Wan Sharmila

Pelakon wanita Malaysia
(Dilencongkan dari Wan Sharmila Wan Muhamed)

Wan Sharmila Wan Muhamed (Jawi: وان شرميل; lahir 12 Oktober 1981) ialah seorang pelakon dan pengacara Malaysia.[1] Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada tahun 2005 dan telah berlakon dalam banyak drama, telefilem dan filem.[2][3]

Wan Sharmila
Kelahiran
Wan Sharmila binti Wan Muhamed

(1981-10-12) 12 Oktober 1981 (umur 42)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, pengacara, model, usahawan
Tahun aktif2005–kini
Terkenal keranaTari Tirana
Nora Elena
7 Hari Mencintaiku
Ketinggian156 cm (5 ka 1 in)
Ibu bapa
  • Raidah Abdul Aziz (ibu)
  • Wan Muhamed Wan Abdul Aziz (bapa)
HubunganWan Maimunah (ibu saudara)

Beliau terkenal dengan peranan lakonan di televisyen termasuk Emil Emilda (2007), Kisah Kaisara (2007-09), Tari Tirana (2009), Tipah Vavavoom (2010), Debunga Lalang (2013), Kusinero Cinta (2014) dan 7 Hari Mencintaiku (2016) .[4] Selain itu, Sharmila juga terkenal dengan peranan lakonan filem termasuk Raya Tak Jadi! (2011) dan Bisikan Syaitan (2013). Beliau juga pernah memenangi "Anugerah Shine Pantene" pada Anugerah Skrin 2008.[5]

Kehidupan awal sunting

Wan Sharmila dilahirkan pada 12 Oktober 1981 di Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik kepada pasangan Wan Muhamed Wan Abdul Aziz dan Raidah Abdul Aziz. Selepas tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sharmila memulakan kerjaya awalnya sebagai model majalah dan pernah berkhidmat sebagai kerani di syarikat guaman di kampung halamannya.[6]

Kerjaya sunting

Mewarisi bakat lakonan daripada ibu saudaranya, pelakon veteran terkenal Wan Maimunah,[7] Wan Sharmila, lebih mesra dengan panggilan Lala memulakan kerjaya lakonan dengan memegang watak pembantu dalam drama komedi Emil Emilda pada 2007, di mana beliau turut berkhidmat sebagai pembantu akauntan. Beliau juga berlakon bersama Sari Yanti dalam sitkom Kisah Kaisara arahan Aziz M. Osman. Pada tahun 2008, beliau menjayakan watak sebagai Tasya dalam Sindarela. Beliau menjadi pelakon utama bersama Shahz Jaszle dan Nadia Aqilah menerusi drama muzikal Tari Tirana yang bersiaran di Slot Lestary TV3.[8][9]

Pada tahun 2010, Sharmila berlakon dalam tiga telefilem—Ngompol, Teh O Ais Limau dan Santau Keramat. Penampilan pertama beliau di layar lebar ialah pada 2011 menerusi filem Raya Tak Jadi arahan Abdul Razak Mohaideen. Beliau memegang watak sebagai Syamim dalam drama Kashaf Imani di Astro Ria.[10]

Beliau berlakon bersama Nabila Huda dan Fizz Fairuz dalam filem seram thriler, Bisikan Syaitan arahan Faizul A. Rashid, dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Kamalia, filem mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri, Soraya dan Kamil yang telah membuat perjanjian berdarah dengan kuasa kejahatan demi mendapatkan kesenangan hidup. Mereka kemudiannya hidup dengan serba mewah hasil daripada perjanjian itu.[11] Pada 2013, Sharmila berlakon dalam drama Debunga Lalang bersama pelakon yang terlibat termasuk Noorkhiriah dan Zul Ariffin.[12][13]

Pada tahun 2014, beliau berlakon bersama Tiz Zaqyah, Aaron Aziz dan Jericho Rosales dalam drama Kusinero Cinta yang menggabungkan tiga negara, Malaysia, Singapura dan Filipina.[14] Beliau kemudian berlakon dalam drama Ariana Rose lakonan Fathia Latiff dan Keith Foo, adaptasi dari novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose. Sharmila menjayakan watak Linda, adik angkat Ariana Rose.[15][16]

Sharmila memegang watak sebagai Betty dalam drama Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas, lakonan Aedy Ashraf dan Nelydia Senrose. Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[17][18]

Kehidupan peribadi sunting

Sharmila pernah mendirikan rumahtangga dengan penerbit drama TV, Fazli Bahrom pada tahun 2007 namun perkahwinan mereka tidak kekal lama dan bercerai pada 23 Oktober 2009.[19] Beliau kemudiannya menyatakan bahawa 9 tahun bergelar janda cukup memadai buatnya, dalam satu temuramah bersama Harian Metro: “Setakat ini belum ada mana-mana lelaki berjaya mengetuk pintu hati saya. Diikutkan saya selalu berdoa agar dipercepatkan jodoh. Sebenarnya ramai cuba mendekati tetapi mereka tidak kena dengan kriteria yang dikehendaki oleh saya. Saya mahu lelaki yang boleh memberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap diri saya. Jika ada individu mempunyai ciri-ciri begini pasti saya pilih."[20][21]

