Wan Rosdy Wan Ismail

Menteri Besar Pahang

Wan Rosdy bin Wan Ismail (Jawi: وان رسدي بن وان إسماعيل; lahir 1 Oktober 1958[perlu rujukan]) ialah seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Menteri Besar Pahang ke-14 sejak Mei 2018 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN) bagi kawasan Jelai sejak Mac 2004. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (EXCO) dari Mac 2008 hingga Mei 2018. Beliau ialah ahli dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN). Beliau juga telah dilantik sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO sejak Mac 2023.[1][2]

Wan Rosdy Wan Ismail
وان رسدي وان إسماعيل
Menteri Besar Pahang ke-14
Menyandang jawatan
15 Mei 2018
RajaSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
(2018–2019)
Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
(sejak 2019)
Didahului olehAdnan Yaakob
Kawasan pilihan rayaJelai
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang
(Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli : 13 Mac 2008–15 Mei 2013)
(Perumahan dan Kerajaan Tempatan : 16 Mei 2013–14 Mei 2018)
Dalam jawatan
13 Mac 2008 – 14 Mei 2018
RajaSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Menteri BesarAdnan Yaakob
Didahului olehAdnan Yaakob
(Pembangunan Luar Bandar)
Ishak Muhamad
(Hal Ehwal Orang Asli)
Digantikan olehAbdul Rahim Muda
Kawasan pilihan rayaJelai
Naib Presiden
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Menyandang jawatan
18 Mac 2023
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Didahului olehIsmail Sabri Yaakob
Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang
bagi Jelai
Menyandang jawatan
21 Mac 2004
Didahului olehOmar Othman
(BNUMNO)
Majoriti2,178 (2004)
2,621 (2008)
3,182 (2013)
3,507 (2018)
6,983 (2022)
Puak yang diwakili dalam
Dewan Undangan Negeri Pahang
2004–Barisan Nasional
Maklumat peribadi
Lahir
Wan Rosdy bin Wan Ismail

(1958-10-01) 1 Oktober 1958 (umur 66)[perlu rujukan]
PahangMalaysia Kampung Tanjung Gahai, Kuala Lipis, Pahang, Malaya (kini Malaysia)[perlu rujukan]
Kerakyatan Malaysia
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
PasanganBurhah Mohammed
Anak3
Tempat belajarUniversiti Teknologi MARA (Dip)
Universiti Sains Malaysia (BA)
PekerjaanAhli politik
Laman webwanrosdy.com[usurped]

Kehidupan awal dan pendidikan

sunting

Wan Rosdy dilahirkan pada 1 Oktober 1958 di Kampung Tanjung Gahai, Kuala Lipis, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia). Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Clifford (1965), Sekolah Menengah Clifford dan Sekolah Menengah Mahmud Raub. Beliau kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Perdagangan di Institut Teknologi MARA (ITM). Seterusnya, beliau menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda Sastera (BA) dalam Sains Sosial (Sains Politik) di Universiti Sains Malaysia (USM).

Kerjaya awal

sunting

Wan Rosdy memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam sebagai pegawai eksekutif di cawangan Perak Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) pada tahun 1985, sebelum dilantik sebagai pengurus di Kompleks LPN di Arau, Perlis pada tahun 1989. Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan dalam Bernas.

Kerjaya politik

sunting

Wan Rosdy telah dipilih sebagai Ketua Bahagian UMNO Cameron Highlands pada tahun 2003 dan telah menjadi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Cameron Highlands sejak tahun 2008.

Pada tahun 2004, Wan Rosdy telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Jelai dan telah berkhidmat di kawasan tersebut sehingga kini. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Orang Asli dan Pembangunan Luar Bandar Pahang dari tahun 2008 hingga 2013, sebelum dilantik sebagai Exco Negeri untuk penggal kedua sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang pada tahun 2013.

