Wangsa Chola atau Dinasti Chola (Tamil: சோழர் குலம், IPA: ['ʧoːɻə]) ialah sebuah dinasti Tamil Dravidia yang memerintah wilayah di India Selatan sehingga abad ke-13 Masihi. Dinasti tersebut berasal dari lembah subur Sungai Kaveri. Karikala Chola merupakan salah satu raja yang termashyur dari zaman awal Chola, sementara Aditya I, Parantaka I, Rajaraja Chola I, Rajendra Chola I, Rajadhiraja Chola, Rajendra Chola II, Virarajendra Chola, Kulothunga Chola I, Vikrama Chola dan 'Tashi Delek bodo kaki claim' (raja pakau chola) pula merupakan antara maharaja-maharaja yang terkenal semasa zaman pertengahan Chola.

Empayar Chola
சோழப் பேரரசு
300-an SM–1279
Pengaruh dan empayar Chola pada zaman kemuncaknya (sekitar 1050)
Pengaruh dan empayar Chola pada zaman kemuncaknya (sekitar 1050)
Ibu negaraChola awal: Poompuhar, Urayur,
Chola Zaman Pertengahan: Pazhaiyaarai, Thanjavur
Gangaikonda Cholapuram
Bahasa yang umum digunakanTamil
Agama
Hindu
KerajaanBeraja
Raja 
• 848-871
Vijayalaya Chola
• 1246-1279
Rajendra Chola III
Era SejarahZaman Pertengahan
• Didirikan
300-an SM
• Kebangkitan Chola pada zaman pertengahan
848
• Dibubarkan
1279
Diganti oleh
Pandyas
Sejarah Asia Selatan
Sejarah India
Zaman Batu sebelum 3300 SM
Budaya Mehrgarh 7000–3300 SM
Peradaban Lembah Indus 3300–1700 SM
Budaya Harappan Akhir 700–1300 SM
Peradaban Vedic 2000–600 SM
Empayar Islam • 1206–1707
Kesultanan Delhi • 1206–1526
Kesultanan Deccan • 1490–1596
Kerajaan Ahom 1228–1826
Kesultanan Vijayanagara 1336–1646
Kerajaan Mysore 1399–1947
Empayar Mughal 1526–1707
Kerajaan Madurai Nayak 1559 –1736
Kerajaan Thanjavur Nayak 1572–1918
Empayar Maratha 1674–1818
Empayar Durrani 1747–1823
Empayar Sikh 1799–1849
Pemerintahan syarikat di India 1757–1858
British India 1858–1947
Pembahagian India 1947
Sejarah negara
AfghanistanBangladeshBhutanIndia
MaldivesNepalPakistanSri Lanka
Sejarah wilayah
AssamBiharBalochistanBengal
Himachal PradeshWilayah-wilayah Pakistan
PunjabOrissaIndia SelatanTibet
Sejarah-sejarah khas
SyilingDinastiEkonomi
IndologiBahasaKesusasteraanMaritim
TenteraSains dan TeknologiGaris masa

Kerajaan Chola mencapai kemuncak kuasa mereka pada abad ke-10, ke-11, dan ke-12. Raja-raja Chola menawan semenanjung India Selatan, mengilhakkan sebahagian Sri Lanka, dan menduduki kepulauan Maldives. Dengan itu, wilayah Chola merentang dari tebing Sungai Godavari di Andhra Pradesh di utara sehingga kepulauan Maldives di selatan. Di bawah Rajaraja Chola I dan puteranya, Rajendra Chola, wangsa itu menjadi sebuah kuasa ketenteraan, ekonomi, dan kebudayaan yang hebat di Asia Utara. Rajendra Chola menghantar sebuah ekspedisi yang berjaya ke India Utara sehingga Sungai Ganges lalu menewaskan raja Empayar Pala dari Pataliputra di Mahipala. Baginda juga menyerang dan menaklukkan kerajaan-kerajaan di Nusantara Melayu. Bagaimanapun, kuasa Wangsa Chola kemudian merosot pada kira-kira abad ke-14 dengan kebangkitan Dinasti Pandya dan Empayar Hoysala.

Wangsa Chola telah meninggalkan suatu pusaka yang abadi. Naungan mereka terhadap kesusasteraan Tamil dan semangat mereka terhadap pembinaan kuil telah menghasilkan karya-karya yang hebat dalam kesusasteraan dan seni bina Tamil. Raja-raja Chola merupakan pembina yang gemar akan kuil dan melihatkan kuil-kuil di dalam kerajaan mereka bukan hanya sebagai tempat beribadah malah juga sebagi pusat kegiatan ekonomi. Mereka juga mempelopori sebuah sistem kerajaan terpusat serta mengasaskan sebuah birokrasi yang teratur.

 
Duit syiling perak Uttama Chola yang awal yang dijumpai di Sri Lanka menunjukkan lambang harimau Wangsa Chola.[1]

Tiada maklumat yang pasti tentang asal usul perkaaan Chola.[2] Rujukan dalam kesusasteraan Sangam (k.k. 150)[3] menunjukkan bahawa raja-raja awal wangsa ini mendahului 100 Masihi. Parimelalagar, penganotasi klasik Tamil Tirukkural, menyebut bahawa perkataan Chola kemungkinan nama salah satu puak purba. Bagaimanapun, pandangan yang terumum adalah bahawa, serupa dengan nama Chera dan nama Pandya, nama Chola ialah nama salah satu keluarga diraja atau nama salah satu puak sejak zaman purba lagi.[4] Percubaan telah dibuat untuk menghubungkaitkan nama ini dengan Kala Sanskrit (hitam) serta juga dengan perkataan Kola yang digunakan secara umum pada zaman awal untuk merujuk kepada para penduduk pra-Arya di India Selatan yang berkulit gelap.[5]

Hanya terdapat amat sangat sedikit bukti tertulis yang boleh dipercayai tentang sejarah Wangsa Chola awal. Pada sepanjang 150 tahun yang lalu, ahli sejarah telah mengumpulkan banyak pengetahuan tentang wangsa itu daripada pelbagai sumber seperti kesusasteraan Sangam Tamil kuno, tradisi lisan, teks agama, serta juga prasasti candi dan inskripsi plat kuprum. Sumber utama tentang Wangsa Chola awal ialah kesusasteraan Tamil awal dari Zaman Sangam.[6] Ada juga kenyataan ringkas tentang negara Chola serta pekan, pelabuhan, dan perdagangannya yang terkandung dalam karya Periplus dari Laut Erythra (Periplus Maris Erythraei).[7] Karya Periplus ialah karya yang ditulis oleh seorang saudagar Alexandria tanpa nama sewaktu pemerintahan Domitian (81-96) yang mengandungi hanya sedikit maklumat tentang negara Chola.[7] Ditulis setengah abad kemudian, ahli geografi Ptolemy memberikan perincian yang lebih lanjut tentang negara Chola, pelabuhan dan pekan di kawasan pedalamannya.[8] Karya Mahavamsa, sebuah teks agama Buddha yang ditulis pada abad ke-5, menceritakan sebilangan pertempuran antara penghuni Ceylon dengan Wangsa Chola pada abad ke-1 SM.[9] Wangsa Chola juga disebut dalam prasasti Tiang Asoka (ditulis antara 273 SM-232 SM), bersama-sama dengan kerajaan yang lain yang, walaupun tidak dikuasai oleh Asoka, mempunyai hubungan yang mesra dengan baginda.[10]

