Warmblood berat (Jerman: Schwere Warmblüter) adalah sekumpulan baka-baka kuda yang berasal dari Eropah. Gelaran ini termasuk kuda Ostfriesen ("Friesia Timur") dan Alt-Oldenburger ("Old-Oldenburger"), Groningen, dan kuda-kuda serupa dari Silesia, Saxony-Thuringia, dan Bavaria. Baka-baka seperti Nonius, Kladruber, dan Cleveland Bay dari Hungary juga sering kali dikelaskan sebagai "warmblood berat." Ia merupakan leluhur kepada kuda warmblood moden, dan tipikaplnya dibiakan oleh kumpulan-kumpulan pemuliharaan untuk menepati baka-baka kuda utiliti pelbagai guna sebelum Perang Dunia I. Berlawanan dengan daftar-daftar kuda sukan yang dibuat selepasnya, kebanyakan daftar-daftar kuda warmblood berat mengekalkan buku stud tertutup atau separa tertutup. Bagaimanapun, ujian prestasi dan penilaian luar ke atas stok pembiakan masih lagi merupakan elemen utama dalam daftar-daftar ini. Kebanyakan baka warmblood berat ini dipilih di sebabkan tingkah lakunya yang mesra keluarga.

Sebuah litograf pada tahun 1898 yang menggambarkan seekor kuda Oldenburg, satu baka warmblood berat

Lihat juga sunting

Rujukan sunting