Pada 15 Mei 2018, Wan Rosdy telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar selepas BN dipilih semula sebagai kerajaan negeri dalam Pilihan raya negeri Pahang 2018, menggantikan Adnan Yaakob yang bersara selepas berkhidmat dalam jawatan itu selama 19 tahun. Namun begitu, Adnan kekal sebagai ADUN.[3] Pada 28 November 2022, selepas Pilihan raya negeri Pahang 2022 menghasilkan Dewan Undangan Negeri tergantung, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua selepas BN dan Pakatan Harapan (PH) bersetuju membentuk kerajaan campuran negeri Pahang dan mencalonkan beliau untuk dilantik semula ke jawatan tersebut. Kedua-dua gabungan menerima sokongan daripada sejumlah 24 ADUN, melebihi majoriti mudah sekurang-kurangnya 22 ADUN yang diperlukan.

Kehidupan awal

sunting

Beliau berkahwin dengan Burhah Mohamed dan dikurniakan tiga orang anak.[4][5]

Keputusan pilihan raya

sunting
Dewan Undangan Negeri Pahang[6][7][8][9][10][11][12][13]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2004 N02 Jelai Wan Rosdy Wan Ismail (UMNO) 4,145 67.82% Abdul Rahman Awang Ngah (PAS) 1,967 32.18% 6,388 2,178 72.18%
2008 Wan Rosdy Wan Ismail (UMNO) 4,482 70.66% Abdullah Abdul Wahab (PKR) 1,861 29.34% 6,674 2,621 75.06%
2013 Wan Rosdy Wan Ismail (UMNO) 5,919 65.81% Abdul Karim Nor (PAS) 2,737 30.43% 9,390 3,182 84.00%
Alagu Thangarajoo (BEBAS) 338 3.76%
2018 Wan Rosdy Wan Ismail (UMNO) 5,858 60.17% Abdul Karim Nor (PAS) 2,351 24.15% 10,310 3,507 82.20%
Abdul Rasid Mohamed Ali (BERSATU) 1,298 13.33%
Mat Nor Ayat (PSM) 229 2.35%
2022 Wan Rosdy Wan Ismail (UMNO) 10,092 68.81% Abdul Rasid Mohamed Ali (BERSATU) 3,109 21.20% 14,666 6,983 76.46%
Ismail Mohd Hussin (PKR) 1,465 9.99%

Anugerah

sunting

Anugerah Malaysia

sunting

Anugerah Kedoktoran

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Umno polls: Wan Rosdy and Khaled win VP post". The Star. 18 Mac 2023. Dicapai pada 18 Mac 2023.
  2. ^ "Wan Rosdy sworn in as Pahang MB - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. 15 Mei 2018. Dicapai pada 2018-05-25.
  3. ^ "Wan Rosdy sworn in as Pahang MB". The Star Online. Mei 15, 2018. Dicapai pada November 9, 2018.
  4. ^ "Wan Rosdy is new Pahang MB". Malaysiakini. Mei 15, 2018. Dicapai pada November 9, 2018.
  5. ^ "Wan Rosdy Angkat Sumpah MB Pahang Baharu". Berita Harian. Mei 15, 2018. Dicapai pada November 9, 2018.
  6. ^ "Malaysia Decides 2008". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2008. Dicapai pada 25 Januari 2010. Peratusan angka dikira berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  7. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 4 Februari 2017. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  8. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017. Keputusan hanya tersedia daripada pilihan raya 2004.
  9. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 Mac 2017.
  10. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  11. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 March 2018. Dicapai pada 26 October 2014.
  12. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  13. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  14. ^ "Tengku Ampuan Pahang heads list of 24 recipients of state honours in conjunction with Sultan's birthday". The Star (dalam bahasa Inggeris). 30 Julai 2024. Dicapai pada 30 Julai 2024.
  15. ^ a b c "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dicapai pada 2 November 2019.
  16. ^ Ibrahim, Mohd Iskandar; Sulaiman, Noor Atiqah (1 February 2021). "Seramai 335 terima darjah kebesaran sempena Hari Wilayah". Berita Harian. Dicapai pada 1 Februari 2021.
  17. ^ "Tengku Zafrul antara 6 penerima Darjah Kebesaran Pangkat Pertama sempena Hari WP". Shawaliah Hadir. Malaysia Gazette. 1 Februari 2021. Dicapai pada 1 Februari 2021.
  18. ^ "Wan Rosdy Awarded Honorary Doctorate By Yarmouk University". Bernama. 28 April 2025. Dicapai pada 28 April 2025.