Sejarah

sunting

Sejarah Chola dapat dibahagikan kepada empat tempoh:

  1. Wangsa Chola Awal dalam kesusasteraan Sangam;
  2. masa selang perintahan antara keruntuhan Wangsa Sangam hingga kebangkitan Wangsa Chola zaman pertengahan di bawah Vijayalaya (k.k. 848);
  3. Wangsa Vijayalaya;
  4. Wangsa Chola Akhir di bawah Kulothunga Chola I sejak bahagian tiga suku terakhir abad ke-11. ]].[11]

Wangsa Chola Awal

sunting

Raja-raja Wang Chola terawal yang kewujudan mereka dapat dibuktikan dengan ketara disebut dalam Kesusasteraan Sangam. Secara am, para sarjana kini bersetuju bahawa kepustakawan itu ditulis pada beberapa abad pertama Masihi. [3]Kronologi dalaman kepustawan itu masih tidak dapat dipastikan dan pada waktu ini, suatu pemerian yang selanjar tentang sejarah zaman itu masih tidak boleh diberikan. Kesusasteraan Sangam penuh dengan nama raja-raja dan putera-putera, serta juga para pemuisi yang memuji-muji mereka. Walaupun terdapat kesusasteraan yang kaya yang menggambarkan kehidupan dan usaha tokoh-tokoh itu, namun sejarah yang berterusan masih tidak dapat dihasilkan.

Kesusasteraan Sangam juga penuh dengan legenda tentang raja-raja Chola mitos. Raja-raja itu diperlihatkan sebagai berketurunan daripada matahari.[12] Mitos itu menceritakan raja Chola bernama Kantaman yang dikatakan hidup sezaman dengan pendeta Agastya. Kewarakan Kantaman kepada matahari telah menghasilkan sungai Kaveri.[13] Dua nama menonjol dalam kalangan raja Chola yang dikenali daripada kesusasteraan Sangam: Karikala Chola dan Kocengannan. Tidak terdapat cara yang pasti untuk menetapkan susunan pewarisan, atau hubungan raja-raja antara satu sama lain, ataupun antara putera-putera lain yang sezaman.[14] Urayur yang terletak berhampiran Thiruchirapalli merupakan ibu kota mereka yang tertua.

Masa selang perintahan

sunting

Tidak banyak yang diketahui berkenaan tempoh peralihan sekitar tiga abad sejak akhir era Sangam (c. 300 CE) sehingga di mana Pandyas dan Pallavas menguasai negeri Tamil. Dinasti yang tdiak diketahui, Kalabhras, menjajah negeri Tamil, menggantika kerajaan sedia ada, dan memerintah sekitar tiga abad. Mereka digantikan oleh Pallavas dan Pandyas pada abad ke-6 CE. Tidak banyak diketahui mengenai nasib Cholas semasa tiga abad berikut sehingga kebangkitan Vijayalaya pada suku kedua abad ke-sembilan.

Epigraf dan kesasteraan memberikan beberapa pandangan ringkas mengenai perubahan yang berlaku pada keturunan raja silam semasa jurang yang panjang ini. Apa yang pasti adalah apabila kuasa Cholas jatuh pada tahap terendah dan kuasa Pandyas dan Pallavas bangkit di utara dan selatan mereka,[15] dinasti ini terpaksa mencari perlindungan dan lindungan dari pesaing mereka yang lebih berjaya.[16] Pallavas dan Pandyas kelihatannya membiarkan Cholas bersenderian bagi kebanyakan masa; bagaimanapun, kemungkinannya disebabkan reputasi mereka, mereka menerima puteri Chola untuk dikahwinkan dan menerima putri Chola yang sanggup berkhidmat dengan mereka.[17] Peziarah China Xuanzang, yang menghabiskan masa selama beberapa bulan di Kanchipuram antara 639 – 640 CE menulis mengenai 'kerajaan Culi-ya'.[18] Banyak ukiran mengenai Pallavas, Pandyas dan Chalukya pada tempoh ini menyebut menawan 'negeri Chola'.[19] Disebalik kehilangan pengaruh dan kuasa, ia tidak mungkin bagi Cholas untuk kehilangan pegangan jajahan sepenuhnya di sekitar Urayur, ibukota lama mereka. Vijayalaya apabila dia bangkit menjadi masyhur dipuja dari kawasan geografi ini.

Sekitar kurun ke tujuh CE, satu kerajaan Chola berkembang di masa kini Andhra Pradesh. Telugu Cholas ini menjejak keturunan mereka pada Sangam Cholas awal.[20] Bagaimanapun, tiada apa yang pasti diketahui mengenai hubungan mereka dengan Cholas awal. Adalah mungkin bahawa satu cabang Tamil Cholas berhijrah ke utara semasa tempoh Pallavas bagi mendirikan kerajaan mereka sendiri, jauh dari pengaruh kuat Pandyas dan Pallavas.

Wangsa Chola Zaman Pertengahan

sunting

Sungguhpun hanya terdapat sedikit maklumat yang menyakinkan mengenai Cholas semasa tempoh antara Cholas awal dan Dinasti Vijayalaya, terdapat banyak bahan dari pelbagai sumber berkenaan Vijayalaya dan Dinasti Chalukya Chola. Sejumlah besar inskripsi batu oleh Dinasti Cholas sendiri dan oleh raja pesaing mereka, Pandyas dan Chalukyas, dan anugerah kepingan tembaga, adalah penting bagi membina semula sejarah Cholas pada tempoh tersebut.[21]

Sekitar 850 CE, Vijayalaya bangkit dari kekaburan dengan mengambil peluang yang timbul dari konflik antara Pandyas dan Pallavas,[22] menawan Thanjavur dan akhirnya menubuhkan keturunan maharaja bagi Cholas medieval.[23]

 
Wilayah Chola semasa Rajendra Chola I c. 1030 CE.

