Wan Martina Wan Yusoff

Ahli Dewan Negara Malaysia dan pengamal perubatan
(Dilencongkan dari Wan Martina)

Wan Martina binti Wan Yusoff ialah seorang pengamal perubatan Malaysia dan ahli politik dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau dipilih sebagai Senator oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 24 Ogos 2021 setelah dicalonkan oleh Menteri Besar Ahmad Yakob.[1][2] Beliau menggantikan Asmak Husin yang tugasnya telah berakhir pada 30 Jun 2021.[1][2]

Senator Dr.

Wan Martina Wan Yusoff

MBBS (UM)
Ahli Dewan Negara
Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan
Memegang jawatan
24 Ogos 2021
Didahului olehAsmak Husin
Butiran peribadi
Lahir (1966-11-09) 9 November 1966 (umur 57)
Kelantan
KewarganegaraanMalaysia
Parti politik PAS
PasanganHaji Zaira Azlan Zainudin
Alma materUniversiti Malaya
PekerjaanAhli politik, pengamal perubatan
ProfesionDoktor

Di lapangan kemasyarakatan, beliau merupakan Pengerusi Persatuan Wanita Sejahtera Kelantan (Wanis), dan Timbalan Pengerusi Persatuan Misi Kembara Dakwah (MKD).[1][2] Dalam parti politik, beliau merupakan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Bachok.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Dr Wan Martina dipilih sebagai Senator wakili Kelantan". BHarian. 24 Ogos 2021. Dicapai pada 25 Ogos 2021.
  2. ^ a b c "Kelantan State Assembly elects Dr Wan Martina as senator". The Star. 24 Ogos 2021. Dicapai pada 25 Ogos 2021.

Pautan luar sunting