Wangsa Pahlavi (Bahasa Parsi: دودمان پهلوی, riwayat dinasti: 1925 - 1979) adalah monarki Iran terakhir dan diakhiri dengan tercetusnya Revolusi Iran. Raja pertamanya ialah Shah Reza Pahlavi.

Negeri Empayar Iran
کشور شاهنشاهی ایران
Kešvare Šâhanšâhiye Irân
1925–1979
Bendera Iran
Jata Iran
Bendera Jata
Cogan kataمرا داد فرمود و خود داور است
"Marâ dâd farmoudo xod dâvar ast"
"Keadilan Beliau menyuruh saya berbuat demikian, kerana Dia akan menghukum saya"[1]
Lagu kebangsaanسرود شاهنشاهی ایران
Sorude Šâhanšâhiye Irân
Imperial Salute of Iran
Lokasi Iran
Ibu negaraTehran
Bahasa yang umum digunakanParsi
KerajaanMonarki perlembagaan
Shah 
• 1925–1941
Reza Shah Pahlavi
• 1941–1979
Mohammad Reza Shah Pahlavi
Perdana Menteri 
• 1925–1926
Mohammad-Ali Foroughi
• 1979
Shapour Bakhtiar
Era SejarahAbad ke-20
• Didirikan
15 Disember 1925
25 Ogos – 17 September 1941
19 Ogos 1953
26 Januari 1963
11 Februari 1979
Kod ISO 3166IR
Didahului oleh
Diganti oleh
Wangsa Qajar
Iran
Sejarah Iran
Empayar Parsi - Raja Parsi
sunting

Kelahiran Wangsa Pahlavi sunting

 
Lambang Dinasti Pahlavi

Pada tahun 1921, Reza Khan (kemudiannya memegang gelaran Shah Reza Pahlavi), seorang pegawai tentera Iran, melancarkan rampasan kuasa terhadap Dinasti Qajar. Dalam masa empat tahun sahaja, beliau menjadi penguasa paling berpengaruh di Iran. Pada tahun 1925, Ahmad Shah Qajar, raja terakhir wangsa Qajar, dipaksa untuk turun takhta dan digantikan dengan Shah Reza Pahlavi.

Shah Reza merupakan seorang yang bercita-cita tinggi. Harapan beliau adalah untuk memodenkan Iran. Rancangan permodenan ini termasuklah pembangunan industri-industri berat, pembangunan infrastruktur-infrastrutur utama, pembinaan jalan kereta api, memperkenalkan sistem pendidikan awam, melakukan pembaharuan sistem kehakiman dan memperbaiki sistem kesihatan. Beliau percaya bahawa hanya kerajaan berpusat yang kuat sahaja mampu melaksanakan rencana ini,

Termasuk dalam rancangan permodenan beliau ialah penghantaran rakyat Iran (termsuklah puteranya) ke Eropah untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Dalam masa 16 tahun sahaja (1925 - 1941), Iran mengalami pembangunan pesat dan berubah sepenuhnya kepada negara membangun. Tahap pendidikan rakyat meningkat dengan pantasnya dan sebuah kelas sosial baru tercipta iaitu kelas pertengahan yang kebanyakkannya terdiri daripada tenaga-tenaga pakar.

Namun begitu, pada pertengahan 1930-an, sikap diktaktornya semakin lama semakin dibenci rakyat Iran, terutamanya golongan ulama-ulama Iran.

 
Mohammad Reza Shah Pahlavi

Dalam proses permodenan Iran, Shah Reza cuba untuk menghalang campur tangan Inggeris dan Kesatuan Soviet. Kontrak-kontrak untuk pembinaan infrastruktur dibahagikan sama rata sesama negara-negara barat dan beliau cuba mengelak daripada memberi kontrak kepada Inggeris dan Kesatuan Soviet. Namun begitu, Inggeris mengawal sepenuhnya sumber minyak Iran menerusi Syarikat Minyak Anglo-Iran tetapi kerja-kerja teknikal dibahagikan sama rata antara Jerman, Perancis, Itali dan negara-negara Eropah lain. Masalah dalam pembahagian ini mula muncul ketika Perang Dunia Kedua dimana Inggeris dan Jerman menjadi musuh. Shah Reza mengumumkan bahawa Iran adalah negara neutral tetapi Inggeris mahukan Iran menghalau keluar semua rakyat Jerman yang sedang bekerja di dalam Iran atas alasan mereka bertindak sebagai pengintip kegiatan Inggeris di Iran. Tetapi permintaan ini ditolak Shah Reza kerana ini akan menjejaskan proses permodenan Iran.