Ibu beliau, Raidah Abd Aziz meninggal dunia pada 5 Julai 2015.[22] Sharmila menjalani pembedahan pada tulang belakang pada Julai 2017.[23]

Beliau juga bersahabat baik dengan pelakon Sari Yanti.[24] Pada Disember 2016, Sharmila menafikan dakwaan beliau sudah berkahwin secara rahsia selepas memuat naik gambar keputusan ujian ultrabunyi kononnya beliau hamil, menurut beliau dalam temuramah bersama Harian Metro: "Bernikah pun belum, macam mana nak hamil? Saya terkejut apabila ada pengikut di Instagram mengatakan saya berkahwin lari dan hamil. Sebenarnya gambar yang dimuat naik itu adalah laporan kesihatan. Saya hanya mahu berkongsi kegembiraan apabila menerima perkhabaran baik daripada doktor tetapi lain pula jadinya."[25]

Pada tahun 2019, beliau mula bertudung [26]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Raya Tak Jadi Faridah Filem pertama
2013 Bisikan Syaitan Kamalia
2015 Romeo Kota
2016 Mat Moto Otai Syazira
2019 Anak Perjanjian Syaitan Doktor Penampilan khas
2022 Seratus

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2007 Emil Emilda Nisa TV3 Juga sebagai Pembantu Akauntan (Penerbitan)
2007–2009 Kisah Kaisara Amy
2008 Bujang Antik Zura TV1
Sutun Kembali Lagi Astro Ria
Rona Roni Makaroni Jess
Sindarela Tasya TV3
2009 Tari Tirana Tirana
2010 Tipah Vavavoom Tipah
2011 Kashaf Imani Shamim Astro Ria
Si Jundai Sarah TV3
2012 Tanah Kubur (Musim 4) Nora Astro Oasis Episod: "Lelaki Bukan Muhrim"
Apa Celop! Marsha TV3
Citra Juwita Puteri TV9
Nora Elena Yvonne TV3
Seindah Sakura Anida
Rock Kapak Astro Warna
Merah Puteh TV9
Spy M Astro Prima
2013 Debunga Lalang Khatijah TV3
Menantu Mak Uteh
Gadis Syampu
2014 Kusinero Cinta Dr. Riana Astro Mustika HD
Kifarah (Musim 2) Nadia TV3 Episod: "Berat"
Ariana Rose Linda
2015 Risiko TV2
Tuan Anas Mikael Kay Astro Ria
2016 Cinta Si Wedding Planner Dina TV3
Suami Tanpa Cinta Rosalinda Astro Ria
Bibik-Bibikku Huda TV3
7 Hari Mencintaiku Sofi Amylia Adaptasi daripada novel 7 Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah
2017 Sayang Papa Saya Tak Azyan Astro Ria
Jejak Karmila Karmila (remaja) TV3
Kayuhan Cinta TV2
Isteri-Isteri Ayah Farah TV3
Mr. Hijab Luna
Dekatkan Jarak Kita Riana
2018 Abang Lori Ohsem Lufia Hypp Sensasi
Cinta Tiada Ganti Betty Astro Prima Drama Filipina, pelakon undangan
Semerah Cinta Humairah Camelia TV3
Bahagia Bukan Bidaan Murni Adaptasi daripada novel Bahagia Bukan Bidaan karya Hessa Widad
2019 Senafas Rindu Athirah Astro Ria
Imaan Sabreena
Kau Yang Pertama Suraya (Yaya) TV3
Iktibar Hasniza Episod: "Korban Cinta"
2020 Manuskrip Cinta Helena TV Okey
7 Hari Mencintaiku 2 Sofi Amylia TV3 Adaptasi daripada novel 7 Hari Mencintaiku 2 karya Siti Rosmizah
One Two Hantu Awesome TV Episod: "Membazir"
Sang Pewaris Malina TV3
2021 Kampung Kolestrol Sya TV9
2022 7 Hari Mencintaiku 3 Sofi Amylia TV3
Wan Senja Maizurah
Kids Nowadays Najiha Astro Ria
Anak Beranak Abe Yie Ann TV3
Terima Kasih Cinta Shida
2023 Cik Misi 123 Sister Jenab Astro Ria
2024 Wanita Syurga Hanis TV3

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2006 Sutun 2 Astro Ria
2007 Abang! Mak Panggil Balik! Leha TV9
2008 Rebab Tak Bertali
2010 Ngompol
Teh O Ais Limau
Santau Keramat Kartika Astro Ria
2011 Jangan Hantar Aku Ke Neraka TV9
Boona Boonie
Dendam Maya
Insaf TV1
2013 Menanti Hari Itu
2014 Aku, Kau dan Dia TV9
Najwa Najiha
Parasit Azie TV3
2015 Bawalah Aku Pulang
Isteriku Bukan Tukang Masak
2016 Tercipta Untukku
Ketupat Terakhir
Tuan Anas Mikhael: 5 Hari Beraya Kay Astro Ria
Hajat
2018 Arah Lain Ke Syurga
Syurga Kecil Kami Farah TV1
3 Qul Malisa TV2
2019 Geng Van Jenazah TV3
Remuk TV3
RM20,000 Serba Dua Syakilla TV1
2020 Kasyaf Gelang Iblis Siti Nasuha Astro Citra
2021 Takbir Semalam Mirah Awesome TV

