Waris (siri TV)

siti televisyen di Malaysia

Waris adalah merupakan drama seram arahan Kabir Bhatia pada tahun 2012, dibawah terbitan Filmscape dan skripnya ditulis oleh Mira Mustaffa. Drama ini juga merupakan sekuel kepada drama seram Kekasihku Seru yang pernah memenangi anugerah Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin pada tahun 2009.

Waris
GenreDrama
Seram
Mistik
Ditulis olehMira Mustaffa
Tommy Ct. Loh
Nik Naemah Najad
PengarahKabir Bhatia
Dibintangi oleh
Emelda Rosmila
Fizz Fairuz
Umie Aida
Hairie Othman
Tengku Sariza
Aleza Shadan
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifSiti Marzulianna
Shasha Yusof
PenerbitFrancis Foo
Kabir Bhatia
Mira Mustaffa
Tempoh siaran1 jam per episod
Syarikat penerbitan
Filmscape
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Seram)
Siaran asal14 Jun 2012 – 06 September 2012
Kronologi
MengikutiAmukan Pocong
Diikuti olehDendam Sarakit
Rancangan berkaitan
Kekasihku Seru

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3

Sinopsis sunting

10 tahun kemudian, selepas kejadian Waris berjaya dihapuskan, pada hari dimana Marissa melahirkan anak kembarnya, Mas Ayu juga telah membangkitkan semula Waris dari kubur asalnya. Waris kini mulai menganggu hidup keluarga Marissa. Kini dia memerlukan seorang tuan baru untuk berkuasa, kerana melihat keadaan Mas Ayu yang kini semakin lemah. Mas Ayu kemudian menyembunyikan kebenaran tersebut daripada Marissa. Disaat itu juga Mas Suri telah menukarkan cucu perempuannya, Maisarah dengan bayi yang lain. Ini kerana dia tahu Waris akan kembali untuk menuntut keturunan waris perempuan untuk menyambung hayatnya, seperti yang pernah Waris lakukan pada Mastura (1900), Masita (1912), Mas Juita (1935), Mas Dahlia (1957), Mas Lela & Mas Ayu (1982). Malangnya, bayi perempuan yang telah ditukarkan dengan Maisarah sebelum ini kemudian meninggal dunia. Hal itu membuatkan Marissa berasa sangat sedih dengan kematian anak perempuannya.

Hakikatnya, anak perempuan Marissa, iaitu Maisarah, masih hidup dan dijaga oleh ibu angkatnya, Zainab. Tetapi, Zainab sering mendera Maisarah sehingga Maisarah menjadi tertekan lalu menyuruh pendampingnya yang dipanggil 'Cik' lalu membunuh Zainab dengan kejam. Disebabkan kasihan melihat nasib Maisarah, Aida kemudian mengambil Maisarah sebagai anak angkat.

Marissa dan Rashad akhirnya mengetahui jika anak perempuan mereka ternyata masih hidup. Namun, Marissa berasa sangat marah apabila dia mengetahui ibunya telah menukarkan dan melarikan Maisarah dan menipunya bahawa anak perempuan mereka telah mati. Namun Mas Suri cuba untuk menjelaskan tetapi tidak diterima Marissa. Pencarian anak mereka akhirnya berakhir apabila mereka bertemu dengan Aida. Mereka bersyukur kerana anak perempuan mereka yang selama ini disangkakan telah meninggal rupanya masih hidup. Mas Ayu yang kini mengetahui akan hal tersebut kemudian menyuruh Waris memburu Maisarah dan Maisarah menjadi buruan Waris. Mas Ayu dan Waris sanggup lakukan apa sahaja demi membuatkan Maisarah menjadi penyambung hayat Waris. Namun, ternyata bukanlah mudah apabila sebenarnya Amar dan Sarah adalah adik-beradik kembar tak seiras.

Mas Ayu mencuba untuk memaksa Maisarah memilih Waris untuk diturunkan kepada Maisarah, namun Amar tidak mahu menerima saka Waris. Maka Waris tidak dapat mendampingi Sarah disebabkan Amar tidak rela untuk 'membela' Waris. Mas Suri berusaha untuk memusnahkan Waris namun Mas Ayu tidak menurut arahan kakaknya itu. Setelah dipujuk beberapa kali akhirnya Mas Ayu akur untuk 'melepaskan' Waris. Waris berjaya dimusnahkan oleh Mas Suri. Sesudah Waris dihapuskan, Mas Ayu akhirnya meninggal dunia. Pada hari ulangtahun kelahiran Amar dan Maisarah, Mas Suri juga meninggal dunia disebabkan penyakit kanser yang dihidapinya selama ini. Sesudah kematian Mas Suri, Marissa dan Rashad kemudian membawa anak-anak mereka untuk berpindah bagi melupakan sejarah dan kenangan hitam mereka bersama Waris.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

  • Fadzrin Danial sebagai Amar
  • Elnisa Husni sebagai Maisarah
  • Pessha Mohamed sebagai Fariz
  • Razali Abdul Ghani sebagai Ustaz Nuruddin

Salasilah Keturunan Wanita Mas sunting

  • Mastura + Wan Yusoff = Masita
  • Masita + Salahuddin = Mas Juita
  • Mas Juita + Syed Ali = Mas Dahlia & Mas Lela
  • Mas Dahlia + Sulaiman Syah = Mas Suri & Mas Ayu
  • Mas Suri + Abdullah = Marissa
  • Marissa + Rashad = Amar & Maisarah

Kebangkitan semula Waris sunting

Marissa dan Rashad jatuh cinta lalu mereka berdua berkahwin. Selepas perkahwinan mereka, Suri, Ayu, Rashad dan Marissa berpindah ke rumah Norin semula dan tinggal bersama. Suri mengupah seorang jururawat untuk menjaga Ayu, tetapi sebenarnya Ayu hanya berpura-pura seperti orang sakit. Ayu masih tidak boleh lupakan Waris. Ayu menunggu untuk menghidupkan balik Waris dengan menggunakan mantera iblis yang dicipta pada tahun 1900. Selepas beberapa bulan, Marissa mengandung dan dibawa ke hospital untuk bersalin. Sementara Marissa sedang melahirkan anaknya di hospital bersama Rashad, Ayu membunuh jururawat tersebut untuk dijadikan sebagai nyawa mengganti demi menghidupkan balik Waris. Mas Ayu mencari balik kubur asal Waris dengan membawa darah jururawat bersamanya lalu membaca mantera iblis. Akhirnya, Waris berjaya dihidupkan semula pada kali kedua dan pada masa yang sama Marissa melahirkan anak kembar di hospital.

Rujukan sunting