Buka menu utama

Pasangan Perdana Menteri Malaysia

(Dilencongkan dari Wanita Pertama Malaysia)

Pasangan Perdana Menteri Malaysia merupakan gelaran kehormat merujuk kepada pasangan kepada ketua kerajaan Malaysia, yakni Perdana Menteri Malaysia. Sejak Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, gelaran ini sentiasa diisi oleh perempuan, oleh itu, pasangan ini turut dikenali sebagai isteri Perdana Menteri. Terdapat segelintir pengkritik yang cuba menggelar isteri perdana menteri sebagai "Wanita Pertama Malaysia",[1][2] seakan sama seperti gelaran Wanita Pertama yang digunakan di negara republik, walaupun begitu, gelaran Wanita Pertama ini tidaklah diiktiraf secara rasmi. Setakat ini, seramai tujuh orang perempuan berpeluang memegang gelaran pasangan Perdana Menteri Malaysia.

Pasangan Perdana Menteri Malaysia
Tun Dr Mahathir and Siti Hasmah Mohamad Ali.png
Penyandang
Siti Hasmah

sejak 10 Mei 2018
Gelaran Yang Amat Berbahagia
Kediaman Seri Perdana
Pembentukan 31 Ogos 1957
Pemegang pertama Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah

Siti Hasmah menyandang gelaran pasangan Perdana Menteri Malaysia yang terkini iaitu Mahathir Mohamad.

Isi kandungan

Peranan pasangan Perdana Menteri MalaysiaSunting

Pasangan Perdana Menteri Malaysia bukanlah ahli politik yang dipilih menerusi pilihan raya umum negara Malaysia, ini bermakna beliau tidak mempunyai tugasan rasmi dalam Kabinet, dan tidak ditawarkan gaji bulanan tetap. Walaupun begitu, beliau ada menerima elaun (bebas cukai) sebagai pengiktirafan kepada masa yang diluangkannya dan tenaga yang dicurahkannya sepanjang menjalani kehidupan hariannya sebagai pasangan Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai pasangan Perdana Menteri Malaysia, beliau dijangka menghadiri banyak upacara dan majlis keraian rasmi sama ada mengiringi atau mewakili Perdana Menteri. Sudah menjadi pantang larang terhadap pasangan tersebut, bahawa pasangan tidak seharusnya memegang jawatan berpendapatan dan terlibat dalam perdagangan, perniagaan, dan profesion yang boleh menimbulkan konflik kepentingan ketika berkhidmat sebagai pasangan Perdana Menteri Malaysia.

Mengikut sistem nilai murni Asia, di mana perempuan merupakan cahaya dan tiang rumah tangga, pasangan turut mewakili nilai kekeluargaan dan mempunyai sifat keibuan.

Pasangan Perdana Menteri Malaysia kerap kali menyertai aktiviti kemanusiaan dan kerja-kerja amal kebajikan. Sudah menjadi suatu kebiasaan untuk mana-mana pasangan ketua negara atau kerajaan untuk menyertai aktiviti sedemikian, terutamanya yang tidak menyebabkan perpecahan politik. Malah menjadi kebiasaan juga bagi pasangan Perdana Menteri Malaysia bergiat aktif dalam pertubuhan bukan berasaskan keuntungan dan mengambil pekerja untuk menjalankan aktiviti berkenaan, termasuklah mengambil peranan sebagai Yang di-Pertua kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri Malaysia (BAKTI).

