Nora (penyanyi)

Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia
(Dilencongkan daripada Wan Norafizah binti Ariffin)

Yang Berbahagia Datuk Wan Norafizah Dato’ Haji Wan Ariffin (lahir 26 Julai 1973) atau lebih dikenali sebagai Nora ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1][2] Dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan, Nora mula bergiat aktif dalam dunia seni suara apabila beliau dinobatkan sebagai juara Bintang HMI pada tahun 1991. Beliau pada mulanya menggunakan mononim Nora pada tahun-tahun terawal kerjayanya, namun sejak kebelakangan ini, beliau telah membuat persembahan di bawah nama Nora J. atau Nora Ariffin.[3][4] Beliau mengikat kontrak rakaman bersama Warner Music Malaysia dan muncul bersama album pertama yang berjudul Sandiwara yang memuatkan lagu hits "Di Persimpangan Dilema" ciptaan Adnan Abu Hassan.[5] Susulan itu, Nora terus mengecapi kejayaan komersial dan kritis menerusi album-albumnya yang dikeluarkan bermula pada pertengahan 1990-an.


Nora

Kelahiran
Wan Norafizah binti Wan Ariffin

(1973-07-26) 26 Julai 1973 (umur 51)
Nama lainNora, Nora J, Nora Ariffin
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1991–kini
Pasangan
Anak-anak4 (termasuk Alif Johan)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Warner Music, BMG, JAM Records, Universal Music, Warner Music, JNSB
Pengkarya berkait
Johan Nawawi, Voices of Ummi, Casey Subramaniam

Antara lagu-lagu terkenal beliau ialah "Katakanlah", "Debaran", "Renungan Terakhir", "Naluri (Hadirlah Kekasih)", "Hanyalah Satu", "Menyemai Cinta Bersamamu", "Mata" dan "Kau Tak Pernah Jauh". Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam bidang muzik termasuk Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Juara Lagu dan disifatkan antara penyanyi yang amat popular pada era 1990-an, sezaman dengan Amy Mastura, Ziana Zain, Ning Baizura, Erra Fazira dan Siti Nurhaliza. Pada tahun 2016, beliau merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ketiga.

Kerjaya

sunting

Pada tahun 1991, Nora, yang ketika itu berusia 18 tahun mula berkecimpung dalam bidang muzik dengan menyertai Bintang HMI sekaligus dinobatkan sebagai juara. Ketika itu, Nora menyampaikan lagu "Akhirnya Kini Pasti" nyanyian asal Anita Sarawak.[6] Beliau ditawarkan merakamkan lagu sulungnya yang bertajuk "Interlud" yang merupakan runut bunyi filem arahan Othman Zainuddin bertajuk sama.[7] Bagaimanapun, beliau hanya merakamkan suaranya selepas kelahiran anak sulungnya, walaupun beliau sepatutnya berbuat demikian selepas menjuarai Bintang HMI.[8]

Bakat mendalamnya dalam bidang muzik telah menarik perhatian syarikat rakaman Warner Music Malaysia, kemudian menawarkannya kontrak rakaman.[9] Bekerja di bawah bimbingan suaminya, komposer terkenal, Johan Nawawi, beliau merakamkan album sulungnya bertajuk Sandiwara.[10][11] Dikeluarkan pada Jun 1994, album ini didahului oleh lagu "Interlud" sebagai single pertama, namun lagu "Di Persimpangan Dilema" sebagai single kedua, berjaya menjulang nama Nora sekaligus memperkenalkannya kepada peminat industri muzik.[12][5][13] Album ini menjadi kejayaan komersial apabila ia terjual sebanyak 100,000 unit dan menerima pensijilan platinum.[14]

Pada 31 Ogos 1994, bersempena Hari Kemerdekaan negara ke-37, Nora membuat persembahan di Konsert Hari Kebangsaan yang berlangsung di Dataran Merdeka. Turut membuat persembahan ialah Dayangku Intan, Salwa Abdul Rahman, Poe dan To'ki.[15]

