Warna Cinta Impian

Warna Cinta Impian merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 2016 arahan NS Krishna dan dibintangi oleh Awie, Erra Fazira, Shiqin Kamal dan Erwin Dawson. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 31 Mac 2016.

Warna Cinta Impian
PengarahN.S Krishna
PenulisShida Ali
Dihasilkan olehEmpire Film Solution
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
TouchTronic Entertainment Sdn Bhd
Tarikh tayangan
  • 31 Mac 2016 (2016-03-31)
Masa tayangan
102 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM0.164 juta (14 hari tayangan)

Sinopsis sunting

Satu pasangan iaitu Daniel, seorang arkitek dan isterinya Diana, seorang peguam cuba untuk membina hubungan kasih sayang sungguhpun perkahwinan mereka merupakan perkahwinan yang diatur oleh keluarga mereka. Bagaimanapun, ego mereka dan kegagalan masa lampau telah menimbulkan konflik yang mana telah memuncak menyebabkan kakak Daniel dan abang Diana masuk campur. Kedua-dua kakak Daniel dan abang Diana pernah menjalin hubungan cinta yang berakhir dua dekad yang lalu. Tetapi sekarang, mereka mengenepikan perbezaan mereka untuk menyelamatkan perkahwinan Daniel dan Diana.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Warna Cinta Impian diarahkan oleh NS Krishna dengan lakonlayar oleh Shida Ali dan dihasilkan oleh TouchTronic Entertainment Sdn Bhd dan diedarkan Empire Film Solution. Filem ini menyaksikan gandingan semula Awie dan Erra Fazira di layar perak.[1] Proses pra-penerbitan bermula pada 2013 dan penggambaran dijalankan pada 2014 di Putrajaya, Cyberjaya; Jaipur, India dan Sydney, Australia. Barisan pelakon lain termasuk Erwin Dawson, Shiqin Kamal, Azlee Khairi, Nazeera Sardi, Fad Bocey dan David Arumugam.[2]

Keluaran dan sambutan sunting

Warna Cinta Impian dikeluarkan pada 31 Mac 2016 di 47 panggung seluruh negara dan berjaya mengutip sebanyak RM0.164 juta dalam tempoh 14 hari tayangan.[3]

Filem ini menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Mohd Al-Qayum Azizi dari mStar Online melihat filem ini mempunyai sentuhan Bollywood yang sedikit tebal.[4] Aqmar Mustaza dari Sinar Harian menyatakan rasa kagum dengan keberkesanan lakonan Shiqin dan Erwin, biarpun mereka digandingkan dengan pelakon lama, namun mereka berjaya bergerak seiring dengan dua figura yang cukup terkenal itu.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ "Awie dan Erra kembali mesra". Berita Harian Singapura. 14 Mac 2016. Dicapai pada 17 April 2016.
  2. ^ "Warna Cinta Impian Bukan Ciplak Dilwale". Malaysian Digest. 25 Mac 2016. Dicapai pada 17 April 2016.
  3. ^ Tajuk : Warna Cinta Impian Syurgalirikmuzik. Dicapai pada 28 Julai 2018.
  4. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (11 April 2016). "Sentuhan Bollywood Dalam 'Warna Cinta Impian'". mSTAR Online. Dicapai pada 17 April 2016.
  5. ^ Aqmar Mustaza (2 April 2016). "Warna Cinta Impian punya kekuatan sendiri". Sinar Harian. Dicapai pada 17 April 2016.

Pautan luar sunting