Senarai Pasangan Perdana Menteri MalaysiaSunting

Kontroversi Penggunaan istilah "Wanita Pertama"Sunting

Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak mengamalkan konsep Raja mutlak, iaitu satu konsep yang memberikan Raja menggarap hasil kekayaan negaranya dan mengagihkan hasil kekayaan kepada rakyat jelata melalui kuasa penuh pentadbiran yang ada digenggamannya. Namun di Malaysia sebenarnya hanyalah mengamalkan konsep raja berperlembagaan di mana Perdana Menteri merupakan ketua eksekutif negara, jawatan Raja hanya memainkan peranan sebagai simbol negara yang berdaulat. Berbalik kepada isu penggunaan gelaran "Wanita Pertama", Artikel 32 (2) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa isteri Yang di-Pertuan Agong ialah hanya yang kedua kepada Yang di-Pertuan Agong itu sendiri. Maka, oleh itu dapatlah ditafsirkan bahawa Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong adalah orang yang layak memegang gelaran "Wanita Pertama" mengikut tafsiran Perlembagaan Persekutuan Malaysia.[3][4]

Andaian bagi memegang gelaran "Wanita Pertama" di Malaysia sebenarnya dianggap sebagai isu yang cukup "panas" bagi sesetengah pihak khususnya yang berada dibawah naungan Malaysia (rakyat dan pemerintah), ini kerana gelaran ini sering dipersoalkan di meja-meja diskusi dalam gelanggang politik Malaysia. Malaysia bukanlah sebuah negara republik yang diperintah oleh Presiden yang memenangi mana-mana bahagian dalam gelanggang pilihan raya, tetapi hakikatnya Malaysia adalah sebuah negara Raja Perlembagaan yang menetapkan Raja sebagai simbol kedaulatan dan orang yang bertanggungjawab memperkenan sebarang usul perundangan dan entiti kehakiman. Perdana Menteri pula ialah seorang rakyat jelata yang mendapat mandat dari rakyat menerusi pilihan raya, lalu bertanggungjawab mengepalai pentadbiran eksekutif selain memacu pembangunan negara dan memerintah Malaysia secara adil dan saksama, berlandas nas-nas yang termaktub dalam perlembagaan negara seperti yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Ketika era pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5, malahan era pemerintahan Perdana Menteri sebelumnya, tidak terdapat sebarang bentuk entiti khusus yang dipersoalkan di Malaysia berkenaan kedudukan dan gelaran isteri Perdana Menteri sebagai wanita pertama. Lagipun isteri pertama mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi iaitu Tun Endon Mahmood Ambak yang sarat menempuhi pembedahan akibat serangan kanser payu dara di Amerika Syarikat juga tidak menggunakan gelaran "Wanita Pertama" secara khusus dan terbuka.

Isu kontroversi penggunaan gelaran "Wanita Pertama" sebenarnya hanya mula memuncak ketika era pemerintahan Perdana Menteri Malaysia terkini Dato Seri Najib Tun Razak berikutan isterinya Rosmah Mansor yang dikatakan menggunakan gelaran wanita pertama secara besar-besaran di Malaysia. Ada pula yang menganggap gelaran "Wanita Pertama" hanya khusus buat Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, dan ada juga yang mengatakan gelaran ini tidak patut ditimbulkan dan digunapakai berikutan Malaysia bukan sebuah negara republik.

Isu tidak hanya berhenti disitu sahaja, terdapat sumber yang mengatakan Pejabat Perdana Menteri telah mewujudkan sebuah jabatan misteri yang baru yang diletakkan atas nama akronim Jabatan F.L.O.M (First Lady of Malaysia) dengan melantik Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod sebagai pegawai khas. Namun jabatan tersebut akhirnya dibubarkan. Berita penubuhan jabatan misteri tersebut telah menjadi buah mulut cerita dan analisis dari pelbagai blogger. Terdapat sebuah laman sesawang yang mengandungi maklumat perhubungan dalam jabatan FLOM tetapi telah dikeluarkan segera, namun terdapat sebilangan enjin pencari yang telah mengurus dan menyimpan data dalam [5].[6] Ramai pihak yang telah mempersoalkan kerasionalan, kesahan dan fungsi jabatan tersebut. Terdapat juga dakwaan yang mengatakan Bajet Kebangsaan turut memperuntukan dana bagi urusan kerja jabatan.

RujukanSunting