Pada tahun 1995, Nora berduet bersama Sheila Majid menerusi lagu "Jentayu" hasil nukilan Johan. Lagu ini dimuatkan dalam album koleksi Sentuhan Ilham Rasa Johan Nawawi terbitan WEA.[16][17] Pada 23 Mac tahun yang sama, beliau telah dinobatkan sebagai Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-2, sementara album sulungnya, Sandiwara telah dicalonkan untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita).[18] Album keduanya, Debaran dikeluarkan pada November 1995. Dirakamkan selepas Hari Raya Aidilfitri, album ini menyaksikan Nora sekali lagi menggunakan khidmat suaminya sebagai penerbit album.[19][20] Album ini mendapat sambutan yang baik di pasaran, telah terjual sebanyak 30,000 unit. Single yang dikeluarkan termasuk "Katakanlah", "Dendam Dalam Diam" dan "Debaran". Terdapat sebuah lagu duet bersama Casey Subramaniam yang bertajuk "Meniti Janji".

Album ketiganya pula menyusul pada Disember 1996 dengan tajuk Naluri.[21][22] Empat lagu dalam album ini dikeluarkan sebagai single termasuk "Naluri (Hadirlah Kekasih)" dan "Renungan Terakhir". Lagu "Naluri" telah dipilih sebagai lagu tema drama Cinta Antara Benua yang disiarkan di TV3. Nora juga membuat penampilan khas dalam drama ini.[23]

Pada tahun 1997, beliau berpadu suara dengan Ziana Zain, Ning Baizura dan penyanyi Indonesia, Dessy Fitri menerusi lagu "Di Akhir Garisan" hasil ciptaan komposer Australia, Paul Begaud. Lagu ini dimuatkan dalam album kompilasi Jelita.[24] Album kompilasi sulungnya, Hanya Satu dikeluarkan pada September 1998, memuatkan beberapa lagu popular beliau serta lima lagu baru.[25] Beliau yang juga berkhidmat sebagai penerbit album bersama suaminya, turut merakamkan sebuah lagu berbahasa Inggeris bertajuk "You Can Run Away".[26] Hanya Satu menjadi album terakhir Nora bersama Warner Music.

Tidak lama kemudian, Nora, bersama artis Hong Kong, Jack Wu dan bintang dari Singapura, Ann Kok menjadi tiga artis Asia yang dijemput oleh Suruhanjaya Pelancongan Australia (ATC) untuk mempromosikan pasaran pelancongan remaja di negara berkenaan.[27]

Beliau kemudian menandatangani kontrak rakaman bersama BMG Music Malaysia dan seterusnya muncul bersama album keempatnya, Kirana yang merupakan album pertamanya bersama BMG. Dikeluarkan pada September 2000, antara single yang dikeluarkan untuk album ini termasuk "Materialistik", "Menyemai Cinta Bersamamu" dan "Desa Tercinta".[28][29][30] Beliau bagaimanapun, meninggalkan BMG Music selepas hanya terbitkan satu album. Pada Oktober 2000, Nora mencipta sejarah peribadi apabila telah berjaya menduduki carta teratas Top 10 Broadband Talent Net (BTN) Global Chart. Carta ini menampilkan artis yang berdaftar dengan BTN dari seluruh dunia. Turut menduduki carta itu ialah Too Phat.[31]

Nora beralih ke syarikat rakaman Jam Records dan Pony Canyon, seterusnya merakamkan album kelimanya, Nora Nora. Album yang dikeluarkan pada Ogos 2002 ini mempertaruhkan single pertama, "Mata" dan single kedua, "Kau Tak Pernah Jauh". "Mata" menampilkan vokal latar oleh Adibah Noor. Penyanyi dan komposer Indonesia, Melly Goeslaw menyumbangkan lagu bertajuk "Terhitung Hari Ini".[32][33]

Bersempena dengan ulang tahun ke-9 lagu "Di Persimpangan Dilema" nyanyiannya, pada 2003, Nora berduet bersama juara Akademi Fantasia musim pertama, Vince Chong, merakamkan semula lagu itu dengan tajuk "Dilema '03" yang diberikan susunan muzik baru. Ini kemudian diikuti oleh pelancaran album kompilasi Cinta Satu Dekad.[34][35]

Pada Mei 2005, Nora ialah salah seorang daripada penyanyi yang mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian Mentor musim pertama yang mana beliau ialah mentor kepada Nabil Zamanhuri.[36][37]

Pada tahun 2006, Nora melancarkan satu lagi album kompilasi yang bertajuk Samudera yang mengandungi beberapa lagu lama beliau serta tiga lagu baru, iaitu "Samudera", "Secebis Harapan" dan "Rela Berpisah".[38] "Samudera" hasil nukilan Johan Nawawi dengan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya telah memenangi kategori Etnik Kreatif di Anugerah Juara Lagu ke-22.[39] Beliau melancarkan single bertajuk "Cinta Sebenarnya" pada 2009.

