Wanita UMNO atau Pergerakan Wanita UMNO adalah sayap parti UMNO di Malaysia yang memperjuangkan nasib wanita Melayu dan Bumiputera di Malaysia khususnya di Semenanjung Malaysia.

Wanita UMNO
وانيتا امنو
Pergerakan Wanita UMNO
Kaum Ibu UMNO
Kerangka
Jenis/bentuk sahPertubuhan Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan25 Ogos 1949; 74 tahun yang lalu (1949-08-25)
PengasasPutih Mariah Ibrahim Rashid
Pengurusan
Ketua WanitaNoraini Ahmad
Naib KetuaNorliza Abdul Rahim
Organisasi utamaPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
GabunganPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatMenara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ketua Pergerakan Wanita UMNO sekarang ialah Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad yang menggantikan penyandang sebelum ini iaitu Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sejak Jun 2018.

Sejarah sunting

Jabatan Kaum Ibu UMNO telah ditubuhkan pada 1947. Semua ini adalah kelangsungan daripada pertemuan tiga tokoh wanita, Putih Mariah Ibrahim Rashid dari Persatuan Melayu Perak, Zainab Abdul Rahman (Persatuan Melayu Seberang Perai) dan Saleha Ali (Persatuan Melayu Selangor) mengenai penubuhan sebuah pergerakan wanita Melayu.Putih Mariah menjadi pemimpin Jabatan Kaum Ibu UMNO yang pertama.

Pada perhimpunan agung wakil wanita di Butterworth 25 Ogos 1949, wakil-wakil dari bahagian UMNO menubuhkan Ahli Perempuan UMNO (APU) dan Putih Mariah sebagai ketuanya.Nasionalis Tan Sri Zainun Sulaiman atau Ibu Zain yang memimpin APU pada 1950 hingga 1953 berjaya melipatgandakan usaha untuk menambah keahlian serta cawangan.

Ibu Zain berhadapan masalah kesihatan pada 1954, teraju kepimpinan diamanahkan kepada Khatijah Sidek. Pada 1956, Khatijah diberhentikan kerana memihak kepada PAS dan diganti oleh Tan Sri Fatimah Hashim.Nama APU ditukar menjadi Pergerakan Kaum Ibu UMNO. Fatimah telah dipilih menjadi ketua pergerakan ini pada perhimpunan agung UMNO 1957 hingga 1972, selama 12 tahun.

Tan Sri Aishah Ghani memimpin Wanita UMNO mulai 1972 hingga 1984. Aishah adalah wanita pertama yang dilantik menjadi Senator dan wanita kedua menjadi Menteri. Selain menjalankan tugas sebagai ketua Wanita UMNO, Aishah diingati sebagai Menteri Kebajikan yang paling berjaya.

Aishah diganti oleh Datuk Rafidah Aziz seorang tokoh akademik dalam bidang ekonomi menjadi ketua pada 1984- 1996.[1]

Senarai Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO sunting

Penjawat jawatan terkini sunting

Berikut senarai pemegang jawatan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Sesi 2023-2026:

Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Jawatan Nama Catatan
Pengerusi Tetap Saripah Aminahbi Syed Mohd
Timbalan Pengerusi Tetap Azizah Johor
Ketua Wanita Noraini Ahmad
Naib Ketua Wanita Norliza Abdul Rahim
Setiausaha
Bendahari
Ketua Penerangan
Ahli Jawatankuasa Wanita
Dipilih Naszriah Ngasri
Nurul Hidayah Ahmad Zahid
Wan Mohalina Wan Mohammad
Haryaty Hamdzah
Latteffah Aliyaru Kunju
Hisham Suhaily Othman
Azizah Harun
Madihah Ab Aziz
Hasrunizah Hassan
Shamsidar Amir
Halimah Mohamed Sadique
Jumaeah Masdi
Maizatulakmam Othman @ Ibrahim
Haslinda Salleh
Musliati Moslimin
Zarina Abdol Majid
Waheedah Fairuz Telahah
Wan Norashikin Wan Noordin
Latipah Omar
Roslin Abdul Rahman
Dilantik

Senarai Ketua Wanita UMNO sunting

# Imej Ketua Wanita[2] Tempoh mula Tempoh tamat
1   Putih Mariah Ibrahim Rashid 1946 1950
2   Zainun Munshi Sulaiman 1950 1953
3   Khadijah Mohamed Sidek 1954 1956
4   Fatimah Hashim 1956 1972
5   Aishah Ghani 1972 1984
6   Siti Zaharah Sulaiman 1996 1999
7   Rafidah Aziz 1984 1996 1999 2009
8   Shahrizat Abdul Jalil 2009 2018
9   Noraini Ahmad 2018 Kini

Lagu Wanita UMNO sunting

Maju Wanita UMNO

Bersedia Berjuang
Kami Wanita UMNO
Bersetia Berjasa
Untuk Nusa Dan Bangsa

Sentiasa Berkhidmat
Menyumbangkan Tenaga
Membangunkan Negara
Yang Maju Dan Merdeka

Mengekalkan Perpaduan
Itulah Azam Wanita
Marilah Berjuang Untuk Negara

Sentiasa Berkhidmat
Untuk Rakyat Yang Makmur
Menyumbangkan Tenaga
Maju Wanita UMNO

Rujukan sunting

  1. ^ "Wanita UMNO corakkan politik negara". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-31. Dicapai pada 2011-11-27.
  2. ^ "Sejarah Wanita UMNO". UMNO Online. Dicapai pada 17 Mei 2021.