Wan Muzaffar atau Ristoe yang dilahirkan pada (1982-08-03) 3 Ogos 1982 (umur 38) merupakan pemain dram kumpulan New Boyz yang kedua selepas Along. Selain New Boyz, Ristoe merupakan pemain dram untuk kumpulan Servent Jamm (1997-kini), Love Machine (2006), Bau (live stage performance 2007), Abstrak Hingga Ke Bulan (2008), Stellar (2009-kini) dan banyak lagi. Ristoe juga mempunyai kelulusan dalam Diploma Seni Muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2003.

Ristoe New Boyz
Nama lahirWan Muzaffar
Juga dikenali sebagai
Ristoe
Kelahiran (1982-08-03) 3 Ogos 1982 (umur 38)
Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Berasal dari Malaysia
GenrePop rock, Balada
PekerjaanPemuzik, Jurutera Bunyi
InstrumenDram
Tahun aktif2004-2009, 2015-kini
Syarikat rakaman
Suria Records (2004-2009)
Pengkarya berkait
New Boyz

Selain itu, Ristoe juga pernah mengajar muzik secara profesional di beberapa sekolah muzik swasta antaranya di Klang Music Center, Tarega Music Shah Alam & Klang, Tohkemy Music Academy Klang, Mahogany Music Shah Alam & beberapa lagi sekolah muzik di sekitar Bangsar, Seri Petaling dan Ampang.

Pada tahun 2007 hingga pertengahan 2009, Ristoe aktif dalam menguruskan "event company" yang ditubuhkan & aktif mengadakan persembahan dari tahun 2001 di samping menguruskan segala hal berkaitan pengurusan muzik live di sekitar Kuala Lumpur atas nama Seattlewangsa Music Scene. Selepas itu beliau banyak menguruskan hal berkaitan audio untuk persembahan live, majlis-majlis korporat & sessionist untuk rakaman studio.

Tahun 2009-2012 Wan Muzaffar @ Ristoe aktif menjalankan tugas-tugas audio dan menjalankan projek album terbarunya bersama band BANDBiN.

Karier MuzikSunting

  • 1997 - Servent Jamm
# Demo - Unproblem (1999)
# Demo-Life They More (2000)
# Album Paradigm Of 5 Kingdoms - Compilation Album 2001
  • 2004 - New Boyz
# Bermulanya Satu Evolusi (2004)
# Semula Padaku (2007)
# Single Terima Kasih (Hero) - Soundtrack Filem KAPOW!
# Single Kau Pergi (2009)
  • 2008 - Abstrak Hingga Ke Bulan (album) mewakili sehingga ke peringkat South East Asia dlm rancangan TV terbitan di USA.
  • 2009 - Stellar (album Kisah Bintang Pecinta)
  • 2009 - L.Danielle (soundtrack album Lu Pikir La Sendiri)
  • 2012 - BANDBiN (album)

Session Kumpulan / Artis (Album & Persembahan Live)

  • 2004 - Blits (tribute to Slipknot)
  • 2007 - Love Machine (Rentak Juara RTM)
  • 2008 - BAU (Jelajah ERA)
  • 2008 - Private Whizz (Jelajah ERA)
  • 2009 - Amra (Launching album @ Planet Hollywood)
  • 2009 - Dina Malaysian Idol (Hot FM Big Jam)
  • 2009 - Nazrey Johani (X-Raihan) (Konsert Untukmu Palestin)
  • 2010 - Tomok (Rangkaian Konsert TM)