Pada 11 Februari 2012, Nora dan suaminya, Johan Nawawi menerbitkan siri animasi 26 episod bertajuk Ummi... Ceritalah Pada Kami. Animasi ini diterbitkan syarikat penerbitan milik Nora dan suaminya, iaitu Hud Hud Media dan Johan Nawawi Sdn. Bhd setelah mendapat dana daripada Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC). Penerbitannya dalam format 3D itu dihasilkan pada kualiti yang tinggi bagi mencapai standard animasi antarabangsa. Suara Nora sebagai Ummi bersama anggota kumpulan Voices of Ummi yang lain termasuk dua anaknya iaitu Alif Johan dan Putri Dahlia serta Aiman Abbas, Hana Hamdan dan Jihad Hamdan.[40]

Album keenam beliau, Hikmah dikeluarkan pada Jun 2012 di bawah label milik suaminya, Johan Nawawi Sdn. Bhd. Ini menjadi album studio pertamanya dalam tempoh 10 tahun sejak Nora Nora sekaligus menjadi album keagamaan pertamanya.[41]

Pada Oktober 2016, beliau menjadi salah seorang daripada peserta Gegar Vaganza musim ketiga selepas menerima tawaran daripada Astro untuk menyertai rancangan itu. Beliau tersingkir di konsert minggu ketujuh.[42][43]

Nora bersama-sama dengan Ella, Aishah, Noraniza Idris dan penyanyi Indonesia, Yuka Kharisma dan Elda Susanti membuat persembahan di konsert Voices of Ladies anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berlangsung di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada 11 Ogos 2018.[44]

Gegar Vaganza 2016

sunting
Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 3)
Konsert Tema Lagu tugasan Penyanyi asal Kedudukan Keputusan
Minggu 1 Kembali Menyengat "Di Persimpangan Dilema" Dirinya sendiri Pertama SELAMAT
Minggu 2 Memori Berkasih "Setelah Aku Kau Miliki" Shima Ke-8 SELAMAT
Minggu 3 Ada Bran? "Sudah Ku Tahu" Projector Band Ke-6 SELAMAT
Minggu 4 Duet Vaganza "Terlanjur Cinta" (duet bersama Ayai Illusi) Rossa & Pasha Ungu Ke-3 SELAMAT
Minggu 5 Hits Vaganza "Kasih" Hetty Koes Endang Ke-4 SELAMAT
Minggu 6 Rock+dut Vaganza "Bring Me To Life" Evanescence Ke-8 SELAMAT
Minggu 7 Separuh Akhir "Sandiwara" Dirinya sendiri Ke-6 TERSINGKIR

Profil vokal

sunting
  • Vocal Type: Light-Lyric Soprano 
  • Vocal Range: B3 - A5 - Gb6 (3 octaves and a diminished fifth)

Kehidupan peribadi

sunting

Beliau berkahwin dengan komposer terkenal, Johan Nawawi dari 1992 hingga 2017, mereka dikurniakan empat anak, dua anak lelaki dan dua anak perempuan. Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.[45][46]

Anak keduanya, Muhammad Syakir Alif meninggal dunia pada 14 Disember 2019 pada usia 20 tahun akibat satu penyakit yang tidak diketahui.[47][48]

Beliau berkahwin kali kedua dengan pensyarah kanan Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Dr. Rushdi Ramli yang juga rakan karib suami Nora, Johan Nawawi.[49]

Diskografi

sunting

Album studio

sunting

Album kompilasi

sunting
  • Hanya Satu (1998)
  • Abstrak Nora - Koleksi Terbaik (2000)
  • Cinta Satu Dekad (2003)
  • Samudera (2006)
  • Memori Hit Nora (2009)
  • Biografi (2012)

