Wani Kayrie

Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia

Syazwani Abdullah (lahir 17 Mac 2000) atau lebih dikenali sebagai Wani Kayrie merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1] Kerjaya hiburannya bermula selepas menjadi juara rancangan TV realiti Kamilah Bintang di Astro Ceria pada 2010.[2] Beliau mula meraih kejayaan komersial menerusi lagu masyhurnya "Jangan Jangan".[3] Selain itu, beliau turut mengambil bahagian dalam rancangan Big Stage musim pertama di mana beliau berjaya memenangi tempat keempat.[4]

Wani Kayrie
Kelahiran
Syazwani binti Abdullah

(2000-03-17) 17 Mac 2000 (umur 24)
Nama lainWani Kayrie
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2010–kini

Kerjaya sunting

 
Wani di Hari Pendaftaran MSU pada April 2019.

Wani mula menunjukkan minat terhadap nyanyian sejak usia 6 tahun.[5] Pada tahun 2010, beliau menjadi salah seorang daripada enam peserta pertandingan nyanyian kanak-kanak Astro Ceria, Kamilah Bintang antara lain turut disertai oleh Didi Astillah. Ketika menyertai Kamilah Bintang, beliau menggunakan nama Syazwani Sapari.[6] Beliau dinobatkan sebagai juara sekaligus menewaskan lima peserta lain.[7][8]

Beliau mengikat kontrak bersama Suria Records (SRC) (sehingga 2019) yang pernah menaungi Siti Nurhaliza dan seterusnya muncul bersama single sulungnya, "Jangan Jangan". Lagu ini mendapat sambutan hangat dengan meraih jumlah tontonan sebanyak 1 juta di YouTube dalam masa dua bulan.[9][1]

Wani mewakili Malaysia ke pertandingan World Championship Of Performing Arts (WCOPA) yang berlangsung di Hollywood, California, Amerika Syarikat pada Julai 2018. Beliau merupakan antara 15 yang terpilih untuk mewakili negara daripada 30 peserta yang bersaing untuk merebut tempat secara keseluruhan.[10][1] Wani menyertai pertandingan Big Stage musim pertama dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Fara Hezel, Syafiq Farhain, Baby Shima dan Sissy Imann.[4][11] Wani terselamat daripada penyingkiran apabila juri tetap, Siti Nurhaliza menggunakan kuasa imuniti semasa suku akhir konsert. Beliau berjaya memenangi tempat keempat.[12]

Selepas tamat Big Stage, Wani bersama-sama Sarah Suhairi dan Sissy Imann muncul dalam rancangan The House di Astro Ria.[13]

Beliau mengumumkan pada Januari 2019 bahawa tidak akan menyambung kontraknya bersama Suria Records yang akan tamat pada September.[14] Wani ialah salah seorang daripada 10 peserta rancangan realiti tarian dan nyanyian Astro Ria, Dansa Dan Sing di mana beliau berkolaborasi bersama empat penari yang dikenali sebagai Delitz.[15]

Wani juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan apabila beliau memegang watak Fatin dalam drama Melastik Ke Hatimu bersama rakan seperjuangannya dalam Big Stage, Andi Bernadee. Beliau juga pernah melakonkan watak kecil sebagai tetamu majlis hari lahir dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia (2014) arahan Bernard Chauly, lakonan Fazura dan Lisa Surihani.

Bermula Februari 2021, Wani menjadi salah seorang pengacara rancangan Road To Success di DidikTV KPM bersama Sissy Imann, Afieq Shazwan dan Akhmal Nazri.[16]

Wani menandatangani kontrak bersama Rocketfuel Entertainment dan muncul bersama lagu "Jangan Terlepas Pandang" yang juga rakaman pertamanya bersama label itu selepas meninggalkan Suria Records. Dikeluarkan pada November 2021, lagu ini menjadi lagu tema drama Dukun Diva.[17][18]

Big Stage (musim 1) sunting

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Persembahan dan keputusan
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Viral "Jangan Jangan" Dirinya sendiri TERSELAMAT
Minggu 2 Lit Throwback "Akan Ku Tunggu" Candy TERSELAMAT
Minggu 3 Sama-sama Up "Sampai Bila"

(duet bersama Hael Husaini)