Dinasti Chola merupakan pada kemuncak pengaruh dan kuasanya semasa zaman pertengahan ("medieval"). Raja agung seperti Rajaraja Chola I dan Rajendra Chola I menduduki takhta, dan melalui kepimpinan dan cita-cita mereka membawa kerajaan Chola melampaui had tradisi kerajaan Tamil. pada kemuncaknya, Empayar Chola terbentang dari pulau Sri Lanka di selatan sehingga lembah Godavari di utara. Kerajaan disepanjang persisiran timur India sehingga ke sungai Ganges mengakui pemerintahan Chola. Tentera laut Chola menjajah dan menakluk Srivijaya di kepulauan Melayu.[24]

Sepanjang tempoh ini, kerajaan Cholas sentiasa diganggu oleh Sinhala yang tegar, yang cuba menjatuhkan pendudukan Chola ke atas Lanka, putera Pandya yang berjuang bagi mendapatkan kebebasan bagi jajahan tradisi mereka, dan oleh peningkatan cita-cita Chalukyas di barat Deccan. Tempoh ini melihat perperangan berlarutan antara Cholas dan pesaing mereka. Keseimbangan kuasa wujud antara Chalukyas dan Cholas, dan terdapat penerimaan bersama sungai Tungabhadra sebagai sempadan antara kedua empayar. bagaimanapun, asas pertelingkahan antara kedua kuasa adalah peningkatan pengarus Chola dalam kerajaan Vengi.

Chalukya Chola

sunting

Perikatan perkahwinan dan politik diantara raja-raja Chalukya Timur berasas sekitar Vengi yang terletak di tebing selatan Sungai Godavari bermula semasa pemerintahan Rajaraja berikutan dengan penjajahannya keatas Vengi. Anak perempuan Rajaraja Chola mengahwini putera Vimaladitya. Anak perempuan Rajendra Chola yang lain turut berkahwin dengan putera Chalukya Timur, Rajaraja Narendra.

Anak lelaki Virarajendra Chola, Athirajendra Chola telah dibunuh dalam rusuhan umum pada 1070 CE dan Kulothunga Chola I menaiki takhta Chola dengan itu memulakan dinasti Chalukya Cholas. Kulothunga merupakan anak lelaki raja Vengi - Rajaraja Narendra.

 
Wilayah Chola semasa Kulothunga Chola I c. 1120 CE

Dinasti Chalukya Chola mempunyai pemerintah yang berkebolehan iaitu Kulothunga Chola I dan Vikrama Chola; bagaimanapun, kejatuhan kuasa Chola sebenarnya bermula semenjak tempoh masa ini. Cholas kehilangan penguasaan pada pulau Lanka dan dihalau keluar oleh kebangkitan kuasa Sinhala. Sekitar 1118 CE mereka hilang penguasaan pada Vengi kepada raja Vikramaditya VI dari Chalukyas Barat dan Gangavadi (daerah selatan Mysore) kepada kuasa Hoysala Vishnuvardhana yang sedang meningkat, Chalukya feudatory. Dalam daerah Pandya, ketiadaan pengawalan pentadbiran pusat mendorong kepada beberapa tuntutan kepada takhta Pandya mengakibatkan perang saudara di mana Sinhalas dan Cholas terbabit secara proksi. Semasa abad terakhir pemerintahan Cholas, tentera Hoysala ditempatkan secara kekal di Kanchipuram bagi melindungi mereka daripada pengaruh Pandyas yang semakin kuat.

Cholas, di bawah Rajendra Chola III, mengalami pergolakan yang berterusan. Pada penghujung abad ke-12 CE, pengaruh Hoysalas yang semakin meningkat menggantikan Chalukyas yang semakin merosot sebagai kuasa utama di utara. Kerajaan takluk tempatan turut menjadi semakin yakin bagi mencabar kuasa pusat Chola. Salah satu negeri takluk, ketua Kadava, Kopperunchinga I, malah memegang raja Chola sebagai tahanan untuk satu tempoh masa. Dinasti Cholas terdedah pada serangan dari dalam dan luar. Pandyas di selatan telah bangkit sebagai kuasa besar. Hoysalas di barat mengancam kewujudan empayar Chola. Rajendra cuba terus hidup dengan menyelasar dengan kedua kuasa secara berturut-turut. pada pengakhiran pemerintahan Rajendra, Empayar Pandyan berada dikemuncak kekayaannya dan telah mengambil alih kedudukan empayar Chola di mata pemerhati asing. Tarih terakhir rekod Rajendra III adalah 1279 C.E. Tidak terdapat sebarang bukti bahawa Rajendra segera diikuti oleh putera Chola yang lain. Empayar Chola ditenglami sepenuhnya oleh empayar Pandyan, sungguhpun banyak ketua kecil terus menuntut gelaran "Chola" jauh sehingga kurun ke lima belas C.E.

Kerajaan dan masyarakat

sunting

Negara Chola

sunting

Menurut adat Tamil, negara Chola lama mengandungi daerah-daerah yang termasuk pada hari kini daerah Tirachirappli dan [[[Thanjavur]] di negeri Tamil Nadu. Sungai Kaveri dan cawangan sungainya menguasai muka bumi ini yang pada umumnya tanah datar yang beransur-ansurnya condong ke laut, tidak dipisahkan oleh sebarang bukit-bakau atau lembah-lembah. Sungai Kaveri, yang juga digelar sebagai sungai Ponni (keemasan), mempunyai tempat istimewa dalam kebudayaan Chola. Banjir tahunan di Kaveri menanda pesta, Adiperukku, di mana keselurahan negara turut mengambil bahagian, dari raja ke orang fakir miskin.

Kaverippattinam di pantai berdekatan kuala Kaveri merupakan sebuah bandar penting. [25] Kedua-dua bandar kosmopolitan tersebut menjadi pusat perdagangan dan menarik penganut dari berbagai agama, termasuk agama Buddha. ]].[26]Ghali Romawi telah sampai sehingga ke pelabuhan-pelabuhan ini. Duit syiling Romawi bertarikh dari abad-abad awal CE telah dijumpai berdekatan dengan kuala Kaveri.[27]

Bandar-bandar terpenting yang lain adalah Thanjavur, Urayur dan Kudanthai. Selepas Rajendra Chola mengalihkan kerajaanya ke Gangaikonda Cholapuram, Thanjavur hilang prestij. Raja-raja Chola kemudian dari dinasti Chalukya Chola sering memindah negara mereka dan membuat bandaraya-bendaraya seperti Chidambaram, Madurai dan Kanchipuram ibu negara wilayah-wilayahnya.

Sifat kerajaan

sunting

Pada zaman Chola, keseluruhan India selatan telah, pada pertama kali, ditadbir di bawah satu kerajaan,Satu-satunya masa ketika semenanjung India di bawah di bawah satu payung pentadbiran sebelum kemerdekaan merupakan semasa Empayar Vijayanagara (1336–1614 CE) apabila usaha serius dibuat bagi mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pentadbiran awam. Sistem pentadbiran kerajaan Chola adalah monarki, sebagaimana era Sangam. tetapi, terdapat hanya sedikit persamaan antara ketua puak dan primitif eras lebih awal dengan, hampir menyerupai raja Empayar ByzantineRajaraja Chola—dan penggantinya dengan pelbagai istana dan kebanggaan dan yang berkenaan dengannya dan dengan istana diraja.