Single

sunting
Tahun Judul lagu Kedudukan tertinggi carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1993 "Interlud" OST Interlud
1994 "Di Persimpangan Dilema" 1 Sandiwara
"Sandiwara" 1
1995 "Rentak Jantung"
"Melodi Perpisahan"
"Joget Kelantan"
"Harum"
"Debaran" 7 Debaran
"Dendam Dalam Diam" 1
"Jentayu"
bersama Sheila Majid dan Johan Nawawi
Jentayu...Koleksi Ilhamrasa
1996 "Kadangkala Terpaksa" Debaran
"Meniti Janji"
duet bersama Casey Subramaniam
"Katakanlah"
"Sayang Disayang"
bersama Pak Hussein Keronchong
"Ku Miliki Bayanganmu"
bersama Maman
Non-album Single
"Dakapan" 4 Naluri
1997 "Cinta Di Akhir Garisan"
bersama Ziana Zain, Dessy Fitri dan Ning Baizura
Kompilasi Jelita
"Naluri (Hadirlah Kekasih)" 1 Naluri
"Rintik"
"Renungan Terakhir" 3
"Teristimewa"
"Di Sini Bermula"
duet bersama Hattan
Le Tour De Langkawi '97
1998 "Hanya Satu" 4 Hanya Satu
1999 "Bebas Berlari" 4
"Perjuangan Yang Belum Selesai" Non-album Single
2000 "Semudah 1,2,3" Kirana
"Menyemai Cinta Bersamamu" 2
2001 "Desa Tercinta"
menampilkan Morshi
3
"Materialistik"
menampilkan Reefa
2
"Pinta"
duet bersama Johan Nawawi
"Aku Tidak Dimatamu" 4
2002 "Sesuci Kelopak Mawar" Non-album Single
"Mata"
menampilkan Adibah Nor dan Kamal
6 Nora Nora
"Kau Tak Pernah Jauh" 6
2003 "Hulurkan Tanganmu"
"Dilema 03"
duet bersama Vince Chong
Cinta Satu Dekad
2004 "Gerhana Kasih" 2
"Secukup Rasa"
menampilkan Chef Wan
9
2006 "Secebis Harapan" 3 Samudera
"Samudera" 3
2007 "Rela Berpisah"
2008 "Oh! Asmara" OST Sepi
2009 "Cinta Sebenarnya" 7 Single
2011 "Pedoman"
bersama V.O.U
Hikmah
2012 "Tulus" 16
"Doa"
2018 "Ada Dalam Tiada"

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Arahan Saluran TV Nota
1995-1996 Sambal Molek Azwan Ali TV3 Episod 11, 12
1997 Cinta Antara Benua Nora Tony Francis Gitom Penampilan khas

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1995 Anugerah Industri Muzik ke-2 Artis Baru Terbaik (Wanita) Dirinya sendiri Menang
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) Sandiwara Tercalon
Anugerah Juara Lagu 1995 Terbuka (Balada) "Di Persimpangan Dilema" Tercalon
Anugerah Video Malaysia 1995 Video Muzik Terbaik Menang
1996 Anugerah Industri Muzik ke-3 Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) Debaran Tercalon
Kulit Album Terbaik Menang
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Berkumpulan) "Jentayu" Menang
Lagu Terbaik Menang
1997 Anugerah Juara Lagu 1997 Terbuka (Balada) "Naluri (Hadirlah Kekasih)" Tercalon
Anugerah Industri Muzik ke-4 Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) Naluri Tercalon
Rakaman Album Terbaik Tercalon
Lagu Terbaik "Naluri (Hadirlah Kekasih)" Tercalon
1999 Anugerah Juara Lagu 1999 Terbuka (Balada) "Hanyalah Satu" Tercalon
Anugerah Industri Muzik ke-6 Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu Tercalon
2001 Anugerah Industri Muzik ke-8 Album Pop Terbaik Kirana Menang
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu "Menyemai Cinta Bersamamu" Menang
Lagu Terbaik Menang
Album Terbaik Kirana Tercalon
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) Tercalon
Anugerah Juara Lagu 2001 Terbuka (Etnik Kreatif) "Desa Tercinta" Tercalon
Terbuka (Balada) "Menyemai Cinta Bersamamu" Tercalon
2003 Anugerah Industri Muzik ke-10 Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu "Hulurkan Tanganmu" Tercalon
2004 Anugerah Industri Muzik ke-11 Lagu Terbaik "Gerhana Kasih" Tercalon
2006 Anugerah Juara Lagu 2006 Terbuka (Balada) "Secebis Harapan" Tercalon
2007 Anugerah Juara Lagu 2007 Terbuka (Etnik Kreatif) "Samudera" Menang
2011 Anugerah Industri Muzik ke-18 Lagu Nasyid Terbaik "Pedoman" (bersama Voices of Ummi) Menang
Lagu Terbaik Tercalon

