Mufti Haji Wan Musa atau nama sebenarnya Wan Musa bin Abdul Samad (1875 - 1939) ialah seorang agamawan kelahiran Kelantan.[1][2] Beliau ialah Mufti Kelantan ke-3 yang berkhidmat dari 1909 hingga 1916.[3]

Mufti Haji

Wan Musa
Mufti Kelantan
Dalam jawatan
1909–1916
SultanSultan Muhammad IV
Didahului olehWan Ishak
Digantikan olehWan Muhammad
Butiran peribadi
LahirWan Musa bin Abdul Samad
1874 (1874)
Lorong Tok Semian, Kota Bharu, Kelantan
Meninggal dunia14 Januari 1939 (berumur 64–65)
Kota Bharu, Kelantan
Ibu bapaTuan Tabal

Latar belakang sunting

Wan Musa dilahirkan pada 1874 di Lorong Tok Semian, Kota Bharu.[4] Ibunya bernama Wan Thum, manakala bapanya ialah seorang ulama, Haji Abdul Samad atau dikenali dengan Tuan Tabal.

Pengajian sunting

Beliau dibawa oleh bapanya ke Mekah, dan belajar ilmu agama di sana dan berkenalan dengan tarekat Ahmadiah. Antara gurunya ialah Syeikh Wan Ahmad Patani dan Syeikh Hasbullah.[4] Beliau banyak membaca kitab-kitab golongan reformis Islam serta meneliti perkembangan politik dunia melalui majalah-majalah terkemuka di dalam dan di luar negeri seperti al-Manar, al-Urwah al-Wuthqa, al-Imam dan lain-lain.[perlu rujukan]

Dilantik sebagai mufti sunting

Sebaik kepulangan beliau dari Mekah, beliau dilantik sebagai Mufti Kelantan oleh Sultan Muhammad IV pada 1909. Sikapnya yang tegas serta pandangan-pandangannya yang condong kepada reformasi telah mengheret beliau ke kancah pertelagahan pendapat dengan tokoh "Kaum Tua" di Kelantan seperti Haji Omar Sungai Keladi dan Haji Ibrahim Tok Raja. Di luar Kelantan pula, beliau pernah berpolemik dengan Tengku Mahmud Zuhdi al-Fatani, penulis Tazkiyat al-Anzar (1920) yang menghujah balas pendapat beliau.

Antara persoalan kontroversi yang berbangkit berkait pendapat beliau ialah isu membina masjid dengan harta zakat fitrah, penyertaan niat (muqaranah) ketika solat, talqin, kain telekung solat, penggabungan (talfiq) aliran mazhab, pemindahan harta wakaf/pusaka dan perbahasan jilatan anjing.[5] Beliau meletak jawatan pada 1916 selepas pertikaian isu yang diselesaikan melibatkan harta pusaka kerabat diraja.[6]

Selepas meletak jawatan, beliau pergi ke Kemboja sebagai pendakwah dan guru di sana. Beliau juga mengajar di suraunya di Jalan Merbau, Kota Bharu, dan di Kampung Laut serta Padang Pak Amat di Pasir Puteh.

Di bawah bimbingan beliau, lahir sejumlah ulama tokoh pembaharu di serata Nusantara. Antaranya termasuklah Haji As’ad Kangkung, Haji Yaakub Lorong Gajah Mati, Dato’ Haji Ahmad Maher, Maulana Haji Abdullah Nuh (Pasir Puteh), Haji Ayub Kemboja, Haji Abd. Manan Sumatera, Haji Abd. Wahid Sungai Udang (Melaka), Haji Nik Mat Alim Pulau Melaka (bapa kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat), Haji Ismail Lundang Paku, Haji Nik Abd. Rahman Palekbang serta lima orang putera-putera beliau sendiri (Haji Nik Abdullah, Haji Nik Mat Nazir, Haji Nik Mahmud, Haji Nik Muhamad Salleh dan Haji Nik Mohd Mohyideen.[7]

Meninggal dunia sunting

Wan Musa meninggal dunia secara mengejut pada Sabtu, 14 Januari 1939. Ketika itu beliau berusia 65 tahun dan selamat dikebumikan di Perkuburan Banggol, Kota Bharu.[8][9]

Rujukan sunting

  1. ^ "Haji Wan Musa Tuan Tabal pernah mengundang perdebatan hebat". Pusat Pembangunan Pondok Berhad. 2022-05-15. Dicapai pada 2023-11-22.
  2. ^ Journal of Humanities and Social Sciences.
    The National University of Malaysia
  3. ^ Tehrani, Faisal (2019-01-12). "Mufti sultan yang mendoakan penjajah". Malaysiakini. Dicapai pada 2023-11-22.
  4. ^ a b "Musa b. 'Abd al-Samad b. Muhammad Salih al-Kalantani (1874-1939)". Center for Patani Studies (dalam bahasa Inggeris). 2015-02-07. Dicapai pada 2023-11-22.
  5. ^ "Tokoh". abzahidi2001.tripod.com. Dicapai pada 2023-11-22.
  6. ^ Ilmuwan Nusantara: mutiara ilmu tanah serumpun. PTS Islamika. 2011. ISBN 978-967-366-068-1.
  7. ^ Fairness for all races and religions
  8. ^ Jamsari, Ezad Azraai; Husain, Radziah (2007). "Sejarah Penubuhan Dan Perkembangan Jabatan Mufti Negeri Kelantan". Journal of Fatwa Management and Research (JFatwa).CS1 maint: date and year (link)
  9. ^ Ismail Che Daud (1988). Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1). Majlis Agama Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. ISBN 983-2391-00-8.