Wangi (filem)
Wangi merupakan filem seram psikologi Malaysia 2019. Ia mengisahkan seorang wanita yang selepas bersalin, mulai merasa tertekan di rumahnya kerana perkara luar biasa semakin berlaku pada rumah dan anaknya, semuanya selepas kawannya Bella yang tinggal bersama dia hilang.
Wangi | |
---|---|
Pengarah | Mohd Latiff Zami (Yeop Hitler) |
Penerbit | Shuhada Mohd |
Dibintangi oleh | |
Muzik oleh | KL Post |
Sinematografi | Zuhiri Mat Ali |
Disunting oleh | Isazaly Isa |
Syarikat penerbitan | Resilience Studio |
Pengedar | Empire Film Solution |
Mula ditayangkan | 5 September 2019 (Malaysia, Singapura, Brunei) |
Tempoh tayangan | 1 jam 31 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Ia ditayangkan pada 5 September 2019 di Malaysia, Singapura and Brunei.[1][2][3]
SinopsisSunting
Nor dan suaminya Khuzairi tinggal di bangalow dengan dua orang anak mereka. Anak sulung mereka seorang budak lelaki pendiam yang berusia tujuh tahun. Setelah melahirkan anak kedua, Nor pulang ke rumah dari hospital dan dijaga oleh ibunya sepanjang tempoh berpantang. Nor menyedari bahawa pembantu rumahnya Bella yang tinggal dengan mereka dan seperti adik angkatnya telah hilang. Khuzairi kata Bella telah pulang ke Amsterdam untuk berkahwin dengan kekasihnya. Nor rasa pelik dan bermulalah perkara aneh rumahnya dan kelakuan pelik anaknya di sebalik kehilangan Bella, yang mungkin bersembunyi dalam banglo ini.
PelakonSunting
- Erra Fazira sebagai Nor
- Nabila Huda sebagai Bella
- Sharnaaz Ahmad sebagai Khuzairi
- Mia Nasir sebagai Mia
- Syazwan Zulkifly sebagai Azlan
- Nik Adam Mika sebagai Khiri
- Ruminah Sidek sebagai Nenek Bella
Sumber rujukanSunting
- ^ "Kisah misteri dan seram dalam filem Wangi". URTV.
- ^ "Pengaruh akur babak penting Wangi dipotong". Berita Harian.
- ^ "Wangi bukan guna dana haram - Shuhada". Harian metro.
Pautan luarSunting
- Wangi di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Wangi di Cinema.com.my