Misha Omar TERSELAMAT
Minggu 4 Tapi Bukan Aku "Sayang" Via Vallen TERSELAMAT
Minggu 5 Hot List Digital "Luluh" Khai Bahar TERSELAMAT
Minggu 6 Lagu Pilihan Siti Nurhaliza "Getaran Cinta Di Jiwa" Liza Hanim TERSELAMAT
"Jampi"

(duet bersama Afieq Shazwan)

Hael Husaini TERSELAMAT
Minggu 7 (Separuh Akhir) Road To Final "Crazy In Love" Beyoncé Knowles TERSELAMAT
"Nisan Cinta"

(duet bersama Siti Sarah)

Jaclyn Victor dan Siti Nordiana TERSELAMAT
Minggu 8 (Akhir) Cover Penentuan & Lagu Baru "Pematah Hati" Nabila Razali TEMPAT KEEMPAT
"Saat Terindah" (Lagu baru) Dirinya sendiri TEMPAT KEEMPAT

Kehidupan peribadi sunting

Wani dilahirkan di Sandakan, Sabah dan membesar di Petaling Jaya, Selangor. Bapanya meninggal dunia ketika Wani baru berusia setahun.[19] Beliau menerima keputusan cemerlang 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya. Beliau memperoleh keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Tasawwur Islam. Selain itu, beliau juga mencatat keputusan B dalam mata pelajaran Matematik dan C+ bagi subjek Akaun.[20][21] Beliau ialah graduan Asasi Undang-undang di Management & Science University (MSU).[22][23][24]

Selain itu, Wani juga ialah atlet sukan boling dan pernah mewakili Selangor.[25]

Diskografi sunting

Single
Tahun Tajuk
2015
2016
"Berteman Saja"
"Kumbang dan Bunga"
(duet bersama VIRAL)
2017
"Aku Suka Kamu"
2018
"Saat Terindah"
2019
2020
2021
2022
2023
"Fajar"

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Jidin Sengal Piah (kecil) Filem pertama, pelakon tambahan
2014 Manisnya Cinta Di Cappadoccia Tetamu Pelakon tambahan

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Cerita Hantu Asrama Ara Astro Prima Drama pertama
2021 Melastik Ke Hatimu Fatin TV3
Perisik Cinta Tak Diundang Anida
Ratu Ten Pin Suzana Astro Ria
Dayang Senandung Dayang TV Okey & TV2
Tahyul Fathia TV3
2022 3 Nota Cinta Aini
Ratu Ten Pin 2: Shalin Suzana Astro Ria
Pekan Kecil Kampung Terpencil Kasih TV1
Adakah Engkau Menungguku Tina TV3
2023 Melastik Ke Hatimu 2 Fatin

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2010 Kamilah Bintang Peserta Astro Ceria Juara Kamilah Bintang
2011 Tom Tom Bak Artis Jemputan
2013 Ceria Superstar 1 Peserta 'The Impossible Krew'
2018 Big Stage (musim 1) Dirinya sendiri/peserta Astro Ria
2019 The House (S5) Dirinya sendiri Bersama Sarah Suhairi dan Sissy Imann
2020 Dansa Dan Sing Peserta
Big Stage (musim 3) Artis Jemputan Berduet bersama Dinie Rashid
Nona Wani TV3 Personaliti Jemputan
2021 Road To Success Pengacara DidikTV KPM
2022 Famili Duo (Musim 2) Peserta pasangan selebriti TV3 bersama Bella Astillah

