Wang Neraka merupakan bentuk moden kertas colok, persembahan wang kertas alam berikutnya yang digunakan dalam penyembahan roh nenek moyang tradisional Cina, yang boleh dicetak dalam bentuk wang kertas bank barat ataupun China. Dalam budaya Cina, wang neraka tidak memiliki nama atau status khas, dan hanya dianggap dan dirujuk sebagai bentuk lain kertas colok (冥幣, 紙錢, 金紙).

Versi moden Wang Neraka, dalam nilaian satu bilion dolar, gambaran Maharaja Jed.

Tanpa mengira perwakilannya, duit kertas Wang Neraka juga dikenali kerana nilai besarnya, daripada $10,000, $100,000, $1,000,000 malah sehingga $500,000,000. Di Singapura, adalah perkara biasa untuk melihat duit kertas 10 bilion dolar di kedai-kedai. Pada setiap wang kertas, ia memaparkan Maharaja Jed, raja memerintah langit dalam Taoisme dan tanda tangan baratnya (Yu Wong, atau Yuk Wong) ditandatangan balas oleh Yanluo, Raja Neraka (Yen Loo). Pada sebelah belakang setiap not, ia memaparkan gambar bank Neraka.

Nama "Neraka" sunting

Dalam mitos Cina, nama neraka tidak membawa konotasi negetif. Nereka yang mereka rujuk adalah Di Yu (trad. 地獄, mudah. 地狱; harafiah. "ruang bawah tanah/istana"). Diyu merupakan tempat roh orang mati dihakimi oleh Raja Dunia bawah (Yan Wang) samada untuk diiring ke syurga atau dihantar ke maze di paras bawah tanah dan kamar di mana roh dihantar bagi membalas dosa di dunia mereka.[1]

Cerita popular menyatakan bahawa perkataan neraka diperkenalkan ke China oleh mubaligh Kristian, yang berkhutbah bahawa kesemua orang Cina bukan Kristian akan "pergi ke neraka" apabila mereka mati, dan melalui kes salah faham, ia dipercayai bahawa perkataan "Neraka" merupakan istilah betul bagi kehidupan selepas mati Cina, dan dengan itu perkataan itu diterima pakai.[2]

Tambahan lagi, ia dipercayai dalam mitos Cina bahawa kesemua yang mati akan secara automatik memasuki dunia bawah Diyu untuk dihakimi sebelum samaada di hantar ke syurga, dihukum di dunia bawah, atau dilahirkan semula. Oleh itu, perkataan "Neraka" biasanya muncul pada duit kertas ini. Bagaimanapun, sesetengah duit kertas dicetak menyingkir perkataan "neraka" dan kadang kala digantikan dengan perkataan "syurga". Duit kertas khas ini biasanya dijumpai dalam bungkusan colok yang dibakar untuk dewa-dewa Cina. Ia memiliki reka bentuk yang sama dengan gambar di atas tetapi memiliki warna yang berlainan.

Reka bentuk sunting

Wang neraka yang paling biasa dijual adalah wang kertas $10,000 yang dibentuk menurut Wang Kertas Simpanan Kebangsaan Amerika Syarikat. Bahagian hadapan mengandungi potrait Maharaja Jed dan mohor bank Neraka. Mohor itu terdiri daripada gambar bank Neraka itu sendiri. Banyak tulisan halus kabur "Wang Kertas Neraka" bertaburan pada bahagian belakang dalam warna kuning. Ini biasanya dijual dalam paket 50 hingga 150, dan dibalut dengan pita pelekat.

Kedai yang khusus bagi penjualan barangan adat, seperti "kedai sembahan dewa-dewi" di Malaysia, turut menjual duit kertas yang lebih besar dan berhias yang turut memiliki nilai lebih besar berbanding duit kertas $10,000 yang biasa. Sesetengah helaian tidak mengambarkan Maharaja Jed, dan akan mengambarkan tokoh mashur lain dalam mitos Cina, seperti Lapan Imortal, Buddha, Yama, atau gambar naga. Sesetengahnya turut menggambarkan orang terkenal yang telah meninggal, seperti Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy, Albert Einstein dan Marilyn Monroe.

Pertimbangan apabila mengguna wang neraka sunting

 
Contoh wang neraka dalam ikatan lerai sedang dipersembahkan
 
Wang ikutan dibakar di kubur bersama matawang ikutan yuanbao.

Sungguhpun pada sudut pandangan Barat wang neraka mungkin kelihatan seperti permainan atau barangan kepercayaan karut, terdapat peraturan berkenaan kegunaan Wang Neraka yang dianggap serius oleh orang Cina tradisional.

Ia dianggap menghina untuk memberikan wang neraka kepada orang hidup (walaupun sebagai gurauan); ia sering dianggap bagaikan meminta kematian penerima, yang merupakan penghinaan besar. wang neraka biasanya disimpan di tempat tidak dilihat orang (contoh. dalam almari), kerana menyimpan wang neraka dalam rumah dianggap membawa malang.

Apabila membakar wang neraka, wang itu dilayan sebagaimana wang sebenar: ia tidak dicampakkan begitu sahaja ke dalam api, tetapi sebaliknya diletakkan dalam ikatan longgar, dalam cara yang dianggap hormat. Juga, dalam sesetengah adat, setiap helaian dilipat dalam cara tertentu sebelum diletakkan dalam api. Amalan ini adalah kaitan dengan kepercayaan membakar wang sebenar membawa nasib malang.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting