Warna dalam budaya Cina

Warna dalam budaya Cina merujuk kepada pelbagai warna yang dikategorikan sebagai bersifat bertuah atau bersifat malang.

Angpau sezaman.

Perlambangan warna sunting

Merah sunting

Angpau (sampul merah) ialah hadiah berbentuk wang yang diberikan dalam masyarakat Cina semasa perayaan atau peristiwa khas. Warna merah melambangkan nasib baik. Justera, warna merah dilarang sama sekali dalam upacara pengebumian kerana ia melambangkan kebahagiaan.[1]

Kuning/Emas sunting

Warna kuning juga dilihatkan sebagai warna bertuah dan kekadang dipasangkan dengan warna merah sebagai ganti untuk warna emas atas alasan yang nyata. Ia juga merupakan warna untuk gubah dan pakaian maharaja. Bagaimanapun, warna kuning juga digunakan sebagai warna perkabungan dalam kalangan penganut agama Buddha Cina, khususnya untuk sami yang meninggal dunia.

Hijau sunting

Warna hijau umumnya dikaitkan dengan "kesihatan, kemakmuran, dan keharmonian". Bagaimanapun, topi hijau dikaitkan dengan kecurangan dan juga merupakan ungkapan untuk lelaki dayus.[2] Ini telah mengakibatkan perasaan yang tidak senang dalam kalangan biskop Katolik yang mempunyai topi hijau pada bahagian atas jata kegerejaan mereka.

Putih/Perak sunting

Berbeza dengan perlambangan ketulenan, kesucian, dan kebersihan Barat, warna putih dikaitkan dengan kematian dalam budaya Cina dan terutamanya digunakan dalam upacara pengebumian. Warna putih kekadang digantikan dengan warna perak, dengan wang perak seringnya diberikan kepada orang yang sudah meninggal dunia dalam bentuk wang kertas sembahyang.

Hitam sunting

Warna hitam ialah warna neutral yang digunakan untuk pakaian sehari-hari. Bagaimanapun, ia juga digunakan semasa upacara pengebumian untuk melambangkan perkabungan, suatu perkembangan yang mungkin dipengaruhi oleh amalan Barat, dengan reben hitam biasanya digantung pada gambar orang yang sudah meninggal dunia..[1]

Biru atau biru gelap sunting

Warna biru dan warna biru gelap juga merupakan warna yang digunakan untuk peristiwa muram seperti upacara pengebumian dan kematian.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Lihat Pengebumian di Asia Timur
  2. ^ Norine Dresser, Multicultural Manners: New Rules of Etiquette for a Changing Society, ISBN 0471118192, 1996, page 67

Lihat juga sunting