Bani Saud

(Dilencongkan dari Wangsa Saud)

Bani Saud atau Wangsa Saud (Bahasa Arab: آل سعود‎, Āl Saʿūd) ialah keluarga diraja yang ketika ini memerintah di Kerajaan Arab Saudi. Negara moden Arab Saudi didirikan pada tahun 1932, namun akar dan pengaruh Bani Saud sudah ditanamkan di Semenanjung Tanah Arab beberapa abad sebelumnya. Sebelum zaman pengasas Arab Saudi, Abdul Aziz Al Saud, bani ini memerintah Emiriyah Najd, dan beberapa kali berkonflik dengan Empayar Usmaniyah dan Bani Rasyidi di Mekah. Bani Saud telah melalui tiga tahap: Negara Saudi Pertama, Negara Saudi Kedua, dan negara moden Arab Saudi.

Bani Saud
Bahasa Arab: آل سعود
Prince Salman bin Abd al-Aziz Al Saud at the Pentagon April 2012.jpg
Ketua Bani Saud terkini:
Raja Salman ibn Abdulaziz Al Saud
Butiran
GelaranAl Saud
PembentukanKeturunan langsung dari Imam Muhammad bin Saud, pencetus penubuhan Arab Saudi.

Ketua Bani Saud dan Raja Arab Saudi saat ini adalah Raja Salman ibn Abdulaziz Al Saud.

HierarkiSunting

Senarai pemimpinSunting

 
Potret Abdullah bin Saud, pemerintah terakhir Negara Saudi Pertama

Negara Saudi Pertama (1744-1818)Sunting

Pemerintah Negara Saudi Pertama
Bil Nama Tempoh Khidmat
1 Imam Muhammad bin Saud (1710[1]−1765) 1744-1765
2 Imam Abdulaziz bin Muhammad bin Saud (m.1803) 1765–1803
3 Imam Saud bin Abdulaziz bin Muhammad Al Saud (m.1814) 1803–1814
4 Imam Abdullah bin Saud bin Abdulaziz Al Saud (m.1818) 1814–1818
 
Abdul Rahman bin Faisal, pemerintah terakhir Negara Saudi Kedua

Negara Saudi Kedua (1824-1891)Sunting

Pemerintah Negara Saudi Kedua
Bil Nama Tempoh Khidmat
1 Imam Turki bin Abdullah bin Muhammad bin Saud Al Saud 1824–1834
2 Imam Faisal bin Turki bin Abdullah Al Saud 1834–1838
3 Imam Khalid bin Saud bin Abdulaziz Al Saud 1838–1841
4 Imam Abdullah bin Thunayan bin Ibrahim bin Thunayan bin Saud Al Saud 1841–1843
(2) Imam Faisal bin Turki bin Abdullah Al Saud 1843–1865
5 Imam Abdullah bin Faisal bin Turki Al Saud 1865–1871
6 Imam Saud bin Faisal bin Turki Al Saud 1871
(5) Imam Abdullah bin Faisal bin Turki Al Saud 1871–1873
(6) Imam Saud bin Faisal bin Turki Al Saud 1873–1875
7 Imam Abdulrahman bin Faisal bin Turki Al Saud 1875–1876
(5) Imam Abdullah bin Faisal bin Turki Al Saud 1876–1889
(7) Imam Abdulrahman bin Faisal bin Turki Al Saud 1889–1891
 
Bendera rasmi Kerajaan Arab Saudi Ketiga

Negara Saudi Ketiga : Kerajaan Arab Saudi (1902-kini)Sunting

Bil Nama Tempoh Khidmat
1 Raja Abdulaziz bin Abdulrahman bin Faisal Al Saud (1876-1953) 1902[2]–1953
2 Raja Saud ibn Abdulaziz Al Saud (1902-1969) 1953–1964
3 Raja Faisal ibn Abdulaziz Al Saud (1906-1975) 1964–1975
4 Raja Khalid ibn Abdulaziz Al Saud (1913-1982) 1975–1982
5 Raja Fahd ibn Abdulaziz Al Saud (1920-2005) 1982–2005
6 Raja Abdullah ibn Abdulaziz Al Saud (1924-2015) 2005–2015
7 Raja Salman ibn Abdulaziz Al Saud (1935-kini) 2015-kini)

RujukanSunting

  1. ^ "Timeline Saudi Arabia". Dicapai pada 25 Jun 2012.
  2. ^ Abdul-Aziz ruled various parts of the area between 1902 and 1932. The Kingdom was officially founded in 1932.

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting