Wan Zack Haikal Wan Noor

(Dilencongkan dari Wan Zack Haikal)

Wan Zack Haikal bin Wan Noor (lahir 28 Januari 1991) adalah seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk Perak sebagai seorang pemain tengah dan juga penyerang.

Wan Zack Haikal
Maklumat peribadi
Nama penuh Wan Zack Haikal bin Wan Noor
Tempat lahir Maran, Pahang, Malaysia
Ketinggian 1.71 m (5 ka ​7 516 in)
Posisi permainan Penyerang & Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Perak
Nombor 11
Kerjaya remaja
2005–2006 Kuala Lumpur
2007–2008 Felda United
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2007–2008 Harimau Muda ? (1)
2009 Felda United ? (3)
2009–2011 Harimau Muda ? (6)
2011Zlaté Moravce (pinjaman) 0 (0)
2012 Harimau Muda A 17 (5)
2013 FC Ryukyu 2 (0)
2014–2016 Kelantan 41 (7)
2017–2018 Felda United 32 (10)
2018–2021 Selangor 14 (0)
2022– Perak 9 (2)
Pasukan kebangsaan
2008–2010 Malaysia B-19
2010–2013 Malaysia B-23 20 (2)
2012–2018 Malaysia 29 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16 Mac 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 5 Julai 2018

Kerjaya sunting

Wan Zack sebelum ini bermain untuk Felda United FC sebelum dia dipindahkan ke Harimau Muda. Selepas Harimau Muda memenangi Liga Premier 2009, beliau dinaikkan ke Harimau Muda A kerana prestasi baik beliau di dalam pasukan Harimau Muda. Dia merupakan salah seorang daripada para pemain yang dipilih untuk menjalani latihan di Slovakia bersana Harimau Muda A pada 5 September 2010 sehingga 9 November 2010.

Pada 2013 Kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu telah menyatakan minat kepadanya untuk menyertai kelab tersebut selama dua tahun bersama seorang lagi pemain tonggak Harimau Muda A Nazirul Naim Che Hashim yang mengikat kontrak selama setahun. Pemergian Wan Zack dan Nazirul Naim ke Negara Matahari Terbit itu akan menjadi penanda aras kemampuan pemain negara untuk bersaing di pentas lebih tinggi dan FC Ryukyu tidak menghadapi masalah untuk terus merekrut bakat baru dari Malaysia. Prestasi Wan Zack telah lama di perhatikan oleh Kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu untuk bermain di kelab itu. Beliau juga pernah menjalani latihan di Okinawa selama dua minggu. Dia menyarung jersi bernombor 33. Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim merupakan pemain Malaysia pertama yang bermain dalam Liga Bola Sepak Jepun (Japan Football League).[1] [2]

Wan Zack kembali ke Malaysia pada 2014. Selepas pulih dari kecederaan, dia kembali bermain di Liga Malaysia bersama Kelantan.[3] Dia membuat penampilan pertamanya bersama Kelantan dalam saingan Piala Malaysia 2014 bertemu Kedah pada 3 Oktober 2014. Musim 2015, dia bermain sebanyak 20 perlawanan dan menjaringkan 2 gol di Liga Super.[4] Secara keseluruhan dia beraksi sebanyak 33 perlawanan dan menjaringkan 4 gol dalam saingan Liga Malaysia musim 2015.[5]

Selepas bersama Kelantan, Wan Zack kembali ke Felda United. Dia membuat kemunculan pertama pada 21 Januari 2017 dalam perlawanan menentang PKNS. Musim berikutnya dia bermain sebanyak 19 perlawanan liga dan menjaringkan 6 gol sekaligus membantu Felda naik semula ke Liga Super dengan menjuarai Liga Premier

Musim 2019, Wan Zack berpindah ke Selangor.[6] Malangnya dia mendapat kecederaan ACL buat kali kedua dalam kerjayanya dan tersisih hampir 2 tahun sebelum kembali pada bulan Ogos 2020.[7]

Pada 2021, Wan Zack dilepaskan Selangor. Dia kemudian menyertai Perak.[8]

Statistik kerjaya sunting

Pasukan kebangsaan sunting

Sehingga perlawanan pada 5 Julai 2018.
Pasukan kebangsaan Tahun Kmn Gol
Malaysia
2012 9 3
2013 1 0
2014 0 0
2015 6 0
2016 3 0
2017 6 0
2018 4 1
Total 29 4

Gol antarabangsa sunting

Skor dan keputusan senarai matlamat Malaysia terlebih dahulu.
# Tarikh Tempat Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 28 April 2012 Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor   Sri Lanka 1–0 6–0 Persahabatan
2. 2–0
3. 28 November 2012 Stadium Nasional Bukit Jalil, Bukit Jalil, Kuala Lumpur   Laos 3–1 4–1 Kejohanan AFF 2012
4. 1 April 2018 Stadium Nasional Bukit Jalil, Bukit Jalil, Kuala Lumpur   Bhutan 1–0 7–0 Persahabatan

Penghargaan sunting

Harimau Muda A
Kelantan FA
Individu
  • Anugerah Pemain Muda Terbaik FAM: 2011
  • Pemain Paling Bernilai (MVP) Pestabola Merdeka: 2013
  • S League Yeo's People's Choice Awards: 2012
  • YEO's Young Player of the Year: 2012
  • Goal.com Asian Best XI: November 2012[9]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/WanZack_Nazirultandaaras/Article
  2. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/mSukan
  3. ^ "Wan Zack sah sarung jersi TRW". Harakah Daily. Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 May 2014.
  4. ^ Wan Zack Haikal Wan Noor - PLAYER STATS (2015) - Football Malaysia.
  5. ^ Wan Zack Haikal Wan Nor - TOTAL M-LEAGUE STATS (2015) - Football Malaysia.
  6. ^ Nizam, Khairul (14 December 2018). "Kehadiran Nuri dan Wan Zack perkuat Gergasi Merah". foxsports. Dicapai pada 15 December 2018.
  7. ^ Selepas Hampir 2 Tahun, Wan Zack Kembali Beraksi Dan Sudah Tembak 2 Gol - Semuanyabola, 12 Ogos 2020.
  8. ^ Liga M 2022: Wan Zack Haikal sah sertai Perak FC - Cakap Sukan, 6 Januari 2022.
  9. ^ "Goal.com's Asian Best XI for November: Southeast Asia takes the stage as AFF Suzuki Cup heats up". Goal.com. 2012-12-05. Dicapai pada 2016-02-08.

Pautan luar sunting