Penghargaan

sunting

Pada 1 Februari 2021, Nora bersama-sama dengan penulis lirik, Habsah Hassan dan bekas ahli kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim merupakan antara 335 penerima Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan, Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan, yang membawa gelaran Datuk.[51][52][53][54]

Rujukan

sunting
  1. ^ Azian Adnan (16 Februari 1997). "Nora tidak takut gagal". Berita Minggu. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  2. ^ G. Shanti (28 Jun 1994). "Nora: It's great fun" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  3. ^ Penyanyi Nora Mahu Dikenali 'Nora J' mStar Online (27 Julai 2011). Dicapai pada 15 November 2011.
  4. ^ Pegangan agama, rahsia kebahagian Nora Johan Sinar Harian. Dicapai pada 15 November 2013.
  5. ^ a b "Nora mahu tampil identiti sendiri". Berita Harian. 27 Jun 1994. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  6. ^ Ainul Zaharah (25 Jun 1991). "Azree and Nora take the HMI limelight" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  7. ^ "Yakin kepada peminat". Harian Metro. 8 November 1993. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  8. ^ "Berkat sokongan suami". Harian Metro. 7 Oktober 1993. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  9. ^ "Juara Bintang HMI buat album". Berita Harian. 2 Mei 1994. Dicapai pada 24 Mei 2020.
  10. ^ Roslen Fadzil (27 Mei 1994). "Gandingan Nora-Johan". Harian Metro. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  11. ^ "Nora mahu cipta nama menerusi Sandiwara". Berita Harian. 24 Mei 1994. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  12. ^ Roslen Fadzil (28 Jun 1994). "Nora bersandiwara". Harian Metro. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  13. ^ Azman Samsuddin (2 Ogos 1994). "Nora berdebar tunggu reaksi peminat". Berita Harian. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  14. ^ Zieman (26 Januari 1995). "Nora gets first platinum" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  15. ^ Hartati Hassan Basri (2 September 1994). "Penonton puas". Harian Metro. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  16. ^ Hartati Hassan Basri (29 April 1995). "Jentayu menarik". Harian Metro. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  17. ^ "Jentayu, kisah legenda cinta". Harian Metro. 8 Julai 1995. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  18. ^ Zulkefli Ali (26 Mac 1995). "Suara Nora semanis wajah". Berita Minggu. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  19. ^ Hartati Hassan Basri (7 Januari 1995). "Nora tidak sabar lagi". Harian Metro. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  20. ^ "Nora rakam album kedua selepas raya". Berita Minggu. 15 Januari 1995. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  21. ^ Hartati Hassan Basri (21 Februari 1997). "Naluri luahan hati Nora". Harian Metro. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  22. ^ Saniboey Mohd Ismail (7 November 1996). "Nora beruntung". Harian Metro. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  23. ^ Nor Haslinda Dalail (1 Oktober 1996). "Nora sedia terima tawaran berlakon". Harian Metro. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  24. ^ Hartati Hassan Basri (13 Februari 1997). "Berpadu Di Akhir Garisan". Berita Harian. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  25. ^ Azlinawati Ngainon (14 September 1998). "Hanya Satu ada kelainan". Harian Metro. Dicapai pada 25 Disember 2020.
  26. ^ Marina Abdul Ghani (13 Oktober 1998). "Nora records first English number" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 25 Disember 2020.
