Artikel ini adalah mengenai kedudukan wanita dalam Hinduisme.

Kedudukan wanita dalam teks-teks Hindu adalah amat berbeza dan bercanggah. Hinduisme memberikan tempat yang tertinggi kepada Dewi (aspek perempuan Dewa) dan pada masa yang sama mengehadkan peranan wanita kepada seorang anak, isteri dan ibu. Devi Sukta dalam Rig Veda mengumumkan tenaga kewanitaan sebagai asas alam semesta ini, pencipta semua benda-benda fizikal dan kesedaran, abadi dan merangkumi segala-galanya, kebenaran metafizik dan empirik, Roh Agung segala-galanya. Wanita juga disanjung sebagai kuasa yang hebat dan kuat dalam beberapa Upanishad, Sastras, dan Purana, terutamanya dalam Devi Upanishad, Devi Mahatmya dan Devi Bhagavata Purana.

Isteri dipanggil sebagai ardhangini (secara literal bermaksud ‘separuh badan’). Suami isteri dianggap sebagai dua bahagian kepada satu perkahwinan yang ideal. Isteri juga dipanggil sebagai sahadharmini yang bermaksud “pekongsi dalam kehidupan rohani”. Suami isteri harus bekerjasama untuk mencapai perkembangan kerohanian. Seorang individu dalam masyarakat Aryan diingatkan tentang matlamat akhir hidup – iaitu kesedaran Tuhan – pada setiap tahap hidupnya.

Wanita dalam Kitab Suci Hindu sunting

Wanita dalam Rig Veda sunting

Vivaha Sukta ( Rig Veda 10.25) memberikan idea tentang konsep perkahwinan Vedik. Perkahwinan dianggap sebagai suatu Samskara (perbuatan agama). Masyarakat zaman ini juga mengamalkan monogami, poligami dan sistem svayamvara[1] (seorang gadis memilih suaminya sendiri). Perkahwinan semula wanita (mungkin yang tiada anak) dibenarkan dengan adik suaminya.[2]

Wanita Hindu pada zaman ini diberikan penghormatan tinggi dalam keluarga sebagai ibu dan isteri.[3] Golongan wanita juga diberikan kebebasan untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Malah, dalam kalangan Rishi-rishi juga terdapat wanita-wanita (dinamakan sebagai 'Rishika'). Rig Veda sendiri mempunyai hampir 30 Rishika.

Wanita dalam Mahabharata sunting

Mahabharata, epik klasik India memaparkan keadaan masyarakat Hindu dalam zaman Dwapara. Epik ini melibatkan kisah Draupadi, isteri bersama lima orang putera Pandava. Teks Mahabharata sendiri memberikan pelbagai reaksi yang bertentangan tentang perkahwinan ini. Amalan berkongsi isteri dalam kalangan adik-beradik dikenali sebagai poliandri.

Now, you know, in every society there are stages of development. Behind this epic there is a wonderful glimpse of the ancient historic times. The author of the poem mentions the fact of the five brothers marrying the same woman, but he tries to gloss it over, to find an excuse and a cause for such an act: it was the mother's command, the mother sanctioned this strange betrothal, and so on. You know, in every nation there has been a certain stage in society that allowed polyandry — all the brothers of a family would marry one wife in common. Now, this was evidently a glimpse of the past polyandrous stage.[4]

Epik Mahabharata merakamkan Dharma atau etika seorang lelaki seperti berikut: Walaupun dalam keadaan marah, seorang lelaki tidak patut melakukan sesuatu yang mendukakan isterinya kerana kebahagiaan, kegembiraan, kebaikan dan segala-galanya bergantung kepada isterinya.

Wahai raja, menurut kitab-kitab suci, seorang anak perempuan adalah setaraf dengan seorang anak lelaki.

Wanita dalam Ramayana sunting

Sita merupakan ideal wanita Hindu. Kausalya, Sumitra, Tara, Mandodari, Sabari, dan Kaikeyi adalah antara wanita-wanita hebat yang disebut dalam epik ini.

