Wan Najdi bin Wan Mohd Noh

Wan Najdi bin Wan Mohd Noh dilahirkan pada 4 September 1991. Beliau yang lebih dikenali sebagai Imam Muda Najdi / Najdi / Adi. merupakan bekas anggota UNIC. merupakan seorang Pendakwah, Penyanyi, Qari, Pelakon & Hos.

Imam Muda Najdi @ Wan Najdi
Kelahiran
Wan Najdi bin Wan Mohd Noh

(1991-09-04) 4 September 1991 (umur 32)
Warganegara Malaysia
Nama lainNajdi, Adi
PekerjaanPendakwah, Penyanyi, Qari, Pelakon & Hos
Tahun aktif2009 - Kini
MajikanUNIC DOTMY PRO Sdn. Bhd.
PasanganDr. Nor Azreen Rahim
Anak-anakWan Maisarah binti Wan Najdi
Wan Mustapha binti Wan Najdi

Beliau juga merupakan bekas peserta Imam Muda Musim kedua. dibesarkan di Kajang Selangor, merupakan anak ke empat daripada 5 adik-beradik di mana mempunyai 4 orang lelaki dan seorang perempuan. Anak kepada Guru Quran Ustaz Wan Mohd Noh dan Puan Norlida Daud.

Kehidupan Peribadi sunting

Imam Muda Najdi @ Wan Najdi berkahwin dengan seorang Doktor dari Hospital Kajang yang bernama Dr. Nor Azreen Rahim. Pasangan itu berkahwin pada Tahun 2016 di Kajang Selangor dan sekarang mereka mempunyai dua orang cahaya Mata perempuan yang bernama Wan Maisarah binti Wan Najdi dan Wan Mustapha binti Wan Najdi

Pendidikan sunting

Lulusan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Hobi sunting

Suka berqasidah dan bertarannum. tetapi beliau juga aktif dalam sukan dan riadah, antaranya beliau gemar berfutsal.

Penglibatan Seni sunting

Melibatkan diri sebagai Peserta Imam Muda Musim ke 2. Wan Najdi merupakan peserta Paling Muda dalam rancangan tersebut, sejurus itu, beliau ada membuat album bersama Hafiz Hamidun. yang berjudul Imam Muda Najdi - Zikir Terapi Selawat yang menampilkan zikir terapi selawat seperti - Solla 'Alaikallah, tolaal badru alaina, dan banyak lagi.

Menyertai Gema Gegar Vaganza 1 (2017) bersama dua (2) lagi ahli UNIC iaitu Mohd Fakhrul Radhi bin Khamaruddin dan Bazli Hazwan bin Che Osman dan dinobatkan sebagai Juara Gema Gegar Vaganza 1 (2017), bersaing bersama Abang nya yang juga anggota kumpulan Saujana. iaitu Wan Najran bin Wan Mohd Noh.

Pada April 2017, UNIC adalah antara peserta yang telah berentap menerusi program terbaharu iaitu Gema Gegar Vaganza (GGV) yang mengangkat lagu ketuhanan sebagai konsep pertandingan. Mereka telah mempersembahkan lagu Hanya Tuhan Yang Tahu pada minggu pertama. dan Pada 21 Mei 2017, di konsert akhir Gema Gegar Vaganza (GGV), UNIC telah mempersembahkan lagu pertama mereka iaitu Ainul Mardiah dan lagu kedua battle bersama SAUJANA mempersembahkan lagu Kalah Dalam Menang. Melalui persembahan akhir tersebut UNIC telah dinobatkan sebagai JUARA untuk Gema Gegar Vaganza 2017 dengan hadiah kemenangan sebanyak RM100,000 dan trofi.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting