Wan Syuhada Md. Amin

Wan Syuhada binti Md. Amin (lahir 19 Disember 1996) atau lebih dikenali sebagai Wada merupakan juara rancangan Idola Kecil TV9 musim pertama.[1]

Wada
Nama lahirWan Syuhada binti Md. Amin
Kelahiran (1996-12-19) 19 Disember 1996 (umur 23)
Perak
Berasal dari Malaysia
GenreMelayu Klasik
PekerjaanPenyanyi
Pengkarya berkait
Idola Kecil D'Academy Asia 1 - 2015

BiodataSunting

Wada Syuhada dilahirkan pada 19 Disember 1996 di Perak. Ibunya bernama Raja Habibah Raja Taib dan bapanya ialah Mat Amin Bahari. Dia bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Hobinya ialah membaca dan menyanyi. Dia mahu menjadi pramugari dan mengelilingi dunia. Dia mengagumi Datuk Siti Nurhaliza Jaclyn Victor Dan Dayang Nurfaizah

Penampilan di TelevisyenSunting

  • Peserta Idola Kecil 2008 – Juara (10 Minggu Di TV9)
  • Persembahan Akhir Secara Langsung Di TV3 Dalam Anugerah Juara Lagu ke-23 Di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur. (18/01/09)
  • Idola Kecil Cinderalla Story
  • Idola Kecil The Series
  • Pengacara Adik Di 9
  • Nasi Lemak Kopi O TV9
  • Kuiz Siapa Pintar Episod ke-37 di TV9
  • Artis Undangan dalam program hiburan Hip TV duet bersama Dayana (Juara Idola Kecil 2)
  • Peserta D Academy Asia 2015 di Indosiar

Single TerbaruSunting

  • Hening Syawal
  • Tanpa Kamu ft. Iwere
  • Bukan Dia
  • Tak Kena

Pautan luarSunting