Wan Saiful Wan Jan

Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan adalah merupakan bekas Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang dilantik pada 2018[1] bagi menggantikan Dato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah dari Barisan Nasional setelah Pakatan Harapan membentuk kerajaan baharu untuk kali yang pertama.

Datuk

Wan Saiful Wan Jan

PMW (WP); DTM (Negeri Sembilan)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Tasek Gelugor, Pulau Pinang
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehShabudin Yahaya
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Memegang jawatan
2018
PresidenTan Sri Muhyiddin Yassin
Ketua Penerangan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Dalam jawatan
7 September 2020 – 22 Februari 2023
Didahului olehMohd Radzi Md Jidin
Digantikan olehRazali Idris
Pengerusi
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Dalam jawatan
18 Jun 2018 – 17 Jun 2022
Didahului olehShamsul Anuar Nasarah
Digantikan olehApli Yusoff
Butiran peribadi
LahirWan Saifulruddin bin Wan Jan
(1975-06-20) 20 Jun 1975 (umur 48)
Alor Setar, Kedah
Parti politik BERSATU
(sejak 2017)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Harapan (2017-2020)
Perikatan Nasional (2020-)
Anak-anak5
PekerjaanAhli politik

Sebelum menyertai politik, Wan Saiful adalah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan pemikir Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) yang diasaskan beliau bersama YAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz, anakanda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz.[2]

Kerjaya politik sunting

Pilihan raya umum 2018 sunting

Wan Saiful telah menyertai Pilihan raya umum Malaysia 2018 untuk bertanding kerusi Parlimen Pendang yang lalu mewakili BERSATU dalam Pakatan Harapan yang menggunakan simbol Parti Keadilan Rakyat bagi menentang calon Awang Hashim dari Gagasan Sejahtera (PAS), Othman Abdul dari Barisan Nasional (UMNO) dan Abdul Malik Manaf, calon BEBAS.[3]

Dalam pertandingan 4 penjuru itu, Wan Saiful hanya memperolehi undian sebanyak 14,901, iaitu ketiga tertinggi selepas Awang Hashim dan Othman Abdul.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia sunting

Wan Saiful telah dipilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU mulai 2016 dan telah memenangi kerusi tersebut pada pemilihan untuk sesi tahun 2019-2021 pada 2020 lalu. Setelah Mohd Radzi Md Jidin memenangi kerusi Naib Presiden BERSATU, Wan Saiful telah dilantik menggantikan tempat beliau sebagai Ketua Penerangan BERSATU.[4]

Beliau telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan BERSATU selepas dituduh menerima rasuah daripada seorang kontraktor. Tindakan tersebut diambil bagi memudahkan proses penyiasatan dan perbicaraan.[5]

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Darjah kebesaran diraja sunting

Anugerah persilatan sunting

  • Pertubuhan Warisan Pendekar Negeri Kedah
    • Sandang Khalifah Penasihat Mahkota Alam (2022) [8]

Rujukan sunting

  1. ^ Perlantikan Pengerusi baharu PTPTN
  2. ^ Profil Tunku Zain Al-Abidin
  3. ^ Keputusan PRU14 Kedah
  4. ^ Anwar patut bersara - Wan Saiful
  5. ^ Letak jawatan bukan bermakna Wan Saiful bersalah - Tan Sri Muhyiddin
  6. ^ Mohd Iskandar Ibrahim dan Noor Atiqah Sulaiman (Februari 1, 2021). "Seramai 335 terima darjah kebesaran sempena Hari Wilayah". BHarian. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
  7. ^ "812 terima darjah kebesaran, bintang, pingat Negeri Sembilan". BHarian. Januari 14, 2015. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
  8. ^ "Wan Saiful dianugerah Sandang Khalifah Penasihat Mahkota Alam". Journal Malaysia. 21 Ogos 2022. Dicapai pada 21 Ogos 2022.