Perang Dunia Kedua sunting

Ketika perang dunia kedua, pada Jun 1941 tentera Jerman mencerobohi Rusia. Ini menyebabkan Inggeris dan Kesatuan Soviet menjadi sekutu. Inggeris dan Kesatuan Soviet mengambil kesempatan terhadap pembinaan jalan kerata api di Iran yang dapat menghubungkan Teluk Parsi dengan Kesatuan Soviet untuk pengangkutan keperluan ketenteraan. Pada Ogos 1941, berikutan keengganan Shah Reza untuk menghalau keluar rakyat Jerman, Inggeris dan Kesatuan Soviet mencerobohi Iran dan seterusnya menangkap dan membuang Shah Reza ke luar negeri. Iran kemudiannya diletakkan dibawah kuasa negara-negara bersekutu termasuklah Amerika. Menerusi kuasa-kuasa barat ini, putera Shah Reza, Mohammad Reza Pahlavi dimahkotakan menjadi Shah Iran yang baru.

Pada Januari 1942, bagi menghormati kedaulatan Iran, tentera bersekutu menandatangani perjanjian yang akan mengundurkan tentera mereka sepenuhnya dari Iran. Namun begitu, Kesatuan Soviet enggan berbuat demikian dan terus mengekalkan tentera mereka di wilayah Azerbaijan sehingga Mei 1946. Ini merupakan antara beberapa peristiwa yang mencetuskan Perang Dingin antara blok-blok barat dengan blok-blok timur.

Era selepas ini menyaksikan politik Iran menjadi lebih terbuka. Lebih banyak parti-parti politik baru ditubuhkan. Tetapi isu mengenai campur tangan asing masih menjadi sebuah isu yang sensitif. Bermula pada tahun 1930-an, Iran mula memilik negarakan lapangan-lapangan minyaknya.

Perang Dingin sunting

Mohammad Reza Pahlavi menggantikan tempat ayahandanya dan dimahkotakan pada tahun 16 September, 1941. Beliau berkeinginan untuk meneruskan kerja ayahandanya tetapi terdapat beberapa konflik antara beliau dengan kerajaan pusat yang dipimpin oleh Mohammad Mosaddegh.

Walaupun Mohammad Reza Pahlavi bersumpah untuk mengaplikasikan sistem raja berperlembagaan, tetapi secara praktiknya, beliau tidak berbuat sedemikian. Urusan-urusan dalaman negeri dicampur tangan dan ketenteraan diletakkan dibawah kekuasaan beliau. Pada tahun 1949, terdapat sebuah cubaan untuk membunuh Shah Mohammad Reza tetapi cubaan ini gagal. Cubaan ini didakwa dirancang oleh Parti Tudeh, dan ini menyebabkan parti itu untuk dilarang sama sekali

Pada tahun 1951, Majles mengumumkan Mohammad Mossadegh sebagai perdana menteri Iran. Beliau kemudiannya memilik negarakan industri minyak Iran tetapi keputusan ini ditentang Shah kerana ini akan menyebabkan Iran akan kehilangan tenaga pakar asing. Shah Mohammad kemudiannya melarikan diri keluar negara dan kembali semula setelah United Kingdom dan Amerika menggulingkan Mohammad Mossadegh dimana beliau dipenjarakan oleh tentera pro-Shah.

Kejatuhan Dinasti sunting

Jentera-jentera pemerintahan Shah menggunakan badan perisikan Iran, SAVAK dan badan keselamatan Iran untuk menghancurkan kumpulan-kumpulan pembangkang.

Pada pertengahan tahun 1970, dengan bergantungkan sumber minyak, Shah Mohammad Reza melancarkan projek pembangunan besar-besaran dalam rancangan beliau untuk menjadikan Iran sebuah "Tamadun Hebat". Tetapi ini menyebabkan ketidak seimbangan sosio-ekonomi penduduknya seterusnya melahirkan bangkangan terutamanya daripada golongan ulama. Maka, terbentuklah sebuah gerakan Islam yang dipimpin oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini untuk menamatkan kuku besi kerajaan Pahlavi dan mengembalikan semula tradisi Islam. Gerakan ini mendapat sokongan penuh penduduk Iran dan akhirnya tercetuslah Revolusi Iran atau Revolusi Islam. Pada tahun 1979, Shah Mohammad Reza melarikan diri ke Mesir dan Ayatollah Ruhollah Khomeini mengambil alih pemerintahan Iran seterusnya mengakhiri Dinasti Pahlavi.

Lihat Juga sunting

Pautan Luar sunting

  1. ^ "Iranian Empire (Pahlavi dynasty): Imperial standards". Dicapai pada 2012-10-06.