Di antara 980 CE, and c. 1150 CE, Chola menguasai keseluruhan semenanjung India selatan, berkembang dari timur ke barat dari pantai ke pantai, dan bersempadan ke utara melalui garisan yang bengkang-bengkok di tepi sungai Tungabhadra dan batasan Vengi. Walaupun Vengi wujuda sebagai badan politik yang berlainan, ia sangat dekatnya berhubung kepada Empayar Chola yang, pada alasan praktikal, penguasaan Chola berkembang ke tepi sungai Godavari.[28]

 
Kebesaran empayar Chola c. 1014 CE

Thanjavur dan kemudian Gangaikonda Cholapuram adalah ibu negara empayarnya. Walaubagaimanapun, kedua-duanya Kanchipuram dan Madurai dianggap ibu negara daerah-daerah, yang perundangan sekali-sekala dipatuhi. Raja merupakan pemerintah agung dan ditaktor baik hati.[29] Peranan pentadbirnya terdiri dari mengeluarkan arahan bersuara pada pegawai yang bertanggung jawab apabila perwakilan mengadap padanya. .[30] Birokrasi yang berkuasa membantu raja dalam tugas pentadbiran dan melaksanakan arahannya. Disebabkan ketiadaan legislatur atau sistem egislatif dalam segi moden, keadilan arahan raja bergantung pada kebaikan manusia dan kepercayaan dirinya pada Dharma—rasa adil dan kebaikannya. Kesemua raja Chola membina kuil dan memberi anugerah harta yang banyak padanya. Kuil berfungsi bukan sahaja sebagai tempah beribadat tetapi juga sebagai pusat aktiviti ekonomi, menguntungkan keseluruhan masyarakat mereka.[31]

Kerajaan tempatan

sunting

Setiap desa merupakan unit pentadbiran sendiri. Sejumlah desa membentuk entiti lebih besar yang dikenali sebagai Kurram, Nadu atau Kottram, bergantung pada daerah. Sebilangan Kurrams membentuk valanadu. Struktur ini melalui perubahan berterusan dan penghalusan sepanjang tempoh Chola.[32]

Perhakiman kebiasaannya merupakan urusan tempatan dalam Empayar Chola; pertikaian kecil diselesaikan pada tahap kampung. Hukuman bagi jenayah kecil adalah dalam bentuk denda atau arahan bagi pesalah untuk bersedekah pemberian amal. Malah jenayah seperti menyebabkan kematian dan pembunuhan didenda dengan denda. Jenayah pada negara seperti pengkhianat didengari dan diputuskan oleh raja sendiri; hukuman biasa dalam kes ini adalah samaada hukuman bunuh atau harta benda dirampas.[33]

Perdagangan asing

sunting
 
Kompleks kuil Hindu Prambanan di Jawa jelasnya menunjuk pengaruh gaya seni bina Dravidian

Kerajaan Cholas maju dalam perdagangan asing dan aktiviti laut, melangkau pengaruh mereka ke luar negara sehingga ke China dan Asia Tenggara. Kearah pengakhiran kurun ke sembilan CE, negeri-negeri di selatan India telah membangunkan aktiviti laut dan perdagangan yang luas. Kerajaan Cholas, menguasai bahagian persisiran kedua-dua timur dan barat semenanjung India, berada di hadapan venture ini. Dinasti Tang dari China, empayar Srivijaya di kepulauan Melayu di bawah Sailendras, dan Kalifah Abbasid di Bagdad merupakan rakan perdagangan utama. [34]

Dinasti Song di China melaporkan bahawa perwakilan dari Chulian (Chola) sampai ke istana China pada tahun 1077 CE, dan bahawa raja Chulien pada masa tersebut dikenali sebagai Ti-hua-kia-lo.[35] Terdapat kemungkinan bahawa silibes ini mewakili "Dewa Kulo[tunga]" (Kulothunga Chola I). Perwakilan ini merupakan usaha perdagangan dan amat menguntungkan bagi pelawat, yang kembali bersama 81,800 untaian siling tembaga sebagai pertukaran bagi barangan persembahan, termasuk barangan kaca, dan rempah. [36]

Serpihan inskripsi Tamil dijumpai di bandar Sumatera menyebut nama persatuan pedagang Nanadesa Tisaiyayirattu Ainnutruvar (secara harafiah, "lima ratus dari empat negara dan seribu arah"), persatuan perdagangan terkenal di negara Chola. [37] Inskripsi itu bertarikh 1088 CE, menunjukkan bahawa terdapat perdagangan luar negara yang aktif semasa tempoh Chola.

Masyarakat Chola

sunting

Tidak banyak maklumat mengenai saiz dan kepadatan populasi semasa pemerintahan Chola. Kestabilan yang amat teras pemerintahan wilayah membolehkan rakyat melalui kehidupan yang produktif dan tenang. Hanya satu rekod ganguan awam semasa keseluruhan tempoh pemerintahan Chola.[38] Bagaimanapun, terdapat laporan mengenai kebuluran meluas akibat bencana alam.

Kualiti inskripsi regim menunjukkan kehadiran tahap tinggi kesasteraan dan pendidikan dalam masyarakat. Teks pada inskripsi ini ditulis oleh pujangga istana dan diukir oleh artis berbakat. Pendidikan dari segi kotemporari tidak dianggap penting; terdapat bukti mencadangkan bahawa sesetengah majlis kampong mengatur sekolah bagi mengajar asas membaca dan menulis pada kanak-kanak, sungguhpun tidak terdapat bukti sistem pembelajaran sistematik bagi umum.[39] Pendidikan Vokasional adalah melalui warisan di mana bapa mewariskan kemahirannya pada anaknya. Bahasa Tamil merupakan perantaraan pendidikan bagi umum; pendidikan Sanskrit dihadkan pada Brahmins. Monasteri keugamaan (matha atau gatika) merupakan pusat pendidikan, yang disokong oleh kerajaan.[40][41]

Sumbangan kebudayaan

sunting
 
Perincian pada vimanam (menara) utama Kuil Thanjavur

Di bawah Chola, negara Tamil sampai ke tahap sangat bagus pada kesenian, keagamaan dan kesusasteraan. Dalam semua sfera ini, zaman Chola menandakan kemuncak gerakan yang telah bermula pada usia awal di bawah Pallavas. Gaya seni bina bertugu dalam bentuk kuil-kuil agong dan arca batu dan gangsa menyampaikan fines yang tidak pernah dicapai sebelumnya di India.

