Warkah (filem)
Warkah merupakan filem drama keluarga Malaysia 2019 arahan Opie Zami. Filem ini mengisahkan seorang remaja yang terpaksa memilih sama ada melanjutkan pelajaran atau membantu keluarganya selepas bapanya lumpuh akibat kemalangan. Ia ditayangkan pada 15 Ogos 2019 di Malaysia dan Brunei.[1][2][3][4]
Warkah | |
---|---|
Pengarah | Opie Zami |
Dibintangi | Namron Syazwan Zulkifli Isyariana Wafiy Rayyana Rayqa |
Diedarkan oleh | Empire Film Solution |
Tarikh tayangan | 15 Ogos 2019 (Malaysia, Brunei) |
Durasi tayangan | 1 jam 37 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
SinopsisSunting
Ikbal seorang remaja dan pelajar cemerlang. Ketika bapanya lumpuh akibat kemalangan, keluaraga mereka turut menghadapi masalah kewangan. Ikbal terpaksa membuat pilihan sama ada melanjutkan pelajaran ataupun membantu keluarganya. Sementara itu, gurunya Cikgu Nur membawa harapan baru.
Filem ini merupakan adaptasi kisah benar seorang remaja yang mengirimkan surat kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO).
PelakonSunting
- Namron sebagai Kamil
- Syazwan Zulkifli sebagai Sufi
- Isyariana sebagai Cikgu Nur
- Wafiy sebagai Ikbal
- Rayyana Rayqa sebagai Hana
Sumber rujukanSunting
- ^ "Filem Warkah angkat kisah Perkeso bantu pencarum". Sinar Harian.
- ^ "Warkah tentang Perkeso". Perkeso.
- ^ "Film inspired by Socso contributor out on Aug 15". The Star.
- ^ "Welcome back, Spanar Jaya!". New Straits Time.