 
Draupadi Amman di sebuah kuil berdekatan Auroville

Tokoh Wanita Hindu sunting

Savitri sunting

 
Draupadi Amman di sebuah kuil berdekatan Auroville

Kisah Savitri dirakamkan dalam epik Mahabharata. Swami Vivekananda memuji Savitri dan menyatakan begini: "Ini adalah kisah Savitri, dan setiap gadis di India mesti bercita-cita untuk mengikuti jejak Savitri. Cintanya tidak mengalah di hadapan kematian. Dengan cintanya yang hebat, Savitri mendapatkan kembali nyawa suaminya daripada Yama, (Raja Maut)."

Sati dan Jauhar sunting

Amalan membunuh diri secara beramai-ramai untuk menyelamatkan diri daripada musuh adalah suatu tradisi dalam kalangan wanita-wanita Rajputana.

Niyoga sunting

Niyoga (Sanskrit: नियोग) adalah satu tradisi purba Hindu, di mana seorang wanita dibenarkan untuk melantik seorang lelaki untuk memberinya zuriat. Amalan ini hanya dibenarkan untuk seorang wanita yang telah berkahwin tetapi suaminya mandul, tidak boleh memberikan zuriat atau telah meninggal dunia tanpa zuriat. Tujuan Niyoga adalah untuk mendapatkan anak untuk pasangan suami isteri terlibat. Lelaki yang dilantik untuk melakukan Niyoga mestilah seorang yang berkelakuan baik dan dihormati. Terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi dalam proses Niyoga, seperti berikut:

  1. Seorang wanita hanya akan bersetuju untuk proses Niyoga demi mendapatkan seorang anak yang sah dan bukannya untuk nikmat batin.[5]
  2. Lelaki yang dilantik untuk melakukan Niyoga demi Dharma, untuk membantu seorang wanita melahirkan anak untuk suaminya dan bukannya untuk nikmat batin.
  3. Anak yang lahir melalui proses ini dianggap sebagai anak yang sah kepada suami-isteri terlibat dan bukannya sebagai anak lelaki yang dilantik
  4. Lelaki yang dilantik untuk Niyoga tidak mempunyai sebarang hak atau pertalian sebagai bapa kepada anak itu.
  5. Bagi mengelakan penyalahgunaan sistem ini, seorang lelaki hanya dibenarkan maksimum tiga kali sepanjang hayatnya untuk dilantik bagi tujuan ini.
  6. Semua aktiviti seksual kecuali persetubuhan untuk tujuan persenyawaan tidak dibenarkan.

Dalam Manusmṛti, Niyoga diberikan dalam IX.59-63, tetapi amalannya dihalang pada IX.64-68. Teks (IX.167) menamakan anak yang lahir melalui proses ini sebagai kshetraja, anak suami dan isteri terlibat.[6]

Niyoga dalam Mahabharata sunting

Epik Mahabharata memberikan dua keadaan di mana Niyoga digunakan. Permaisuri Satyavati mendesak puteranya, Rishi Vyasa untuk melakukan Niyoga dengan menantu-menantunya, Ambika dan Ambalika selepas kematian puteranya, Vichitravirya. Ambika dan Ambalika dan seorang dayang masing-masing melahirkan Dhritarashtra, Pandu dan Vidura. Apabila Pandu disumpah agar dia akan mati sekiranya melakukan persetubuhan, kedua-dua isteri Pandu, Kunti dan Madri melahirkan lima Pandava menggunakan proses Niyoga.

Zaman Moden sunting

  1. ^ Rig Veda 10.27.12
  2. ^ Rig Veda 10.40.2
  3. ^ Rig Veda 10.85.27, 44
  4. ^ http://www.vivekananda.net/Lectures/Mahabharata.html
  5. ^ "The Laws of Manu IX". www.sacred-texts.com. Retrieved 2016-03-16.
  6. ^ Bühler, George (1886). "Chapter IX". The Laws of Manu. Sacred Books of the East. 25.

Pautan Luar sunting

https://raneenarendranath.blogspot.com/2016/06/wanita-hindu.html

https://raneenarendranath.blogspot.com/2016/08/wanita-dalam-ramayana.html