Chola cemerlang dalam aktiviti kelautan pada segi tentera dan perdagangan. Penaklukan Kadaram (Kedah) dan Srivijaya, dan persambungan perhubungan mereka dengan Empayar Cina, membenarkan mereka untuk mempengaruh budaya-budaya tempatan. Banyak contoh-contoh pengaruh kebudayaan Hindu yang kekal didapati hari ini di Asia Tenggara terhutang banyak kepada pusaka Chola.[42]

Kesenian

sunting

Chola menyambung tradisi pembinaan kuil dinasti Pallava dan menyumbang banyak kepada reka bentuk kuil Dravidian. Mereka membina beberapa kuil di kerajaan mereka seperti Kuil Brihadeshvara. Aditya I membina beberapa kuil Siva disamping tepi sungai Kaveri. Kuil-kuil ini tidak dibina secara besaran sehingga penhujung abada ke-10 CE.[43]

 
Kuil Airavateswarar, Darasuram c. 1200 CE

Pembangunan kuil menerima banyak impetus dari taklukan dan kecerdikan Rajaraja Chola dan anak lelakinya Rajendra Chola I. Kedewasaan dan kebesarannya yang mana gaya seni bina Chola telah wujud menjumpai expression pada dua kuil Tanjavur dan Gangaikondacholapuram. Siva temple of Thanjavur yang maha besar, diselesaikan pada 1009 CE, ialah sebiah peringatan sesuai kepada pencapaian waktu Rajaraja. Kuil yang terbesar dan tertinggi pada masa itu, ialah apeks gaya seni bina India Selatan.[44]

Kuil Gangaikondcholapuram, rekaan Rajendra Chola, bertujuan mengatasi sebelumnya dari segi semua cara. Disiapkan pada sekitar 1030 CE, hanya dua kurun selepas Kuil di Thanjavur dan memiliki kebanyakannya gaya agak sama, tambahan yang lebih besar pada penampilannya membuktikan kedudukan lebih mewah Empayar Chola di bawah Rajendra. [45]

 
Gangsa Chola dari abad kesebelas CE. Siva dalam bentuk Ardhanarisvara

Zaman Chola juga dikenali dengan ukiran dan gangsa. Diantara spesimen yang wujud di muzium di merata dunia dan di kuil-kuil India Selatan dapat dilihat dengan patung Siva dalam beraneka bentuk, seperti Vishnu dan permaisurinya Lakshmi, dan wali-wali Siva. Walaupun pada umumnya patuh kepada konvensi ikonografi yang terhasil dari tradisi yang lama, pengukir bekerja dengan kebebasan luas pada abad ke-11 dan ke-12 dengan kelembutan dan kehebatannya. Contoh terbaik ini dapat dilihat dengan bentuk Nataraja Penari Kayangan. [46]

Kesusasteraan

sunting

Zaman Kemaharajaan Cholas (850–1200 CE) adalah zaman keemasan kebudayaan Tamil, ditandakan oleh kepentingan kesusasteraan. Inskripsi Chola cite banyak karya, dan ia merupakan satu tragedi bahawa kebanyakannya telah hilang masa kini,[47]

Kehidupan kembali agama Hindu dari nadirnya sewaktu Kalabhra spurred pembinaan beberapa kuil dan ini in turn generated kesusasteraan kepujaan Saiva dan Viashnava. Pengarang Jain dan Buddha berkembang juga, walaupun bilangannya lebih kurang dari abad-abad sebemlumnya. Jivaka-chintamani oleh Tirutakkadevar dan Sulamani oleh Tolamoli adalah diantaranya terkenal oleh pengarang-pengarang bukan-Hindu. Kesenian Tirutakkadevar ditanda oleh kualiti sajak hebat.[48] Ia dianggapkan sebagai modelnya untuk Kamban untuk for karya agungnya Ramavatharam.

Kamban mengembang pada zaman pemerintahan Kulothunga Chola III.[49] Ramavatharam baginda dalah epik terhebat dalam Kesusasteraan Tamil, dan walaupun pengaranya menyatakan bahawa dia mengikuti Valmiki, karyanya bukanlah mere translation atau simple adaptation pada epik Sanskrit: Kamban mengimpotkan ke dalam narrasinya warna dan landscape waktunya sendiri; penggambaran Kosalanya adalah account berideal pada gambaran negara Chola.

Karya agung Jayamkondar Kalingattuparani adalah satu contoh sajak naratif yang melukiskan sebuah sempadan jelas di antara sejarah dan konvensyen dongeng. Ini menjelaskan peristiwa-peristiwa sewaktu perang Kulothunga Chola I di Kalinga dan menggambarkan tidak hanya kebesaran dan akibat perang, tetapi perincian medan yang menggerunkan. Penyajak Tamil masyhur Ottakuttan adalah sebuah kontemporari Kulothunga Chola I. Ottakuttan menuliskan Kulothunga Solan Ula sebuah sajak memuji-muhi kebaikan raja Chola. Dia berkhidmat di halaman istana ketiga-tiga pewarisnya.

The impulse untuk menghasilkan kesusasteraan keagamaan berkebaktian bersambung ke dalam zaman Chola dan pengaturan canon Saiva ke dalam 11 buku adalah karya Nambi Andar Nambi, yang tinggal dekat dengan pengakhiran abad ke-10. Walaubagaimanapun, secara relatif sedikit karya pada agama Vaishnavite telah dikarangkan sewaktu zaman Chola, mungkin kerana ketara permusuhan terhadap Vaishnavite oleh raja-raja Chola.[50]

 
Bronze Chola Patung Nataraja di Museum Kesenian Metropolitan, Bandaraya New York

Pada umumnya, masyarakat Chola penganut Saivisme dan Hinduisme. Menurut sejarah meraka, mereka tidak dipengaruhi oleh kebangkitan agama Buddha dan agama Jain seperti juga raja-rajanya, Pallava dan Pandya. Chola awal juga mengikut versi awal agama Hindu klassikal. Terdapat bukti di Purananuru mengenai agama Karikala Chola ketika itu baru lahir Hinduism Vedicdi negara Tamil.[51] Kocengannan, seorang lagi raja Chola awal, dirayaikan dua kali iaitu dalam kesusasteraan Sangam dan kemudiannya di Saiva diangkat sebagai seorang wali.