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2011 Klik Klik ASEAN[27] Artis jemputan TV1
2017 Apa Nak Makan Ni ? TV3 Bersama Raja Afiq
2018 Sepahtu Reunion Live Astro Warna Sitkom
2019 Senang Terhibur TV3 Bersama Ungku Hariz & Megat Rahim
2023 Ubi Superstar Live Astro Warna Sitkom (episod 2)

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2008 Anugerah Skrin 2008 Anugerah Shine Pantene Menang
2019 Anugerah Skrin 2019 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Ruhaya Abd. Hamid (1 Oktober 2018). Jual karya, bakat Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 Oktober 2018.
  2. ^ Wan Sharmila dengan imej baru, rambut kriting Dicapai pada 14 April 2010.
  3. ^ Peminat mendoakan Wan Sharmila terus berhijab Kosmo! (23 Ogos 2015). Dicapai pada 1 September 2015.
  4. ^ Najiy Jefri (10 Oktober 2018). Lala warnai karakter Harian Metro. Dicapai pada 8 November 2018.
  5. ^ Wan Sharmila tari sampai kulit kaki terkopek dalam 'Tari Tirana' mStar Online (19 Ogos 2009). Diperoleh pada 20 Ogos 2009.
  6. ^ Biodata Wan Sharmila Azhan.co (4 Januari 2017). Dicapai pada 4 Januari 2017.
  7. ^ Wan Sharmila selesa sederhana Kosmo! (19 Julai 2018). Dicapai pada 29 September 2018.
  8. ^ Drama siri tarian pertama di TV3, "Tari Tirana" mSTAR Online (23 Ogos 2009). Diperoleh pada 28 Oktober 2014.
  9. ^ Wahi Aziz (9 Disember 2009). Rezeki Saya Bukan Dengan Radius One Saja - Wan Sharmila mStar Online. Dicapai pada 26 Julai 2013.
  10. ^ Kashaf Imani lakonan hebat Beto Kusyairy dan Sharifah Amani Sensasi Selebriti (17 Januari 2011). Diperoleh pada 4 Oktober 2011.
  11. ^ Khairul Amri Hassan (2 Mei 2013). "Perjanjian durjana dengan syaitan". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-10. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  12. ^ Debunga Lalang mengundang tangis Diarkibkan 2017-08-27 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 10 Oktober 2014.
  13. ^ Konflik keluarga rencah utama Debunga Lalang Diarkibkan 2013-01-12 di Wayback Machine Media Hiburan. Diperoleh pada 10 Oktober 2014.
  14. ^ Nurul Nazirah Nazaruddin (10 Jun 2014). "Kusinero Cinta". Sinar Harian. Dicapai pada 15 Julai 2014.
  15. ^ "Episod akhir Ariana Rose cecah 4.5 juta penonton". Sinar Harian. 18 Februari 2014. Dicapai pada 25 April 2017.
  16. ^ Budiey (19 Disember 2013). "Drama Bersiri Ariana Rose di TV3". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 25 April 2017.
  17. ^ (12 Julai 2018). Cubaan cetus fenomena Harian Metro. Diperoleh pada 27 Julai 2018.
  18. ^ Ramlah Zainal (14 Mei 2018). Impi watak gadis bisu Harian Metro. Dicapai pada 21 Oktober 2018.
  19. ^ Wan Sharmila Fobia Kahwin Semula mStar Online (21 Jun 2011). Diperoleh pada 22 Jun 2011.
  20. ^ Ridzuan Abdul Rahman (9 Mei 2018). Dah 9 tahun menjanda, ok saja Harian Metro. Dicapai pada 21 Oktober 2018.
  21. ^ Syarridzuan Abdul Rashid (21 Februari 2017). Wan Sharmila sunyi tanpa lelaki Berita Harian. Dicapai pada 1 April 2017.
  22. ^ Michelle Gun (16 Januari 2017). Wan Sharmila kesunyian Harian Metro. Dicapai pada 21 Oktober 2017.
  23. ^ Zaidi Mohamad (10 Julai 2017). Wan Sharmila jalani pembedahan tulang belakang Berita Harian. Dicapai pada 13 September 2017.
  24. ^ Izwan Mohd Isa (23 Julai 2015). Wan Sharmila, Sari Yanti berkongsi rasa Diarkibkan 2018-11-27 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 13 September 2015.
  25. ^ Najiy Jefri (8 Disember 2016). Bila masa saya hamil? Harian Metro. Dicapai pada 9 Jun 2017.
  26. ^ "Niat Nak Pakai Tudung Sudah Lama Tutup Aurat Pakai Hijab Wan Sharmila Gembira Bila Ramai Yang Sayang". Mediahiburan. Dicapai Pada 6 November 2019.
  27. ^ Biodata Profil Wan Sharmila buzzera. Diperoleh pada 25 Disember 2011.

Pautan luar sunting