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2016 Anugerah MeleTOP Era 2016 Artis Baharu MeleTOP Dirinya sendiri Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 Artis YouTube Popular Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Penyanyi Wanita Popular Tercalon
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2019 Tercalon
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020 Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Nurfarahana Mohamed (19 November 2015). "Arah seni Wani Kayrie". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-25. Dicapai pada 13 Disember 2015. Penyanyi Jangan Jangan mahukan kerjaya dan pelajaran berjalan seiring.
  2. ^ Najiy Jefri (22 Januari 2020). "Bina nama sejak kecil". Harian Metro. Dicapai pada 6 Februari 2020. Bermula dengan penyertaannya dalam program realiti Kamilah Bintang pada 2010 sehingga yang terbaharu Dansa Dan Sing yang kini bersiaran di Astro, gadis berusia 20 tahun ini dilihat lebih optimis menyertai pertandingan realiti.
  3. ^ Biodata Wani Kayrie Azhan.co (2 Februari 2017). Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  4. ^ a b Wani Kayrie terselamat, tiada penyingkiran Big Stage Sinar Harian (10 September 2018). Dicapai pada 5 Oktober 2018.
  5. ^ Rafiq Mazlan (23 Mac 2017). Wani Kayrie impi jadi penyanyi pelapis berkualiti Sinar Harian. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  6. ^ "Enam bakat muda akan beraksi di pentas Kamilah Bintang". mStar Online. 10 November 2010. Dicapai pada 6 November 2018.
  7. ^ "Wani juara Kamilah Bintang". mStar Online. 25 Disember 2010. Dicapai pada 6 November 2018.
  8. ^ Rosli Manah (24 Disember 2010). "Wani juara Kamilah Bintang". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Disember 2010. Dicapai pada 17 Februari 2018.
  9. ^ Kemalia Othman (4 November 2015). Penyanyi Baharu Wani Kayrie Tak Patah Semangat Dikritik Kerana Usia mSTAR Online. Dicapai pada 4 November 2015.
  10. ^ Wani Kayrie wakili Malaysia ke Hollywood Sinar Harian (11 Julai 2018). Dicapai pada 5 Oktober 2018.
  11. ^ Nur Asyikin Mayudin (24 Julai 2018). 10 artis muda berentap dalam pertandingan realiti baharu 'Big Stage' mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2018.
  12. ^ Qarami Hashim (10 September 2018). "Tak sangka Datuk Siti sayang, selamatkan saya" - Wani Kayrie mStar Online. Dicapai pada 20 November 2018.
  13. ^ Sarah Suhairi, Sissy Imann, Wani Kayrie dalam 'The House' musim terbaharu Utusan Borneo. 14 Mac 2019. Dicapai pada 20 Mac 2019.
  14. ^ Kemalia Othman (8 Januari 2019). “Cukuplah lima tahun” - Wani Kayrie mStar Online. Dicapai pada 11 Mei 2019.
  15. ^ Khadijah Ibrahim (2 Januari 2020). Wani Kayrie nak tonjol kelainan Bebas News. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  16. ^ Juliana Johar (20 Februari 2021). "Wani Kayrie pertahan hak guru DidikTV - "Saya kurang setuju netizen cadang tempat cikgu digantikan dengan pelakon"". mStar Online. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  17. ^ Zaidi Mohamad (24 November 2021). "Wani bakat 'terlepas pandang'?". Berita Harian. Dicapai pada 26 Januari 2022.
  18. ^ Nor Eryani Yusup (3 Disember 2021). "Pandanglah bakat saya – Wani Kayrie". Kosmo!. Dicapai pada 26 Januari 2022.
  19. ^ Fiza Kamarudin (5 Ogos 2018). "Bapa meninggal dunia 5 hari sebelum hari lahir pertama, Wani Kayrie sebak lihat gambar arwah di pentas Big Stage". Rojak Daily. Dicapai pada 1 November 2018.
  20. ^ Fatin Farhana Ariffin (16 Mac 2018). Wani Kayrie cemerlang catat 7A Berita Harian. Dicapai pada 3 Oktober 2018.
  21. ^ Penyanyi Wani Kayrie dapat 7A Kosmo! (15 Mac 2018). Dicapai pada 16 Julai 2018.
  22. ^ Georgie Joseph (5 November 2019). Wani Kayrie gembira raih anugerah dekan Harian Metro. Dicapai pada 8 November 2019.
  23. ^ "Wani nak sambung jurusan perakaunan". Kosmo!. 24 Jun 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-26. Dicapai pada 27 Mac 2019.
  24. ^ Nurfarhana Mohamed (5 September 2019). "Bergelar mahasiswa, nyanyian tetap diutamakan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-09. Dicapai pada 31 Julai 2020.
  25. ^ "Wani harap nama lebih bersinar pada 2018". Kosmo!. 31 Disember 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-04. Dicapai pada 22 Mac 2018. Bagi yang tidak tahu, selain berbakat dalam bidang nyanyian, Wani juga seorang atlit sukan boling dan pernah mewakili Selangor.

Pautan luar sunting