While the Cholas did build their largest and most important temple dedicated to Lord Shiva, it can be by no means concluded that either they were staunch Saivites or followers of Saivism only or that they were not favourably disposed to other faiths. This is borne out by the fact that the second Chola king Aditya I himself built quite a few temples for Siva and for Lord Vishnu. In AD 890, his inscriptions speak of his contributions to the construction of the Ranganatha Temple at Srirangapatnam (now in Mandya district of Karnataka) in the country of Western Gangas who were both his feudatories and had marital relations with him. During the time of Aditya I (871–903 AD) the Gangas of Kannada country had recognized his superiority which he acknowledged by marrying into that family and making grant contributions to the construction of the Sri Ranganatha temple at modern Srirangapatnam. Aditya I regularly gave many endowments to the Sri Ranganatha Temple at Srirangam around AD 896 and issued an inscriptional dictat pronouncing that the great temples of Siva and the Ranganatha temple at Srirangam to be the 'Kuladhanam' of the Chola emperors

Apabila Chola kemudiannya membina kuil terbesar dan terpenting yang ditasbiahkan pada Dewa Shiva, ia tidak bererti bahawa mereka merupakan pengikut Shiva yang kuat mahupun pengikut Shiva semata-mata atau mereka menentang kepercayaan yang lain. Ia dapat dilihat apabila raja Chola kedua, raja Aditya I sendiri membina banyak kuil bagi Siva dan Dewa Visnu. Pada AD 890, inskripsinya menyebut mengenai sumbangannya terhadap pembinaan Kuil Ranganatha di Srirangapatnam (kini dalam daerah Mandya di Karnataka) di negeri Gangas Barat yang kedua-dua merupakan negeri taklukannya dan hubungan perkahwinan dengannya. Semasa tempoh Aditya I (871–903 AD) Gangas dari negeri Kannada telah mengakui kelebihannya yang dia terima dengan membuat perhubungan perkahwinan dan membuat sumbangan pada pembinaan Kuil Sri Ranganatha di Srirangam sekitar AD 896 dan mengeluarkan inskripsi mengistiharkan bahawa kuil agung Siva dan kuil Ranganatha di Srirangam sebagai 'Kuladhanam' bagi maharaja Chola. [52]

 
Kompleks kuil Prambanan, dibina oleh dinasti Sanjaya.

Pengistiharan Aditya I telah disempurnakan dengan taatnya oleh anaknya yang cemerlangParantaka I dan penggantinya di mana ia diistiharkan bahawa dalam titah bahawa Kuil Siva di Chidambaram (pada masa itu kuil Siva agung di Tanjore dan Gangaikonda Cholapuram belum lagi wujud) dan kuil Sri Ranganatha Swami di Srirangam merupakan 'Kuladhanams', iaitu., harta dewa pelidung bagi empayar Chola. Pengistiharan ini diulang sekitar 300 kemudian apabila raja Chola Agung terakhir, Kulothunga III, pembina Kuil Sarabeswarar besar di Tribhuvanam di pinggir Kumbakonam, menyapa Dewa Ranganatha di Srirangam dalam inskripsi di Srirangam Koil, sebagai 'dewa pelindung ("tutelary deity")'. Sebagai jumpaan oleh Dr. Hultzsch, pakar epigraf agung, dalam inskripsi ini akuan dibuat pada raja Chola agung terdahulu, Parantaka mengenai pengistiharan Chidambaram (Siva) Koil dan Srirangam (Vishnu) Koil sebagai 'Kuladhanams' bagi Cholas – petunjuk pada fakta bahawa dinasti Cholas adalah sekular dan menaungi semua kepercayaan dan sub-sekt dalam ugama yang sama. Satu lagi bukti adalah kewujudan sebanyak hampir 40 Vaishnava Divyadesams dari 108 kuil sedemikian di negeri Chola, yang berfungsi dan berkembang sehingga hari ini.

Chola king Sundara (Parantaka II) was a staunch devotee of the reclining Vishnu (Vadivu Azhagiya Nambi) at Anbil in the banks of Cauvery on the outskirts of Tiruchy, to whom he gave numerous gifts and embellishments, and prayed before him by keeping his sword before the deity, beforeo his proceeding for war for regaining the territories in and around Kanchi and Arcot from the waning Rashtrakutas and while leading expeditions against both Madurai and Ilam (Sri Lanka).[53] Parantaka I and Sundara Chola endowed and built temples for Siva and Vishnu.[54] Rajaraja Chola I patronised Buddhists and provided for the construction of the Chudamani Vihara (a Buddhist monastery) in Nagapattinam at the request of the Srivijaya Sailendra king.[55][56][57][58] While it is true that the biggest and grandest temples of the Cholas were dedicated to Lord Siva, all Chola kings especially from Aditya to Rajendra IV built great temples for Lord Vishnu and gave numerous grants and gifts to them.

During the period of Later Cholas, there were supposedly instances of intolerance towards Vaishnavites,[59] especially towards Ramanuja, the acharya of the Vaishnavites.[60] Kulothunga Chola II, a staunch Saivite, is said to have removed a statue of Vishnu from the Siva temple at Chidambaram, though there are no epigraphical evidences to support this theory. There is an inscription from 1160 that the custodians of Siva temples who had social intercourses with Vaishnavites would forfeit their property. However, this is more of a direction to the Saivite community by its religious heads than any kind of dictat by a Chola emperor. While Chola kings built their largest temples for Siva and even while emperors like Raja Raja Chola I held titles like 'Sivapadasekharan', in none of their inscriptions did the Chola emperors proclaim that their clan only and solely followed Saivism or that Saivism was the state religion during their rule.[61][62][63]

Pada kemasyuran kebudayaan

sunting

Sejarah wangsa Chola telah menjadi mengilhamkan banyak para pengarang Tamil untuk menghasilkan perekaan berkesusasteraan dan berseni sewaktu beberapa dekad akhirnya. Karya-karya kesusasteraan masyhur telah menolong menyambungkan kenangan Chola besar pada minda orang Tamil. Karya terpenting genrenya adalah masyhur Ponniyin Selvan (Anak lelaki Ponni), sebuah buku novel bersejarah dalam bahasa Tamil ditulis oleh Kalki Krishnamurthy. Dituliskan dalam lima volum, ini menceritakan kisah Rajaraja Chola. Ponniyin Selvan berurusan dengan peristiwa-peristiwa yang membawa ke kenaikan Uttama Chola pada takhta Chola. Kalki telah pandai menggunakan kekeliruan itu dalam perwarisan ke takhta Chola setelah kematian Sundara Chola. Buku ini telah dikeluarkan dalam majalah Kalki sewaktu pertengan 1950an. Permajalahan ini tahan selama hampir lima tahun dan setiap minggu penerbitannya telah dinanti-natikan dengan keminatan yang besar.

Kalki mungkin laid the foundations for this novel in his earlier historical romance Parthiban Kanavu, which deals with the fortunes of an imaginary Chola prince Vikraman who was supposed to have lived as a feudatory of the Pallava king Narasimhavarman I during the seventh century CE. The period of the story lies within the interregnum during which the Cholas were in eclipse before Vijayalaya Chola revived their fortune. Parthiban Kanavu was also serialised in the Kalki weekly during the early 1950s.