  27. ^ "3 penyanyi Asia terpilih". Harian Metro. 29 Oktober 1998. Dicapai pada 25 Disember 2020.
  28. ^ Hanisah Selamat (11 Jun 2000). "Istimewa dari Nora". Berita Harian. Dicapai pada 25 Disember 2020.
  29. ^ Akmal Abdullah (19 Ogos 2000). "Nora berpindah ke BMG". Harian Metro. Dicapai pada 25 Disember 2020.
  30. ^ Suraya Al-Attas (18 Oktober 2000). "Nora changes tune" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 25 Disember 2020.
  31. ^ Zainal Alam Kadir (9 Oktober 2000). "Too Phat and Nora do us proud" [Too Phat dan Nora buat kita berbangga] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  32. ^ Hartati Hassan Basri (19 Jun 2002). "Nora alih arah". Harian Metro. Dicapai pada 25 Disember 2020.
  33. ^ Sani Salleh (30 Ogos 2002). "Nora Nora buka lembaran baru". Harian Metro. Dicapai pada 25 Disember 2020.
  34. ^ Norhadiani Baharom (18 Oktober 2003). "Nora hargai Vince". Harian Metro. Dicapai pada 25 Disember 2020.
  35. ^ "Nora buat kejutan lagi". Berita Harian. 17 September 2003. Dicapai pada 25 Disember 2020.
  36. ^ Zul Husni Abdul Hamid (21 Mei 2005). "Kejutan 4 lagi protege". Berita Harian. Dicapai pada 3 April 2018.
  37. ^ Farihad Shalla Mahmud (28 Julai 2006). "'Nabil hanya satu'". Berita Harian. Dicapai pada 3 April 2018.
  38. ^ Ellyna Ali (26 September 2006). "Vokal, penghayatan Nora cukup cemerlang". Harian Metro. Dicapai pada 25 Disember 2020.
  39. ^ Ramlah Zainal (12 November 2007). "Samudera tepati ramalan". Harian Metro. Dicapai pada 25 Disember 2020.
  40. ^ "Animasi 'Ummi' Bukan Saingi 'Upin & Ipin' - Nora Ariffin". mStar Online. 12 Februari 2012. Dicapai pada 12 Februari 2012.
  41. ^ Budiey (10 Mei 2012). "Nora Bakal Melancarkan Album Terbaru Berjudul HIKMAH". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 25 Disember 2015.
  42. ^ Farihad Shalla Mahmud (16 November 2016). "Nora nafi enggan nyanyi lagu dangdut". Berita Harian. Dicapai pada 25 Disember 2018.
  43. ^ Farihad Shalla Mahmud (20 Ogos 2018). "Nora fobia bertanding selepas GV3". Berita Harian. Dicapai pada 25 Disember 2018.
  44. ^ Ardini Sophia Sina (11 Ogos 2018). "Voices of Ladies meriah". Harian Metro. Dicapai pada 25 Disember 2018.
  45. ^ "Suami Nora, Johan Nawawi Meninggal Dunia". MSTAR Online. 24 Mac 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-24. Dicapai pada 24 Mac 2017.
  46. ^ "Composer Johan Nawawi passes away". The Star Online. 24 Mac 2017. Dicapai pada 24 Mac 2017.
  47. ^ Singer Nora Ariffin’s son passes away at age 20 The Malay Mail (14 Disember 2019). Dicapai pada 15 Disember 2019.
  48. ^ Hanisah Selamat (14 Disember 2019). Anak kedua Nora meninggal dunia Berita Harian. Dicapai pada 15 Disember 2019.
  49. ^ Zaara Talita (3 Disember 2021). "Nora nikah bersempena Sayyidul Ayyam". Harian Metro. Dicapai pada 25 Disember 2021.
  50. ^ Rezeki buat Nora Kosmo! (31 Mei 2012). Dicapai pada 1 Jun 2012.
  51. ^ a b Ridzuan Abdul Rahman (1 Februari 2021). "Nora, Yusry, Habsah Hasan dapat Datuk". Harian Metro. Dicapai pada 26 Disember 2021.
  52. ^ a b Farihad Shalla Mahmud (1 Februari 2021). "Nora dedikasi kejayaan kepada arwah Johan". Berita Harian. Dicapai pada 26 Disember 2021.
  53. ^ a b Mohd Haikal Isa; Mohamad Shahemy Azmi (1 Februari 2021). "'Kalau Abang Johan masih ada, mesti dia gembira' – Nora terima gelaran Datuk". Kosmo!. Dicapai pada 26 Disember 2021.
  54. ^ a b Saharudin Musthafa (1 Februari 2021). "Habsah Hassan, Nora, Yusry (KRU) dikurnia gelaran Datuk". Astro Awani. Dicapai pada 26 Disember 2021.

Pautan luar

sunting