kabinet malaysia 2013.[2]
Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar PSM, PJN; DGSM (Melaka); PNBS (Sarawak); JSM; JBS, PBS (Sarawak) | |
---|---|
![]() | |
Yang di-Pertua Dewan Negara | |
Memegang jawatan 19 Jun 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Timbalan | Nur Jazlan Mohamed |
Didahului oleh | Rais Yatim |
Ahli Dewan Negara | |
Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
Memegang jawatan 19 Jun 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Kawasan pilihan raya | Santubong |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Santubong, Sarawak | |
Dalam jawatan 2004 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | Nancy Shukri |
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi | |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Kawasan pilihan raya | Santubong |
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar | |
Dalam jawatan 28 Julai 2015 – 10 Mei 2018 | |
Raja | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Sultan Muhammad V |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() Alam Sekitar ![]() ![]() Sumber Asli |
Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 28 Julai 2015 | |
Raja | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Batang Lupar, Sarawak | |
Dalam jawatan 1990–2004 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Butiran peribadi | |
Lahir | Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar 1 Februari 1945 Kuching, Sarawak, Pentadbiran Tentera British (Borneo) |
Parti politik | ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() Gabungan Parti Sarawak (GPS) (2018-Kini) ![]() |
Pasangan | Puan Sri Datin Sri Feona Norjanah Sim Abdullah (k. 1972; m. 2022) Puan Sri Datin Sri Fauziah Sanusi (k. 2022) |
Anak-anak | 3 |
Alma mater | University of Southern California |
Pekerjaan | Ahli politik, peguam |
Nilai bersih | RM2.5 ke 5 juta |
Laman web rasmi | wjunaidi |
Kerjaya Sunting
Beliau pernah menjadi ketua platun Pasukan Polis Hutan berpangkat inspektor. Beliau bertempur dengan komunis antara tahun 1969-1973. Seterusnya sebagai peguam.
Persatuan bukan kerajaan Sunting
Beliau menjadi Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) negeri Sarawak. Beliau mencadangkan polis dan Kementerian Dalam Negeri menarik balik penggunaan senjata jenis sub mesingan ini di tempat awam seperti di jalan raya, bandar dan lapangan terbang kerana ia menggerunkan dan menakutkan. Malaysia bukanlah berada dalam suasana perang. Beliau mencadangkan polis menggunakan pistol dan revolver sahaja berikutan dua insiden tembak membabitkan polis dan remaja di Seremban dan Shah Alam.[3]
Kontroversi Sunting
Semasa beliau menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, beliau berpendapat bahawa kadar kes rogol berkanun tinggi di kalangan orang Melayu kepada orang Melayu menjadi "lebih sensitif terhadap budaya" tentang belia mereka, dan dengan itu melaporkan lebih banyak kes daripada "orang bukan Melayu mungkin lebih menerima tentang rogol berkanun".[4]
Hasil penulisan Sunting
Keputusan pilihan raya Sunting
Tahun | Kerajaan | Undi | Peratusan | Pembangkang | Undi | Peratusan | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1990 | Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-BN) | 5,795 | 54% | W. Habib Mahmud (PERMAS) | 3,130 | 29% | ||
1995 | Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-BN) | Tidak bertanding | ||||||
1999 | Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-BN) | 7,903 | 72% | Syid Assimie Ismail (STAR) | 2,689 | 25% |
Tahun | Kerajaan | Undi | Peratusan | Pembangkang | Undi | Peratusan | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-BN) | 12,590 | 85% | Idris Bohari (BEBAS) | 2,030 | 14% | ||
2008 | Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-BN) | 15,800 | 79% | Rahamat Idil Latip (PKR) | 3,855 | 19% | ||
2013 | Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-BN) | 24,655 | 85% | Zulrusdi Mohamad Hol (PKR) | 3,719 | 13% | ||
2018 | Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-BN) | 26,379 | 85% | Mohd Fidzuan Zaidi (AMANAH) | 6,894 | 13% |
Pilihan raya Malaysia 2008 Sunting
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Santubong , negeri Sarawak. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar telah menang dengan mendapat undi sebanyak 15800.
Calon lawan ialah Rahamat Idil Bin Latip dari PKR mendapat 3,855 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 64.73% manakala Undi rosak sebanyak 248.
Anugerah Sunting
- Malaysia :
- Pingat Pangkuan Negara (PPN) (1987)
- Johan Setia Mahkota Malaysia (JSM) (2000)
- Panglima Jasa Negara (PJN) - Datuk (2003)
- Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) Tan Sri - 5 Jun 2023
- Melaka :
- Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - Datuk Seri (2017)[6]
- Sarawak :
- Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) - Dato Sri (2014)[7]
Lihat juga Sunting
Rujukan Sunting
- ^ "Wan Junaidi dipilih Speaker Dewan Negara baharu, Nur Jazlan Timbalan Speaker".
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-27. Dicapai pada 2013-05-16.
- ^ Wan Junaidi: Tarik balik penggunaan sub mesingan
- ^ Syed Jaymal Zahiid (18 March 2014). "Non-Malays more accepting of child rape, says deputy home minister". The Malay Mail. Dicapai pada 19 March 2014.
- ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Dicapai pada 5 April 2010. Percentage figures based on total turnout (including votes for third parties and independent candidates).
- ^ "Wan Junaidi leads honours list in conjunction with Melaka Yang Dipertua's 79th birthday". Nurul Fhatihah Zakinan. New Straits Times. 12 October 2017. Dicapai pada 25 September 2018.
- ^ "Adenan a Datuk Patinggi". Peter Sibon, Lien Cheng. Borneo Post. 13 September 2014. Dicapai pada 25 September 2018.
,