Sandilyan, another popular Tamil novelist, wrote Kadal Pura in the 1960s. It was serialised in the Tamil weekly Kumudam. Kadal Pura is set during the period when Kulothunga Chola I was in exile from the Vengi kingdom, after he was denied the throne that was rightfully his. Kadal Pura speculates the whereabouts of Kulothunga during this period. Sandilyan's earlier work Yavana Rani written in the early 1960s is based on the life of Karikala Chola. More recently, Balakumaran wrote the opus Udaiyar based on the event surrounding Rajaraja Chola's construction of the Brihadisvara Temple in Thanjavur.

There were stage productions based on the life of Rajaraja Chola during the 1950s and in 1973, Shivaji Ganesan acted in a screen adaptation of this play.

  1. ^ Tidak satu pun bilangan rujukan yang wujud dalam kesusasteraan Tamil yang memberitahu kita apa-apa pun. Chola Telugu yang mendakwa berketurunan dari Chola Awal mengambil gencana singa.
  2. ^ Tamil: ['ʧuʒə]; Inggeris: Lazimnya, 'ʧəʊlə. Nama Chola mengandungi huruf 'ழ' yang hanya dapat ditemukan dalam bahasa Tamil. Sebutannya lebih kurang sama dengan suku kata pertama nama 'Jacques' dalam sebutan Perancis.
  3. ^ a b Zaman Sangam ditentukan menerusi hubung kait antara bukti perdagangan asing yang dijumpai dalam puisi-puisi dengan karya-karya orang Yunani dan orang Rom seperti Periplus. Lihat Nilakanta Sastri, K.A., History of South India, pp 106 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "sangam" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ Lihat Tirukkural, puisi 955 (வழங்குவ துள்வீழ்ந்தக் கண்ணும் பழங்குடி/பண்பில் தலைப்பிரிதல் இன்று. Parimelazhagar menulis: "Orang-orang yang berketurunan purba (seperti orang Chola, orang Pandya, dan orang Chera) sentiasa sangat bermurah hati, walaupun mereka tidak kaya.".
  5. ^ Nama-nama yang lain untuk perkataan Chola yang umum digunakan termasuk Killi (கிள்ளி), Valavan (வளவன்), dan Sembiyan (சேம்பியன்). Killi mungkin berasal daripada perkataan Tamil, 'kil' (கிள்), yang bermakna "menggali" atau "membelah" dan membayangkan penggali atau pekerja tanah. Perkataan ini seringnya merupakan sebahagian penting nama-nama Chola yang awal seperti Nedunkilli, Nalankilli, dan sebagainya tetapi kemudian, hampir tidak digunakan lagi. Perkataan valavan berkemungkinan besar berkait dengan perkataan valam (வளம் atau "kesuburan") dan membawa pengertian "pemilik atau raja sebuah negara yang subur. Sembiyan umumnya merujuk kepada keturunan Shibi – seorang wira legenda yang mengorbankan diri demi menyelamatkan seekor burung merpati daripada diburu oleh seekor falko merupakan antara legenda Chola yang awal dan dijadikan bahan untuk Sibi Jataka antara cerita-cerita Jataka tentang agama Buddha. Lihat Nilakanta Sastri, K.A. The CōĻas, 1935. m.s. 19-20
  6. ^ The period covered by the Sangam poetry is likely to extend not longer than five or six generations - Nilakanta Sastri, K.A. The CōĻas, 1935 pp 3
  7. ^ a b See English transaction of Periplus - http://depts.washington.edu/uwch/silkroad/texts/periplus/periplus.html
  8. ^ K.A. Nilakanta Sastri, A History of South India, p 23
  9. ^ See Mahavamsa eText - http://lakdiva.org/mahavamsa/
  10. ^ The Asokan inscriptions speak of the Cholas in plural, implying that, in his time, there were more than one Chola - Nilakanta Sastri, K.A. The CōĻas, 1935 pp 20
  11. ^ Jurai keturunan Cholas dari Dinasti Vijayalaya berakhir dengan pertumpahan darah dengan pembunuhan Virarajendra Chola. Kulothunga Chola I saudara jauh jurai keturunan Chola utama melalui perkahwinan menaiki takhta pada 1070 CE.
  12. ^ "செங்கதிர்ச் செல்வன் திருக் குலம் விளக்கும்" - Manimekalai (poem 00-10)
  13. ^ See Manimekalai (22-030).
  14. ^ Satu-satunya bukti untuk menentukan zaman raja-raja yang awal itu adalah daripada Kesusasteraan Sangam dan daripada penyelarasannya dengan sejarah Sri Lanka, sebagaimana yang ditulis dalam puisi Mahavamsa. Gajabahu I yang dikatakan sezaman dengan Chera Senguttuvan ditetapkan sebagai hidup pada abad ke-2. Ini menyebabkan puisi yang menyebut nama Senguttuvan dan tokoh-tokoh sezamannya dianggap sebagai dikarang pada zaman ini.
  15. ^ See Nilakanta Sastri, K.A. The CōĻas, 1935. pp 102
  16. ^ Pandya Kadungon and Pallava Simhavishnu overthrew the Kalabhras. Acchchutakalaba kemungkinannya raja Kalabhra terakhir - Nilakanta Sastri, K.A. The CōĻas, 1935 pp 102
  17. '^ Periyapuranam, karya keugamaan Saiva dari kurun ke-12 CE memberitahu kita mengenai Pandya semasa mengenai santos Tirugnanasambandar mengambil isteri dari puteri Chola.
  18. ^ Nilakanta Sastri, K.A. The CōĻas, 1935 pp 102
  19. ^ Copperplate grants of the Pallava Buddhavarman(akhir kurun ke-4 CE) menyebut bahawa raja sebagai 'api bawah air yang memusnahkan lautan tentera Chola' - Nilakanta Sastri, K.A. The CōĻas, 1935 pp 104 - 105 Simhavishnu (575–600 CE) juga menyatakan sebagai merampas negeri Chola. Mahendravarman I digelar 'mahkota negeri Chola' dalam ukirannya. Pulakesin II Chalukya dalam inskripsinya di Aihole menyatakan bahawa dia mengalahkan Pallavas dan membawa kelegaan pada Cholas. - Nilakanta Sastri, K.A. The CōĻas, 1935 pp 105
  20. ^ KAN Sastri menjangkakan bahawa terdapat hubungan hidup antara Cholas awal dan Renandu Cholas dari negeri Andhra. Perpindahan keutara kemungkinannya berlangsung semasa penguasaan Pallava ke atas Simhavishnu. Sastri turut menolak dengan tegas dakwaan bahawa ini merupakan jurai keturunan Karikala Chola - Nilakanta Sastri, K.A. The CōĻas, 1935 pp 107
