Waris Jari Hantu ialah sebuah filem seram romantik Malaysia 2007 arahan Shuhaimi Baba.

Waris Jari Hantu
PengarahShuhaimi Baba
Penulis
  • Shuhaimi Baba
  • Halina Samad
Lakon layarShuhaimi Baba
Dihasilkan oleh
  • Shuhaimi Baba
  • Aida Fitri Buyung (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiMohd Filus Ghazali
Disunting olehKamaruddin Abu
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehGrand Brilliance
Tarikh tayangan
  • 31 Mei 2007 (2007-05-31) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 1.74 juta

Sinopsis

sunting

Tok Wan Rimau (Azean Irdawaty), penjaga harimau saka (iaitu yang mana badannya boleh bertukar bentuk menjadi harimau apabila diperlukan), sedang mencari seorang pewaris wanita untuk mewarisi kuasanya. Tina (Maya Karin) dan Ari (Rusdi Ramli) merupakan saudara-mara Tok Wan yang juga sahabat karib sesama sendiri. Harimau saka Tok Wan itu melindungi keluarganya dan kampung mereka daripada bahaya. Tina yang mencintai Ari itu sedang mengembangkan impian rahsianya untuk mengahwini Ari sungguhpun para orang kampung menyindir Ari kerana sifat keperempuanannya. Oleh sebab amat tersentuh oleh hinaan orang kampung, Ari terus berselindung di sebalik hubungan rapatnya bersama Tina. Sungguhpun dibantah ibu bapanya, Tina kelihatan bakal menjadi penjaga harimau saka seterusnya, namun Ari tampil ke hadapan untuk menawarkan dirinya sebagai penjaga semangat mistik tersebut.

Pelakon

sunting

Pelakon Utama

sunting

Pelakon Pembantu

sunting

Senarai runut bunyi

sunting
  1. Faizal Tahir - Kasih Tercipta
  2. Tria - Tika
  3. Maya Karin & Rusdi Ramli - Tika
  4. Kavita Sidhu - Cinta Sempurna
  5. Azean Irdawati - Lagu Tok Wan
  6. Instrumental - Kasih Tercipta
  7. Instrumental - Tika
  8. Instrumental - Cinta Sempura
  9. Music Score - Serangan Rimau
  10. Music Score - Turun Saka

Kritikan filem

sunting

Salah satu isu yang ditimbulkan penonton adalah sungguhpun Tok Wan Rimau telah menurunkan sakanya, atap rumahnya masih perlu dibuka ketika dia hendak mati. Ini dikatakan menimbulkan kekeliruan, kerana sekiranya seseorang itu dikatakan telah menurunkan ilmu sakanya, dia akan mati seperti biasa. Oleh itu terdapat jangkaan penonton bahawa Tok Wan Rimau memiliki ilmu saka yang lain pula.

Anugerah dan pencalonan

sunting
  • Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM-20) - Shuhaimi Baba. Beliau menerima hadiah wang tunai RM25,000 dan trofi.
  • Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM-20) - Rusdi Ramli. Beliau menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM-20) - Azean Irdawaty.

Siri TV

sunting

Pada 2009 filem Waris Jari Hantu diadaptasi ke dalam kaca TV dengan nama siri Waris di TV2 namun jalan cerita sama tetapi dirombak ikut kesesuaian drama.Waris Musim Pertama dibarisi pelakon dengan watak baru seperti Linda Hashim (Mutiara 'Tia'),Nas-T (Chandra),Zahiril Adzim (Flynn) dan Lana Nordin (Nate).Manakala musim kedua bertukar dengan pelakon lain seperti Dafi,Fynn Jamal,Kuza ,Zizan Nin dan ramai lagi selain mengekalkan Rusdi Ramli sebagai Ari dan Kavita Sidhu sebagai Ira manakala Maya Karin hanya sebagai pelakon jemputan.[1]

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting
  1. ^ Multimedia Entertainment (2024-08-31), MONALYSSA - Peluang (OST Takluk: Lahad Datu) Muzik Video Rasmi, dicapai pada 2024-12-11 no-break space character in |title= at position 51 (bantuan)