  21. ^ Inskripsi Chola menurut kebiasaan mereka dengan meletakkan awalan teks matlamat dengan pengisahan sejarah, secara bentuk puisi dan berhias gaya Tamil, mengenai pencapaian utama pemerintahan dan kenaikan raja dan leluhurnya - Lihat inskripsi India Selatan - http://www.whatisindia.com/inscriptions/
  22. ^ Peluang bagi Vijayalaya timbul semasa pertempuran Sripurambayam antara penyokong Pallava, Ganga Pritvipati dan Pandya Varaguna.
  23. ^ Vijayalaya menjajah Thanjavur dan mengalahkan raja Muttarayar, jajahan takluk pada Pandyas.
  24. ^ Kempen kadaram pertama kali disebut dalam inskripsi Rajendra bertarikh dari tahun 14nya. Nama raja Srivijaya tersebut adalah Sangrama Vijayatungavarman -Nilakanta Sastri, K.A. The CōĻas, 1935 pp 211-220
  25. ^ Ptolemy mengetahui mengenai hal ini dan juga bandar pelabuhan Nagappattinam sebagai pusat-pusat terpenting Chola. Ptolomy menyebut mengenai pasar Kaverippattinam sebagai Emporium Chabaris dalam Geographicanya.
  26. ^ Karya Buddha Persoalan Raja Milinda bertarikh awal CE, menyebut Kolapttna dikalangan pelabuhan terkenal di persisiran Chola - Nilakanta Sastri, K.A. The CōĻas, 1935, pp 23
  27. ^ Nagaswamy, R. Tamil Coins - a study (1981) (http://tamilartsacademy.com/books/roman karur/cover.html)
  28. ^ Nilakanta Sastri, K.A. The CōĻas, 1935, pp 448
  29. ^ Tidak terdapat legislature atau kawalan ke atas exekutif. Raja memerintah melalui pengistiharan, yang pada umumnya mentaati dharma budaya beradasrkan ("mediated") konsep amalan 'adil dan patut'. Lihat Nilakanta Sastri, K.A. The CōĻas, 1935 pp 451, 460 - 461
  30. ^ Sebagai contoh, Rajaraja disebut dalam anugerah kepingan tembaga Layden sebagai mengeluarkan arahan mulut bagi hadian untuk berhada vihara Buddha di Nagapattinam, dan arahannya ditulis oleh kerani (...நாம் சொல்ல நம் ஓலை எழுதும்...) - Nilakanta Sastri, K.A. The CōĻas, 1935 pp 461
  31. ^ Sesetengah hasil kampung di seluruh kerajaan diberikan pada kuil yang dilabur sebahagian dari kekayaan yang dimilik sebagai pinjaman kepada penempatan. Kuil bertindak sebagai pusat pengagihan kekayaan dan menyumbang pada kemakmuran negara - John Keays, India a History, pp 217 - 218
  32. ^ Nilakanta Sastri, K.A. The CōĻas, 1935 pp 465
  33. ^ Nilakanta Sastri, K.A. The CōĻas, 1935 pp 477
  34. ^ Lihat Nilakanta Sastri, K.A. The CōĻas, 1935. pp 604
  35. ^ Lihat Nilakanta Sastri, K.A. The CōĻas, 1935. pp 316
  36. ^ Pedagang Tamil membawa bersama mereka barangan kaca, camphor, sandalwood, tanduk badak sumbu, gading, air mawar, asafoetida, rempah seperti lada hitam, cengkih, dsb. Lihat Nilakanta Sastri, K.A. A History of South India, pp 173
  37. ^ Tamil : நானாதேச திசையாயிரத்து ஐந்நூற்றுவர்
  38. ^ —semasa pemerintahan singkat Virarajendra Chola, yang kemungkinannya disebabkan asas berpuak ("sectarian roots").
  39. ^ Pengembara kurun ke-17 Itali, Pietro Della Valle (1623) telah memberikan gambaran jelas mengenai sekolah kampong di India Selatan. Gambaran ini membayangkan sistem pendidikan rendah wujud sehingga zaman moden di Tamil Nadu
  40. ^ Rajendra Chola I menaungkan sejumlah besar kolej di mana lebih dari 280 pelajar belajar dari 14 orang guru - Nilakanta Sastri, K.A. A History of South India, pp 293
  41. ^ The students studied a number of subjects in these colleges, including philosophy (anvikshiki), Vedas (trayi – the threefold Vedas of Rigveda, Yajurveda dan Samaveda. Yang keempat Atharvaveda dianggap teks bukan keugamaan.), ekonomi (vartta), pentadbiran (dandaniti), tatabahasa, prosodi, etimologi, astronomi, logik (tarka), perubatan (ayurveda), politik (arthasastra) dan muzik. - Nilakanta Sastri, K.A. A History of South India, pp 292
  42. ^ Kompleks kuil besar di Prambanan di Indonesia mempamerkan beberapa number kemiripan dengan gaya seni bina India Selatan. Lihat Nilakanta Sastri, K.A. The CōĻas, 1935 muka surat 709
  43. ^ See Nilakanta Sastri, K.A. (1955). A History of South India, pp 418
  44. ^ See Nilakanta Sastri, K.A. (1955). A History of South India, pp 421
  45. ^ Nagasamy R, Gangaikondacholapuram (1970)
  46. ^ Imej gangsa nataraja di Candi Nagesvara di Kumbakonam merupakan imej terbesar yang diketahui.
  47. ^ , termasuk Rajarajesvara Natakam- karya dalam drama, Viranukkaviyam oleh pujangga Virasola Anukkar, dan Kannivana Puranam, a work of popular nature. - Nilakanta Sastri, K.A. The CōĻas, 1935 pp 663 - 664
  48. ^ Sindamani was based on Uttarapurana of Gunabhadra composed in 898 CE.
  49. ^ Nilakanta Sastri, K.A. The CōĻas, 1935 pp 672
  50. ^ Nilakanta Sastri, K.A. The CōĻas, 1935 pp 681
  51. ^ Purananuru (puisi 224) dengan sepenuh hati menggambarkan agama dan kesediahnnya disebabkan oleh kematian.
  52. ^ http://www.whatisindia.com/inscriptions/south_indian_inscriptions/darasuram/kulottunga.html
  53. ^ Tripathi, p 480
  54. ^ Vasudevan, p 102
  55. ^ South Indian Inscriptions, Vol 3
  56. ^ The name of the Sailendra king was Sri Chulamanivarman and the Vihara was named 'Chudamani vihara' in his honour. K.A. Nilakanta Sastri, The CōĻas, p 214
  57. ^ Keay, pp 222–223
  58. ^ Majumdar, p 406
  59. ^ Stein, p 134
  60. ^ Vasudevan, p 104
  61. ^ K.A. Nilakanta Sastri, A History of South India, p 176
  62. ^ K. A. Nilakanta Sastri, The CōĻas, p 645
  63. ^ Chopra et al., p 126

Rujukan

sunting

Lihat juga

sunting